Zara bangun pada pagi itu dengan perasaan teruja. Hari itu merupakan hari lahir rakan baiknya. Sudah lama dia menyiapkan hadiah untuk diberi pada rakan baiknya itu.
"Ibu, kenapa ibu tak siap lagi?" tanya Zara. Terkejut dia dibuatnya apabila melihat ibunya yang merupakan guru disekolahnya itu masih tidak bersiap.
Jam tangan dipandang sekilas. Jarum pendek sudah pun menunjukkan kearah 7. Perjalanan kesekolahnya pula mengambil masa lebih kurang 15 minit.
"Harini tak boleh pergi sekolah. Perdana Menteri dah isytiharkan perintah kawalan pergerakan semalam. Kes Covid dah naik dekat Malaysia ni," ujar ibunya.
Zara mengeluh. Penat dia tidur awal semalam semata-mata untuk hari gembira itu. Sampaikan, pengumuman penting itu pun dia terlepas.
"Abang mana? Tengah tidur lagi ke?" tanya Zara. Matanya memerhati segenap ruang tamu mencari kelibat abangnya.
"Dah cuti memang wajiblah abang kamu tu tidur. Dah pergi tukar baju tu," arah ibunya lagi.
Zara mengangguk kepalanya perlahan. Sedih hatinya ketika itu kerana tidak dapat memberikan hadiah hari jadi kepada rakan baiknya itu. Mungkin dia akan beri sewaktu sekolah dibuka kembali sahaja.
Baju kurung sekolah berwarna biru itu itu dipandang sejenak. Terus sahaja dia menyangkutkan baju itu kembali kedalam almari. Baru 10 minit dia memakai baju itu. Tidak perlu rasanya dia membasuh baju sekolahnya itu kembali.
Telefonnya diambil. Nombor rakan baiknya dicari.
Happy Birthday Dina! Sorry tak dapat bagi kau hadiah. Nanti buka sekolah aku bagi tau
Selepas berpuas hati dengan ayatnya, butang sent ditekan. Melihat ayat typing... dari Dina, membuatkan Zara tersenyum teruja.
Thanks Zara! Nanti bukak sekolah aku tuntut tau hadiah aku tu!
Zara tersenyum nipis. Lantas, dia menghantar mesej lagi sebagai balasan.
Alright!
Zara menutup telefonnya lalu diletakkan ditepi kepalanya. Matanya dipejam sejenak. Baru seminggu yang lepas dia melihat video di tiktok yang menunjukkan ramai manusia terkena jangkitan virus itu di China. Tidak disangka secepat itu negara lahirnya turut sama terkena wabak berbahaya itu.
"Haih baru sehari tak pergi sekolah dah rindu..." lirih Zara perlahan.
Tok! Tok!
Zara melirik kearah pintunya. Terpampanglah wajah abangnya dengan senyuman lebar.
"Nak apa?" tanya Zara.
Tanpa menjawab, abangnya berjalan kearah Zara lalu baring ditepi Zara.
"Zafrel Haiyan... nak apa?" tanya Zara lagi.
"Zara Haifa... boleh diam?" tanya abangnya kembali menggunakan taktik yang sama.
Zara mencebik. Terus sahaja dia mengiring memandang abangnya yang sudahpun memejamkan mata. Tidak pasti pula apa motif abangnya itu masuk kedalam biliknya.
"Abang tahu pasal covid ni?" tanya Zara.
Zafrel mengangguk kepalanya sambil mata masih terpejam.
"Agak-agak berapa lama eh kita cuti?" tanya Zara lagi.
"Jangan sampai hujung tahu dahla. Abang nak spm tahun ni. Adik pula nak pt3 tahun depan. Payah kita berdua nanti," jawab Zafrel.
Zara mengangguk. Memang betul, jika Pkp dilanjutkan sehingga hujung tahun, ianya akan menyusahkan mereka berdua yang bakal menghadapi ujian besar itu.
YOU ARE READING
Cerpen The A
Short StoryCover by : @KuSyifaa_ Koleksi cerpen rekaan by @Afxya- dan @-AiAra Satu Story Satu Bab ♡ Cerpen 1 : 2020 Mengisahkan tentang kisah perit Zara pada zaman wabak Covid-19. Cerpen 2 : SYAQIL Mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang buta. Cerpen 3...