Bab27 Aisyah

29.3K 233 2
                                    

Pintu yang tertera BILIK PERUBATAN itu di tolak dengan perlahan.

sekali lagi mulutnya terlopong dengan bilik perubatan ni, ni bilik ke klinik ? segalanya lengkap di dalam. tidak tahu macam mana segala ubat kat dalam bilik ni boleh ada dekat sini ? siapa yang doktor ? bukan ke ubat tidak dibenarkan tanpa ada lesen kedoktoran. ah! malas ambik pusing. cukup dia terlopong setiap kali melihat seluruh pelusuk rumah ini. dia cukup kagum dengan design rumah mewah ini. rezekinya dapat masuk di sini.

First+Aid di bawa keluar bersama dari bilik itu. Aisyah segera mendapati Faiya. risau berlakunya jangkitan kuman pada telapak kakinya.

Aisyah membersihkan darah yang sudah mulai mengering di telapak kaki Faiya. lalu menyapukan ubat nyah kuman. selepas itu dia menyapu ubat gel berfungsi untuk mengurangkan kepedihan daripada luka itu, selesai dengan itu Aisyah membalut kaki Faiya dengan kain luka.

"Arghhh!!!.....Astagfirullah!....terkejut saya!" Aisyah di kejutkan dengan bunyi pintu yang di buka secara mengejut oleh Nikhail.

"Aisyah?...mi...minta maaf... bagaimana dengan Faiya ?" Soalnya dengan nada risau. kelam kabut dia ke sini selepas mendengar Faiya terluka. bilik yang tidak serupa bilik itu di pandang. apa yang terjadi ni ? aduhai. ni semua salah Aeron! kalau Aeron yang handle Faiya senang sikit kerja dia dekat pejabat, dah lah berlambak kerja dekat sana.

"Tak sedar lagi....tapi saya dah bersihkan lukanya..." ujar Aisyah. raut wajah Nikhail yang menunjukkan dia tengah risau itu di pandang. untung Faiya, ramai orang sayang. entah kenapa hatinya terusik sedikit, dia sangat berterima kasih dengan Nikhail kerana menjaga sahabatnya dengan baik, ada lagi kah lelaki seperti  ini untuknya ? kalau ada pun dia bersyukur sangat.

"uhh! kenapa bilik ni ?...."

"Er....rasanya Faiya mengamuk tadi selepas baca surat daripada Aeron." ujarnya.

Nikhail terpandang kaki Aisyah yang berdarah itu.

"awak ok ke?"

"haa ? Er... ok je..." jawap Aisyah

"Kaki awak tak ok tu... meh saya ubatkan...." Nikhail membuka first+aid itu.

"Ehh tak tak!....biar saya yang ubatkan ...." Aisyah berkeras menolak kerana jika Nikhail yang ubat, aurat dia sebagai perempuan terlihat.

Nikhail mengangguk memahami niat Aisyah, dia tidak boleh menyentuh sesuka hatinya seperti dia menyentuh Faiya setiap kali memujuk.

Aisyah tersenyum dengan janggal sekali. nasip baik ada Faiya walaupun dalam keadaan dia yang pengsan. tapi tetap saja dia segan sebab dia dan Nikhail berdua sahaja yang sedar di bilik ini.

"Kalau macam tu saya keluar dulu...." Aisyah sekadar mengangguk kepala, dia melihat belakang tubuh Nikhail yang berjalan keluar dari bilik ini.

terasa ada benda asing yang masuk dalam hatinya saat ini, detakan jantung pun seperti tidak normal. ada apakah ? tak mungkin dia jatuh hati dengan lelaki itu.

kakinya luka itu di pandang sepi. luka seperti itu bagaikan angin lalu saja baginya. dia membersihkan darah kering itu lalu menyapu ubat nyah kuman setelah itu meletakkan ubat gel di kulit kakinya. plaster luka di lekat kan di kawasan yang terkena kaca. dia malas hendak membalut, lagi pun lukanya tidak besar mana pun.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

"Awak....."

Nikhail menoleh sebaik sahaja namanya di seru.

"kenapa Aisyah ?....."

