"Nama dia? Ada kau tanya tak?" Gesa Ekin sambil menepuk-nepuk sofa. Amal juga seakan tidak sabar.
"Aku lupa."
Serentak mereka berdua mengeluh panjang. Aku mengerutkan dahi.
"Aku yang malu masa dekat cafe tadi korang pulak yang over!"
Air sirap kuteguk perlahan. Ekin masih kelihatan tidak berpuas hati.
"Handsome tak?"
Nyaris tersembur air sirap yang baru sahaja kuteguk. Aku segera meletakkan kembali gelas ke atas meja.
"Kau ingat masa critical moment macam tu aku sempat ke nak buat spotcheck?"
Namun begitu aku cuba mengingati rupas paras lelaki tadi. Dengan rambut yang di dandan kemas, baju kemeja putih dan seluar coklat muda, padaku memang sudah cukup untuk dikategorikan dalam golongan 'good looking'. Di tambah lagi ketinggian yang dan kulit yang agak cerah, istilah terbaik ialah kacak!
"Hoi, hoi. Aku tau apa kau fikir tu. Lelaki tu handsome kan."
Amal melirik dengan senyuman penuh makna. Jari jemarinya mengelus rambutku dengan gaya yang menjengkelkan.
"Lain kali tanya la nama. Sepanjang aku mengajar dekat sana tak pernah lagi aku jumpa mana-mana lecturer atau staff yang level oppa korea ni tau," rungut Ekin dengan penuh perasaan. "Tapi kan ada student course interior design yang handsome gila! Masa tu aku jaga exam on behalf Dahlia. Tapi selalunya lelaki macam ni confirm dah ada yang punya. Tak ada istilah single."
"Kalau single tapi tak ada girlfriend means dia dah kawin. Kalau dia single, tak ada girlfriend, belum berkahwin maksudnya dia gay! Mana ada lelaki yang perfect tapi tak taken kan!"
Pecah tawa kami mendengar kesimpulan yang dibuat oleh Amal. Benar juga. Kalau pun ada lelaki yang single, belum berpunya, belum berkahwin dan bukan gay, pastinya lelaki tersebut tidak berminat padaku!
***SEPERTI yang dijanjikan, kami bertemu di kafeteria menjelang makan tengahari. Aku memesan dua set nasi ayam dan dua gelas teh ais.
Dia membantu aku mengangkat dulang makanan dari kaunter hingga ke meja yang kami duduki. Beberapa orang pelajar yang sedang mengulang kaji sambil menikmati makanan melemparkan pandangan pelik yang membuatkan aku berasa tidak selesa.
"Saya Aariz."
Aku tersenyum.
"Saya Zuhayra. Panggil Zu pun dah cukup," balasku.
Aariz. Not bad. Misi nak tau nama dia dah tercapai. Achievement Unlocked, fikirku nakal.
Aku meletakkan beg tangan di atas kerusi di sebelah. Kulihat Aariz sedang mengelap sudu dan garpu dengan menggunakan tisu sebelum diletakkan di atas pinggan nasi ayamku. Kelihatan perlakuannya seperti biasa dan tidak kekok. Aku mengucapkan terima kasih dan kami mula mencicipi makanan masing-masing.
"Awak kenal ke students dekat meja sebelah ni?," Tanyaku dangan nada perlahan. Aariz mengalihkan pandangannya untuk melihat.
"Tak kenal."
Pantas dia menjawab. Aku mengerling dengan ekor mata. Mereka masih memerhatikan kami. Maybe student Ekin kot yang pernah nampak aku stay dalam ofis dia, fikirku. Lantaklah!
Aku sedang menyuap nasi ayam ke mulut tatkala kerusi yang sedang aku duduki terasa dilanggar seseorang dari arah belakang. Segera aku menoleh.
""Sorry."
Seorang gadis berada di belakangku. Namun riak wajahnya berlainan dengan kata maaf yang baru keluar dari mulutnya. Pandangannya jengkel. Kemudian dia berlalu begitu sahaja.
Aku terkebil-kebil lalu menggigit bibir. Dua hari berturut-turut aku bernasib malang. Mataku beralih ke arah blouse putih yang sedang kupakai dikotori dengan nasi dan isi ayam. Kesan kicap sebegini tidak mudah hilang. Aku cepat-cepat mengeluarkan wet tissue dan mengelapnya.
"Tak apa saya ada baju extra dekat ofis," kataku apabila melihat Aariz sedari tadi asyik melihat aku membersihkan baju.
"Boleh saya hantar awak balik ke pejabat nanti?"
Pandangan kami bertemu. Senyap seketika.
"Eh tak apa. Nanti saya request Grab," tolakku secara baik. Dia merenungku.
"Saya hantar awak ya?" Kali kedua soalan yang sama ditujukan padaku.
Anggap sahaja sebagai balasan dia pulangkan kunci hari tu, hatiku berbisik. Tak luak apa pun kalau dia nak hantar balik kan. Lepas ni tak ada sebab lagi untuk kami berjumpa. Kalau ada pun mungkin secara kebetulan jika aku ada urusan menemani Ekin di sini.
"Ok."
YOU ARE READING
SEKALI LAGI BAHAGIA
RomanceZuhayra, berusia 29 tahun dan seorang yang tidak pernah memikirkan tentang soal perkahwinan. Baginya jika dia bekerjaya dan bahagia dengan caranya sendiri sudah cukup untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Tapi siapa sangka, dalam satu insiden lu...