16
Kopi hangat dihirup sesekali,
Untuk mengisi inspirasi,Mata pensil diasah acapkali,
Sebelum memulaikan aksi,Pinggang direnggang ke sisi,
Kanan dan juga sisi kiri,Terjumpa rangkap terakhir kali,
Dicoret dan lupa dihabisi,Buku dibelek mencari ruang
Kosong yang masih suci,Ideologi lama telahpun dibuang,
Kerana rasanya sudah mati,Mindanya dia kembali guna ulang,
Untuk melenggok kreativiti,Beratus juga abjad yang dikarang,
Hasil akhirnya dia gelar puisi,