Puan Azalea melangkah masuk ke dalam wad itu. Senyuman di lakar buat anak tunggalnya. Pagi tadi selepas subuh menantunya membuat panggilan. Katanya Syed Qays dah sedarkan diri. Dan Dahlia juga turut jelaskan keadaan lelaki itu buat masa sekarang. Dia agak terkilan bila di fikirkan semula perbuatan ayah mertuanya. Sampai hati memukul cucunya sendiri.
"Assalamualaikum anak mama. Sihat?" Salam di jawab dalam hati dan dia kelipkan mata menjawab soalan. Rindunya dengan mama. Nak senyum pun payah. Di renung wajah Puan Azalea lama berharap mama akan faham isi hatinya.
"Nak peluk ya? Rindu mamalah tu kan?" Puan Azalea bergegas memeluk tubuh anaknya yang sedang bersandar itu.
Tuan Syed Qamarul cuma diam menepuk bahu anaknya di tepi katil. Dahlia yang baru selesai mandi terus menyapa kedua mentuanya.
"Dahlia okey temankan Qays di sini?" soal Tuan Syed Qamarul. Dahlia menoleh. Ayah mertuanya yang masih segak dan kemas di pandang.
"Okey papa," jawabnya. Di pandang suaminya yang diam dalam pelukan Puan Azalea. Manjanya. Dia senyum dalam diam.
"Papa dengan mama dah sarapan ke?" soalnya.
"Dah. Sebelum ke sini kami dah sarapan dekat rumah." Dia mengangguk. Beg tangan di capai.
"Dahlia nak ke mana ni?" soal Puan Azalea bila melihat pakaian menantunya itu seperti hendak keluar bekerja.
"Dahlia nak ke hotel. Nak mohon cuti. Nak jaga abang. Nanti Dahlia cuti tanpa bagi tahu apa sebab, percuma di pecat macam tu saja." Risau pula jika cuti tanpa sebab. Biarpun hotel itu milik suaminya tapi itu bukan satu kelebihan untuk dia. Lagipun di hotel bukan semua tahu Syed Qays itu suaminya.
"Eh, siapa berani nak pecat menantu papa ni dah kalau pemilik hotel tempat Lia kerja tu ialah suami Lia." Tuan Syed Qamarul berseloroh. Tergelak mereka dan agak gembira bila Syed Qays cuba untuk senyum tanda masih fokus akan sembang itu.
"Tak apa. Nanti papa arahkan PA Qays untuk berikan kamu cuti. Nanti papa cakap pada dia." Hampir-hampir rahsia mereka pecah namun Dahlia tidak cepat melatah bila di ingat-ingat yang rupanya pembantu peribadi suaminya itu ialah kembar berdua itu. Selamat rahsia mereka berdua. Pandai-pandailah kembar tu nak buat alasan apa nanti sebab apa dia cuti.
"Assalamualaikum. Maaf mengganggu. Saya nak cuci luka bekas pembedahan." Ketukan dan salam dari luar itu menyentak mereka berempat.
"Waalaikumussalam. Masuklah dok, nurse." Tuan Syed Qamarul berganjak ke tepi sedikit memberi laluan doktor itu untuk merawat anaknya.
Setelah selesai dengan rutin harian tugas doktor dan jururawat itu, mereka terus meninggalkan wad persendirian itu menuju wad lain.
Seminggu duduk di hospital, akhirnya Syed Qays di benarkan keluar setelah kesihatannya sudah di tahap yang stabil. Cuma lelaki itu akan hadir di pusat rehabilitasi di sekitar situ untuk memulihkan semula tubuhnya.
YOU ARE READING
Qays Hayyan[SU]
RomanceBerstatus pasangan suami isteri tapi hanya status saja dan tidak pada kehidupan harian mereka. Ungkapan cinta tidak pernah di luah. Rasa sayang tidak pernah di pamer. Masing-masing sibuk mengurus hal sendiri. Rasa sayang dan cinta tidak pernah dia...