BAB 7

152 9 1
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔓𝔢𝔪𝔦𝔩𝔦𝔨 ℌ𝔞𝔱𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔖𝔲𝔫𝔶𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*

✧══════•❁❀❁•══════✧𝔓𝔢𝔪𝔦𝔩𝔦𝔨 ℌ𝔞𝔱𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔖𝔲𝔫𝔶𝔦✧══════•❁❀❁•══════✧****

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Waktu tengah hari, keadaan riuh bila keluarga besar itu berkumpul. Syed Qays duduk diam mengasingkan diri di hujung sofa. Sepupu sepapatnya dia tidak hiraukan. Rasa tidak selesa mulai hadir bila ruang tamu itu mulai sesak. Dahlia boleh pula tinggalkan dia seorang diri di sini. Macam monyet tahu tak sepupu-sepupunya ini. Besar kecil terloncat-loncat.

Ya Allah...

"Jom makan." Berlari anak-anak kecil menuju ruang makan. Syed Qays menggeleng kecil. Menyampah tahu tak!

Setelah kelibat yang lain hilang, barulah dia menarik nafas lega. Tenang sikit kepalanya. Tadi berat semacam bila pelbagai bunyi di dengarnya. Entah apa-apa yang di proses otaknya.

Hugghh!!

"Tuan, jom makan." Dia tersentak sebelum bangkit dari duduknya. Dahlia di ekori.

"Eleh anak mama ni." Puan Azalea tersengih mengusik.

"Nak kena panggil bagai..." usiknya lagi. Syed Qays diam membeku. Malas nak layan usikan ibunya itu. Cuma tangan saja bergerak menyentuh bahu ibunya tanda memberi respon akan usikan tersebut.

"Duduklah." Puan Azalea menepuk tempat kosong di tepinya. Lantas Syed Qays dan Dahlia mengambil tempat kosong.

Setelah doa makan selesai di baca, hidangan makan tengah hari itu mulai di jamah.

Selesai makan mereka duduk di luar rumah, di pondok yang tersedia di tepi rumah. Tengah panas macam ni, eloklah mereka duduk berehat di luar. Ada juga angin yang sesekali menyapa mereka.

"Tuan, tak nak duduk di luar ke?" Dahlia yang sedang menatang dulang berisi air sirap yang baru sebentar tadi di bancuhnya terhenti di tepi sofa di mana tempat Syed Qays duduk berehat. Mata itu terpejam erat tapi Dahlia tahu, lelaki itu bukannya tidur.

"Kau pergilah. Aku malas. Bising." Pendek-pendek lelaki itu membalas dengan mata terpejam. Lagi dia malas melihat orang tua itu tak sudah mencari kesalahannya. Dia balik ni pun dah cukup baik dah.

"Baiklah." Akur Dahlia. Laju saja dia menuju luar risau andai keluarga itu sedang menunggu air yang di bancuhnya.

"Mana Qays?" soal Puan Azalea bila kelibat anaknya tidak kelihatan.

"Abang tengah berehat dekat ruang tamu," jawab Dahlia. Setiap gelas di isi dengan air sirap perisa anggur itu.

Puan Azalea diam. Malas mahu memanjangkan isu itu. Kalau dia panggil pun anaknya itu mana mahunya. Maklumlah, bermusuh sangat dengan datuknya itu.

Syed Qhadheer diam mendengus kasar. Pintu utama di renung bagai nak tembus terus menuju cucunya itu. Lantas di hentak keras tongkat buatkan mereka yang sedang bersembang terdiam.

Qays Hayyan[SU]Where stories live. Discover now