Bab33 kenapa?

27.9K 264 0
                                    

Faiya berjalan seorang diri di taman yang dekat dengan Genting Mall. Air matanya bagaikan tidak mahu berhenti. dia sendiri tidak tahu kenapa, mungkin dia sedih sebab Aeron masih belum mengetahui kewujudan anaknya.

perutnya yang besar itu diusap dengan lembut, dari tadi si kembar dalam perut itu tidak berhenti menendang membuatkan dia berasa semput. tangan sebelahnya sengaja menahan belakang pinggangnya. terasa lenguh kakinya akibat terlalu lama berjalan.

"Faiya!....."

dia dapat agak siapa yang melaungkan namanya dari jauh. langkah kakinya di percepatkan. tapi kudratnya sekarang terlalu lemah, sudah la sarat mengandung makin membuatnya terlalu lemah untuk bergerak lebih.

"Faiya tunggu...." Aeron menarik lembut pergelangan itu, tapi di tolak lembut dengan Faiya. sedih hati lelakinya melihat air mata yang membasahi pipi mulus itu. rasa bersalah bertandang di hatinya.

"jangan sentuh i...." pintanya. dia yang dulu bukan lagi yang sekarang. walaupun dulu Aeron selalu menyentuhnya. namun tidak ada salahnya jika dia berubah demikian, lagi pun ini kehendak Aeron dulu kan.

"Sorry....please jangan pergi dulu, dengarkan penjelasan aku...." pujuk Aeron, mereka bertentang mata untuk seketika, Faiya berpaling ke arah lain. sakit hatinya melihat renungan daripada Aeron itu.

"kau nak jelaskan apa lagi Aeron ? tanggungjawap ? mm? tak perlu..." ujarnya. apa yang keluar dari mulutnya tidak sama dengan kata hatinya. biasalah perempuan.

"Faiya....aku dah janji kan...aku akan cari kau semula...

"aku takkan tinggalkan kau dengan masa yang lama ...

"rasanya dah cukup untuk kita berubah selama lapan bulan terakhir ini"

Faiya menundukkan pandangan, dia tergeleng-geleng dengan perlahan. air matanya bagaikan memahami isi hatinya sekarang.

"tak!...kau tak faham perasaan i! kau ingat senang ke untuk i lalui semua itu selama lapan bulan ini ? haa ?

" dengan status i ibu tunggal dengan kandungan ini tanpa ada perkahwinan yang sah!

"orang caci, orang cemu i Aeron! i susah! i jatuh! reputasi syarikat teruk! berat untuk i hadap seorang diri! kat mana kau masa tu? kau selfish!

Aeron mengangguk lemah, ya dia akui semua itu. di mana dia saat Faiya membutuhkan kekuatan diri.

dia pentingkan diri daripada memikirkan keadaan Faiya.

tapi

dia terpaksa, kalau bukan sebab terpaksa, dia tidak akan sampai sejauh ini.

dia tidak akan mampu berjaya seperti orang lain, dia tidak akan mampu membahagia Faiya di masa akan datang.

tak akan! kerana kejayaan di mulakan dengan sebuah erti pengorbanan.

seperti pengorbanan seorang ibu dan ayah yang melahirkan dan bekerja keras untuk masa hadapan anak-anaknya. sehinggalah anaknya mencapai titik kejayaan.

begitu juga pengorbanan Aeron untuk mengubah nasip masa hadapannya. lebih-lebih lagi dia sebagai lelaki yang harus bekerja keras untuk istri dan anaknya suatu hari nanti.

"aku buat semua tu bersebab sayang...." kata-katanya automatik mati selepas mendengar semua isi hati Faiya, tak sangka begitu teruk sekali keadaan Faiya selepas dia meninggalkan Faiya seorang diri.

lagi pun dia tidak sangka Faiya mengandungkan anak hasil dari benihnya. selalunya sebelum main Faiya minum pil perancang, tapi entah kenapa boleh terjadi, mungkin sebab Faiya terlupa nak minum.

Nafsu Atau Cinta ?Where stories live. Discover now