"akak saya Mawar dah tak balik-balik lagi dari hari tu...." beritahunya.

"oh! ermm....pasal tu awak tidak perlu risau....akak awak selamat je...."

"Haa? awak tahu ke kat mana akak Mawar ?" Soal Aisyah dengan terkejut. dah berapa hari akak dia tidak pulang rumah, mungkin akaknya merajuk.

Nikhail mengangguk mengiyakan. dia dah lama tahu tapi bukan urusan dia untuk masuk campur hal orang lain.

"kat mana....?"

"dia ada dengan Alex...."

"Alex ? siapa Alex ?" berkerut kening Aisyah mendengar nama yang tidak di kenali itu.

"sepupu lelaki Faiya....mereka sekarang berada di Hotel Victoria Secret's...."

terbungtang anak mata Aisyah. dia tidak salah dengar kan ?

"Hotel ? bu....buat apa...akak...dekat hotel tu? dengan Alex ?"

sekali lagi Nikhail mengangguk mengiyakan. dia memandang anak mata Aisyah yang seperti mencari kebenaran tentang jawapannya.

"kenapa ? awak fikir saya menipu ke ?...." soal Nikhail sambil menatap anak mata itu sedalam yang mungkin. hmm boleh tahan manis Aisyah ni, mata pun sedap je memandang. segera dia melarikan pandangannya. dia berdehem, anak tengkuk di garuk walau pun tidak gatal itu.

"eh tak tak!... sa..ya cuma hairan je...."

"awak rasa buat apa lagi dalam hotel kalau berduaan dengan lelaki?"

"Er....sa..ya percayakan akak Mawar..."

mendengarkan itu Nikhail tertawa menampakkan giginya. seakan mengejek tentang sangkaan Aisyah terhadap kakaknya. teringat tentang kejadian dia dengan Faiya berduaan di hotel, kalau Aeron tidak mengambilnya pada malam itu, besar kemungkinan dia akan tewas dengan nafsu ketika itu.

"Aisyah....awak jangan risau...Alex jaga Mawar dengan baik, so awak tunggu je Mawar tu balik rumah...itu pun kalau dia mahu balik lah...."

"Apa maksud awak?...."

"nanti awak akan tahu...." jawap Nikhail.

mendengar itu Aisyah tertunduk sedih. dia risau dengan keadaan kakaknya yang tidak balik rumah beberapa hari lalu, tapi....tidak mungkin akaknya seperti itu.

Nikhail pandang Aisyah yang tertunduk sedih itu, wajahnya mudah sekali untuk di baca. terusik hati lelakinya, saat kakaknya sedang berfoya-foya dengan lelaki lain di luar sana, tapi dia pulak sedih dengan kakaknya yang tidak balik-balik itu, tanpa diketahui apa yang kakak yang tersayangnya lakukan di luar sana.

terlihat manik air mata jatuh di pipi itu. ingin saja di lap air mata itu, tapi dia sedar, dia harus menghormati pendirian Aisyah.

"Awak....bermalam lah dekat sini dengan Faiya...."

"takpe ke ?..." soal Aisyah. bermalam ? dia pun ingin menemani Faiya di saat-saat ini, Faiya mesti memerlukan seseorang untuk menjadi penguat dirinya.

Nikhail mengangguk. "saya minta tolong sangat, awak jagakan Faiya buat sementara ni...sebab saya masih banyak urusan nak settel dekat pejabat tu." ujar Nikhail.

Aisyah mengangguk mengerti. lagi pun di rumah akak Mawar tiada, jadi rumah itu kosong.

"saya pergi dulu, apa-apa telefon saya nanti"

Aisyah mengangguk sekali lagi.

Tubuh Nikhail yang semakin jauh itu di pandang sepi. betul ke akak Mawar berada di hotel dengan lelaki ?

namun tiada siapa yang dapat menjawap persoalan itu.

"ya Allah. engkau lindungilah orang yang aku sayang." bisik hati kecilnya.




Hai semuanya. sorry lambat update.

vote ⭐

komen✅





















Nafsu Atau Cinta ?Where stories live. Discover now