BAB 6

134 8 0
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔓𝔢𝔪𝔦𝔩𝔦𝔨 ℌ𝔞𝔱𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔖𝔲𝔫𝔶𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*

✧══════•❁❀❁•══════✧𝔓𝔢𝔪𝔦𝔩𝔦𝔨 ℌ𝔞𝔱𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔖𝔲𝔫𝔶𝔦✧══════•❁❀❁•══════✧****

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         Staf lelaki yang sedang menolak troli berisi barangan dapur dipanggil. Duk melenggang pula lelaki tu. Ada juga yang dia ketuk nanti.

Tersengih-sengih lelaki itu menghampirinya sambil menolak troli.

"Cepatlah Mat. Tuan marah nanti. " bebelnya. Sempat di jeling Mat.

"Yalah-yalah. Tak rilek la kau ni." balas lelaki itu.

Muka berkerut tapi Dahlia tidak ambil peduli. Tak ada masa dia nak layan lelaki itu. Sudahlah salah ni salah lelaki itu dan seorang lagi rakan mereka. Tugas nak beli barangan dapur untuk Tuan Syed sepatutnya di lakukan Mat dan seorang lagi kerana memang itu tugas mereka tetapi boleh pula mereka berdua lupa. Dan dia jadi kalut seorang diri membeli barang bila sedar dapur di rumah suaminya kosong.

Selesai memunggah plastik-plastik yang berisi barangan dapur, dia terus saja menyediakan bahan untuk memasak. Nanti saja dia kemas. Sekarang ni dia cuma nak masak memandangkan waktu dah makin lewat. Sudah semestinya suaminya itu akan naik sebentar lagi.

"Assalamualaikum." salam lelaki itu di jawab dari dapur. Baru cakap dah muncul.

"Maaf tuan. Lambat sikit masak hari ni sebab saya baru beli barang dapur." ujarnya bila Syed Qays datang menjenguk kuali yang masih berapi.

"Mat mana? Asal dia tak beli?" dua butang di bahagian teratas bajunya dia buka. Begitu juga butang di pergelangan tangannya. Gelas kosong di isi air.

"Mat lupa. Lagi pun dia sibuk sebab Encik Iman panggil minta bantu kemaskan pentas."

Hari ini memang agak sibuk bagi mereka kerana dewan utama hotel itu sedang di hias memandangkan lagi beberapa hari majlis akan di adakan di situ. Majlis apa pun dia tak tahu kerana memang sibuk gila-gila sampaikan tak ada masa nak ambil tahu.

"Hm never mind.." pendek saja lelaki itu membalas lantas mengambil tempat di ruang makan yang memang khas dan di reka seperti yang dia hendakkan, ruang makan tanpa meja makan dan kerusi. Makan cuma di atas lantai berlapikkan tikar.

"Lama lagi ke?" soalnya seraya menyandar pada dinding. Dahlia di renung. Laju saja tangan wanita itu bergerak membuat itu ini. Dia kagum dan kadang bingung. Macam mana wanita-wanita di luar sana mampu mengerjakan beberapa pekerjaan dalam satu masa. Pelik bin ajaib.

"Gulai ayam tak masak lagi. Tuan nak makan dah?"

"Tak apa. Kau masaklah dulu. Awal lagi ni." Dahlia mengangguk kecil lalu segera melunaskan masakannya.

Beberapa minit kemudian api di matikan lalu bergerak mahu mengambil mangkuk untuk diisi gulai ayamnya tapi langkahnya mati. Di renung lelaki itu yang sudah terlelap sambil menyandar. Lama sangat ke dia masak sampaikan lelaki itu tertidur.

Qays Hayyan[SU]Where stories live. Discover now