Bab10 cemburu

46K 292 3
                                    

"morning papa!" Faiya menyapa Dato Husman yang sedang menjamah sarapan pagi itu.

Dato Husman tersenyum melihat anak gadisnya itu.

"morning sayang....ayuh makan..."

Faiya melabuhkan punggung atas bangku sebelah papanya.

"Papa sibuk ke hari ini?" soal Faiya lalu menenguk air perisa susu segar itu.

"Haa lah Papa sibuk. bila kamu habis belajar ni. papa nak pencen dah ni, nak rehat" Dato Husman menyuapkan spaghetti bolognese ke dalam mulutnya lalu di kunyah dengan perlahan.

"Lama lagi lah papa, Faiya baru semester 2." tersengeh Faiya melihat papanya yang berpura-pura lemas mendengarnya.

Faiya menyuap spaghetti itu lalu mengunyah kemudian terangguk-angguk.

"Mmm....sedapnyer....macam ni la Faiya nak....bukan mee je hari-hari." omel Faiya.

"ishh kamu ni, tak baik cakap macam tu. makanan itu kan rezeki. cuba belajar bersederhana sikit"

"betul lah, Faiya bosan dah makan makanan kampung tu!" perli Faiya. tak kesah la siapa nak dengar.

Dato Husman mengeleng kepalanya. Salahnya tidak mendidik Faiya untuk bersederhana.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Faiya menilik penampilan nya di cermin. rasa diri dah selesai bersiap. Faiya mencapai sling bag jenama Lv berwarna hitam itu.

Aeron yang sedang menunggu Faiya bersiap itu sikit masa lagi menjadi ikan masin. Faiya ambik masa yang lama untuk bersiap.

"Kau bersiap ka buat kilang ?" perli Aeron.

"buat kilang" balas Faiya acu tak acu.

Aeron membuka pintu depan untuk Faiya.

"thank you....."

Aeron pun menutup pintu kereta sebaik sahaja Faiya berada di dalam. dia segera bergerak ke seat pemandu.

"baju tu takde yang elok sikit ke Faiya ?" di lihat dari pakaian nya. seluar pendek paras paha, blouse singkat mendedah kan kulit perut yang putih mulus itu. lengan yang mendedahkan sekitar leher jinjang nya hingga ke bahu

"Asal pulak, i rasa cantik kot"

"cantik ke terdedah sana sini" perli Aeron. Faiya menjeling menyampah. semalam bukan main sweet siap panggil orang sayang. ni dah mula dah bahasa kasar nya tu.

Kereta Alpad pun mula meluncur keluar daripada kediaman itu.

"Aisyah dekat mana tunggu?" soal Aeron.

"Dekat mall lah"

Hari ni Faiya dan Aisyah berjanji untuk berjumpa di hujung minggu. Faiya nak spend time dengan kawan baru nya itu.

selama sebulan berkawan dengan Aisyah, Faiya jadi selesa dengan pergaulan nya. walaupun kehidupan Aisyah sederhana, tapi dia tidak pandang akan status itu. dia hanya ingin keikhlasan dari hati seorang kawan.

setelah sejam perjalanan, akhirnya sampai juga di Shopping Mall yang terbesar di kota ini.

Siap mengambil tiket parking Aeron mencari parking di bawah tanah.

Faiya keluar dari dalam perut kereta itu bersama dengan Aeron. mereka berdua jalan beriringan memasuki lift.

punat ada panah ke atas di tekan. tidak lama kemudian pintu lift terbuka, Faiya dan Aeron segera masuk dalam lift. setelah itu Aeron menekan punat G yang bersambung di aras bawah. means tingkat pertama lah begitu. tidak sampai satu minit, pintu lift pun terbuka.

Nafsu Atau Cinta ?Where stories live. Discover now