✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔓𝔢𝔪𝔦𝔩𝔦𝔨 ℌ𝔞𝔱𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔖𝔲𝔫𝔶𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧*
*
*
*Syed Qays diam tidak menyampuk dan hanya memasang telinga mendengar kedua ibu bapanya bersembang. Sesekali mata memandang televisyen yang kini terpasang.
"Tuan. " Dia menoleh ke tepi. Dahlia kelihatan memegang beberapa helai baju kemeja.
"Apa? " Soalnya malas.
"Nak letak mana baju tuan ni? " Soal Dahlia.
"Bawa naik ke atas. Sangkut dalam bilik baju. " Dahlia akur lantas berlalu ke tingkat atas. Tak sangka pula dia yang tingkat paling atas hotel ni sebenarnya rumah Tuan Qays. Dia fikirkan Tuan Qays hanyalah salah seorang penyewa hotel. Tapi rupanya dia salah. Tuan Qays ialah pemilik hotel 'QaysLegacy.
"Qays jumpa mana pekerja baru tu? " Puan Azalea yang sedari tadi menonton kini bersuara. Tak hilang lagi rasa ingin tahunya tentang pekerja baru itu. Sejuk saja hatinya memandang.
"Manalah Qays tahu ma. Bukan Qays yang urus temu duga apa semua tu. " Separuh merungut Syed Qays membalas. Kepala yang terasa pening buatkan dia malas mahu membuat apa-apa kerja. Lantas dia baring berbantalkan paha Puan Azalea.
"Pening lagi? " Soal Puan Azalea risau. Dia mengangguk kecil.
"Balik rumah kalau macam tu. Duduk sini siapa nak jaga? "
"Tak nak. Qays kan dah banyak kali cakap, Qays tak suka suasana bising. " Puan Azalea mencebik kecil. Banyak cekadak punya anak. Itu tak boleh, ini tak boleh. Nak saja dia cubit pipi anaknya itu. Biar meraung. Geram.
"Dah tu, siapa nak jaga Qays? Mama tak boleh tinggal rumah tu. Nanti jadi apa kang rumah tu. " Syed Qays tergelak kecil.
"Gelak apa? " Marah Puan Azalea kecil.
"Tak ada. Biarlah. Mama balik je. Qays boleh jaga diri. Bukan Qays tak boleh urus diri. Selama ni boleh pula. Takkan sekarang tak boleh. " Syed Qays bersuara. Tuan Syed Qamarul diam di sofa bujang. Tidak menyampuk sembang antara anak dan isterinya itu.
"Betul ni? " Soal Puan Azalea tidak yakin. Hati masih risau melihat anaknya tinggal sendirian.
"Ya. Mama ni. Qays bukannya budak kecil. "
"Baiklah. " Akur saja Puan Azalea.
"Mama janganlah risau. Qays bukan sendirian pun. Inikan hotel. Qays boleh minta tolong dekat staf Qays. " Syed Qays bersuara bila mana matanya menangkap wajah risau Puan Azalea.
"Iyalah. Jangan lupa makan ubat. "
"Ma... Qays bukan budak kecil lagilah. " Memuncung dia seraya di peluk geram pinggang Puan Azalea. Kaki sengaja menendang sofa. Mengada.
YOU ARE READING
Qays Hayyan[SU]
RomanceBerstatus pasangan suami isteri tapi hanya status saja dan tidak pada kehidupan harian mereka. Ungkapan cinta tidak pernah di luah. Rasa sayang tidak pernah di pamer. Masing-masing sibuk mengurus hal sendiri. Rasa sayang dan cinta tidak pernah dia...