Warkah Pembuka Maaf

24 5 3
                                    

16

Hari ini,
Mungkin tiada sambungan,
Jadi kata maaf aku bentangkan,
Melalui warkah atas talian,

Aku bukan kehabisan dakwat,
Mata pensil juga masih berkilat,
Kertas pula bertimbun melebihi had,
Cuma ideologi yang menjadi singkat,

Terkadang bersalah juga kepada diri sendiri,
Penat dia mencari bermacam-macam
Ideologi,
Kamus dibelek belek beribu kali
Oleh jari,
Kemudian mencari rima pula untuk
Menghias puisi,

Namun tidak mengapa,
Aku hanya berehat sebentar
Beberapa masa kedepan
Aku akan kembali semula,

Kerana aku tekun akan
Kata seseorang,

Cintai apa yang
Kau lakukan,
Bukan cinta yang
Kau dapatkan dengan
Melakukannya,
-tablo

The BulanWhere stories live. Discover now