16
Ada satu hero bangsa,
Namanya takkan ku nyata,
Yang aku tahu dia wanita,
Dan seorang pengajar juga
pujangga,Tak perlu masuk tv untuk selamatkan
bangsa,
Cukup menaip kata-kata menjadi
karya,Bahasa melayu sebagai penghantar,
Hanya berkongsi melalui komentar,Semalam dia kata bahawa dia hanya manusia biasa,
Tanpa sedar dia telah membantu orang lari dari putus asa,Sepatutnya orang seperti dia masuk media massa,
Tapi disana padat dengan orang kaya harta dan rupa,Dan karya ini,
Hanya sebatas kiasan warga biasa,
Untuk dia yang si pewira,
Tidak bertopeng juga tidak ternama,
Namun layak digelar wira bangsa,