BAB 4

4 1 0
                                    

     Mencari letakknya perpustakaan bukannya perkara yang sukar bagiku kerana sudah selalu menemani Ekin ke sana sini di dalam kawasan universiti. Bahkan aku juga kerap makan di kafeteria kerana nasi ayam yang dijual di sana menepati seleraku.
     Perutku sudah dua kali mengeluarkan signal perlu diisi. Terasa agak lapar kerana tidak sempat bersarapan. 10 minit telah berlalu. Dari kejauhan aku nampak seorang perempuan berlari anak ke arahku. Aku mengukir senyum. Akhirnya sampai juga dia, getusku.
     Bila sudah dia agak mendekat, aku melihat ada dua orang menghampirinya dan mereka bertiga beredar dari situ. Bukan dia, aku mengetap bibir. Aku mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangan lalu membuka group chat dalam whatsapp. Hanya aku, Ekin dan Amal berada dalam group chat itu. Jariku menekan voice note untuk mula menghantar pesanan.
     "Orang tu tak datang lagilah. Aku dah lapar ni."
     Pesananku dihantar. Perutku berbunyi sekali lagi. Ok fine, lantaklah kalau dia lambat, tekadku lalu menuju ke kafeteria.

***

AKU menikmati nasi ayam yang berada didepanku dengan berselera. Sesekali mataku menjeling ke skrin telefon bimbit untuk melihat jika ada mesej untukku. Sup bebola ikan yang dihidangkan dalam mangkuk kecil kuhirup perlahan. Seperti biasa rasanya tidak pernah mengecewakan.
     Notification mesej berbunyi. Aku cepat-cepat membuka inbox.

Maaf lewat. Saya dah ada depan library.

     Masa ni pula la dia sampai, dengusku, Nasi pun belum separuh aku habiskan.

Saya dekat cafe. Bagi saya masa lima minit.

     Aku tergesa-gesa menghabiskan makanan. Tidak mahu membazir. Sampai ofis nanti pun belum tentu aku sempat makan lagi kerana ada discussion dengan beberapa orang client. Hari ini merupakan hari yang agak sibuk sebenarnya bagiku tetapi kalau bukan kerana perlu mengambil kunci rumah memang aku tidak ingin membuang masa untuk meninggalkan pejabat.
     Mangkuk sup kucapai dan aku terus menghirup sup tersebut terus daripada mangkuk tanpa menggunakan sudu. Aku meniup-niup untuk menghilangkan rasa panas sambil menghirupnya dengan tidak sabar.
     "Hai."    
      Menyedari ada seseorang berdiri di tepi mejaku, aku terperanjat dan bahang panas terasa membakar mulut. Spontan aku melepaskan mangkuk yang sedang aku pegang dan mengundurkan kerusi ke belakang. Sup yang tumpah di atas meja mengalir ke bawah dan mengenai kakiku. Aku pantas berdiri dan terjerit kecil.
     Lelaki tersebut juga tergamam. Tetapi segera dia menarik beberapa helai tisu yang terletak di atas meja. Kemudian dia tunduk dan mengelap kakiku yang basah terkena tumpahan sup tadi. Beberapa pasang mata yang duduk berdekatan menumpukan perhatian kepada kami.
     Bulat mataku melihat reaksinya dan cepat-cepat aku menarik kaki. Namun tangannya menarik semula pergelangan kakiku dan mengelap dengan penuh berhati-hati.
     "Sakit? Sorry saya tak sengaja."
     Dia mendongak memandangku. Aku pantas menggeleng dan menolak tangannya.
     "Saya nak ke tandas dulu."

***

JELAS  kelihatan kesan tompokkan basah di bahagian tengah baju. Aku mengeluarkan botol minyak wangi bersaiz kecil yang sering aku bawa di dalam beg tangan lalu kusemburkan sedikit bagi menghilangkan bau makanan yang melekat di baju.
     Keluar sahaja dari tandas ada kejutan kedua menantiku. Aku mengurut dada bagi menghilangkan rasa terkejut.
     "Sorry, saya bersihkan baju sikit tadi."
     Suaraku cuba kukawal sebaik mungkin biarpun aku merungut marah dalam hati. Buat apa dia berdiri di sini, buat orang terkejut sahaja!
     Lelaki itu mengukir senyum. Dia menyeluk poket seluar dan mengeluarkan segugus kunci. "Ni kunci awak yang terjatuh dalam kereta hari tu."
     Aku tercengang. Kereta? Bila masa aku naik kereta dia? Aku ada tumpang kereta siapa-siapa ke minggu lalu? Atau dia ni pemandu Grab?
     Laju otakku cuba memproses maklumat yang baru kuterima. Aku mencongak-congak kemungkinan tertentu.
     "Rasanya saya tak pernah naik kereta awak. Kita tak kenal pun," balasku dalam nada ragu-ragu.
     Kunci tersebut bertukar tangan. Masih ada senyuman dibibirnya.
     "Masa hujan hari tu awak naik kereta yang salah. Kereta tu kereta saya."
     Serta-merta raut wajahku berubah. Kejadian pada masa itu seperti diulang tayang.  Entah mengapa aku ingin ketawa sekuat hati. Kenapa harus kunci tu dia yang jumpa. Damn!
     "Err terima kasih sebab pulangkan. Pasal hari tu saya minta maaf. Hujan lebat sangat sampai tak nampak plat number kereta. Lagipun saya ni rabun sikit," kataku cuba berlucu dalam rasa malu yang kutahan-kutahan. "By the way, saya Zuhayra. Awak kerja dekat sini ke? Kalau ya, next time saya datang and kita boleh lunch sama-sama. My treat."
     "Deal," katanya tanpa menunggu lama. "Kalau macam tu, jumpa esok."
     Aku kehilangan kata-kata!

SEKALI LAGI BAHAGIAWhere stories live. Discover now