Amal kelihatan tergesa-gesa mengangkat kain di ampaian balkoni. Aku yang sedang menikmati sarapan pagi kehairanan malihat tingkah Amal yang tidak ubah seperti lipas kudung.
"Rushing semacam. Kau nak pakai baju yang baru cuci semalam tu ke?" Tanyaku sambil mengerutkan dahi.
"Hari macam nak hujan. Tak ada orang dekat rumah nanti habis basah semua baju ni," balasnya dengan nada risau.
Aku berdiri dan memandang ke luar balkoni. Betul kata Amal. Langit kelihatan agak gelap dan bunyi guruh mula sayup-sayup kedengaran. Aku cepat-cepat membantu Amal mengangkat kain dan mengantungnya di ampaian di dalam rumah berdekatanan dengan tandas.
Aku turut menutup dan mengunci tingkap dapur. Mujurlah kami sudah awal mandi dan bersiap untuk keluar. Sebelum mengunci pintu rumah aku sempat mencapai payung yang tersangkut pada grill tingkap. Amal membawa dua plastik berisi makanan dan sedikit barang keperluan untuk Alin.
Setelah meletakkan barang di dalam bonet kereta, barulah aku teringatkan cermin mata yang terletak di atas meja televisyen. Tadi sewaktu hendak keluar aku ingin membawanya bersama tetapi terlupa kerana mengambil payung.
"Amal, hari ni kau drive. Aku lupa bawa cermin mata aku tadi. Rasa malas nak naik ambil."
"Ok. Since makan tengahari dan makan malam nanti kau belanja, aku dengan rela hati jadi driver hari ni!" Amal tersengih. "Kereta kau tu bila dapat keluar bengkel?"
"Mekanik tu kata maybe dalam dua minggu lagi."
"Next time bawa kereta tu hati-hati sikit. Dah tau hujan lebat lain kali tinggalkan je kereta dekat office. Aku atau Ekin boleh pick up kau. Kalau kami busy pun, grab kan ada."
Aku hanya mengangguk. Amal mula memandu. Rintik-rintik hujan mula kelihatan pada cermin hadapan kereta.
"Zu, tolong call Alin suruh dia standby dekat bawah hostel. Aku tak nak nanti kita terpaksa tunggu dia lama macam hari tu."
Tiga kali mencuba dan panggilanku tidak berjawab. Pasti Alin masih dibuai mimpi menikmati hujung minggu yang aman tanpa kuliah. Semalam Amal sudah siap-siap mengingatkan adiknya supaya bangun lebih awal, tetapi seperti selalu inilah yang kami akan hadapi.
"Hujan makin lebat ni. Nanti kau stay dalam kereta and turunkan aku dekat blok hostel dia. Biar aku sorang hantarkan so tak buang masa nak pusing dua tiga kali untuk cari parking."'
"Okay, thanks Zu."
Aku membalas senyuman Amal.***
HUJAN turun dengan lebat. Angin pun mula bertiup agak kuat. Mataku meliar mencari kereta Honda City putih milik Amal. Inilah sebabnya apabila hari hujan aku harus membawa kacamata kerana pandanganku agak kabur bila melihat dalam hujan.
"Aku park dekat depan tu je. Kalau tak ada parking kosong aku double park."
Aku teringat kata-kata Amal sewaktu hendak turun dari kereta tadi. Aku mengecilkan mata dan mencari-cari kereta putih dengan no plat 7076. Namun hujan yang lebat menyukarkan pandangan. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 11.30 pagi tapi keadaan sekarang seakan-akan menjelang lewat petang dek kerana langit yang gelap.
"7076, 7076," bisikkku kepada diri sendiri berulang kali. Mataku masih melilau ke kiri kanan. "Jangankan no plat, rupa kereta pun susah nak nampak."
Tiba-tiba aku terpandang sebuah kereta putih yang terletak di hujung jalan. Lampu double signal kelihatan berkelip-kelip. Itu pun dia. Aku menghela nafas lega.
Aku membuka payung dan berlari meredah hujan. Kasut dan seluar yang basah terkena lopak air dan hujan sudah tidak kupedulikan. Aku lebih takut mendengar bunyi guruh sabung menyabung dan kilat yang menyambar di langit.
Pantas tanganku menutup payung dan membuka pintu kereta lalu masuk. Aku mengelap muka yang terkena tempias air hujan dengan hujung lengan cardigan yang aku pakai.
"Jauhnya kau park. Nasib baik aku nampak lampu..."
Kata-kataku hanya setakat itu sahaja. Aku terkejut apabila melihat susuk tubuh yang sedang duduk di tempat duduk pemandu. Lelaki yang sedang memegang telefon bimbitnya itu kelihatan terpingga-pingga memandangku. Tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya.
Aku segera melihat keadaan dalam kereta dan menoleh ke tempat duduk penumpang di belakang. Bukan kereta Amal!
Ah tak guna, tak guna! Aku salah masuk kereta!
Aku menjerit dalam hati. Aku cepat-cepat membuka kembali pintu kereta dan bersedia untuk keluar sebelum satu dentuman guruh kedengaran. Pancaran kilat jelas kelihatan memanah di langit. Oleh kerana takut dan terkejut, aku menutup pintu kereta semula.
"Sorry saya silap masuk kereta," jelasku sedikit menggelabah dan cuba menahan rasa lucu pada diriku sendiri. Sedikit pun aku tidak berani untuk bertentang mata dengan lelaki tersebut. Malu, sangat malu dan malu yang teramat sangat menyelubungi diriku pada masa ini.
Guruh masih sabung menyabung beserta kilat yang memancar. Aku jadi cemas untuk keluar.
"Tak apa. Stay sekejap lagi."
Perlahan kedengaran dia bersuara. Pastilah dia merasa lebih panik dari aku. Mungkin dalam fikirannya entah dari manalah agaknya perempuan ini muncul dan terus masuk ke dalam kereta orang lain tanpa memastikan sama ada itu keretanya atau bukan.
Telefon bimbitku berbunyi. Aku segera menjawab panggilan dari Amal.
"Zu, kau kat mana? Aku dah depan block ni. Aku stuck masa pusing dekat depan tu tadi, ada kereta mati tengah jalan."
"Ok. Kejap aku datang."
Panggilan kumatikan. Aku melihat keluar cermin kereta. hujan masih turun dengan lebat tetapi tiada kedengaran guruh. Segera tanganku mencapai payung.
"Sorry sangat and terima kasih. Kawan saya dah sampai."
Laju sahaja aku bersuara. Kelam-kabut aku membuka pintu kereta dan mengembangkan payung.
"Its ok. Hati-hati."
Suaranya berlawan dengan bunyi hujan yang makin lebat. Aku terus menutup pintu kereta sebelum pantas menghayun langkah menuju ke arah kereta Amal. Pastilah aku menjadi bahan ketawa lelaki tadi. Mungkin dia akan menceritakan kepada kawan-kawan dan ahli keluarganya. Atau mungkin dia seorang kakitangan universiti dan ceritaku dijaja kepada officematenya pula.
Tapi sebelum semua itu terjadi aku sedar yang sebentar lagi aku akan menjadi bahan ketawa Amal terlebih dahulu!
YOU ARE READING
SEKALI LAGI BAHAGIA
RomanceZuhayra, berusia 29 tahun dan seorang yang tidak pernah memikirkan tentang soal perkahwinan. Baginya jika dia bekerjaya dan bahagia dengan caranya sendiri sudah cukup untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Tapi siapa sangka, dalam satu insiden lu...