"IBU tolong!" Aku menjerit memanggil ibuku.
Sering kali aku mengucapkan perkataan itu. Sejak dari lahir lagi aku tidak pernah melihat. Aku buta. Aku buta dari lahir lagi. Kisah hidupku sangat menyedihkan.
"Mari sini ibu tolong pakaikan kasut" Ibuku menawar pertolongannya. Aku hanya mampu terdiam.
"Ibu Syaqil taknak pergi sekolah boleh tak?" Aku bertanya. Setiap pagi sebelum ke sekolah, ayat inilah yang aku akan bertanya.
Aku pasti ibu sedang mengeleng kepalanya. Itu hanyalah firasat aku. Aku tidak boleh melihat. Aku sangat teringin ingin melihat wajahku. Adakah wajahku hensem ataupun hodoh? Hidungku mancung ataupun bagaimana? Kulitku berwarna hitam atau putih? Muka ibuku sudah berkedut ataupun masih awet muda?
"Pergilah Syaqil. Nanti kamu terlepas pelajaran" ibuku memujuk lagi.
Aku membuat muka. Ada sebab kenapa aku tidak mahu ke sekolah. Aku menjadi mangsa buli. Semua pelajar di sekolah itu sering membuli walaupun sekolah itu ada kelas untuk murid keperluan khas seperti aku. Murid keperluan khas. Aku sangat benci mendengar ayat itu.
"Nak ibu hantar kan?" Ibuku membantu aku untuk bangun. Aku tidak pasti ibu di bahagian kananku atau kiriku. Yang penting aku tahu aku menuju ke jalan keluar rumah yang betul.
"Tak perlulah ibu" aku menghulurkan tangan kepada ibuku ingin bersalam. Dapat kudengari Suara ibuku yang sedang tertawa kecil. Pasti ibuku ada di sebelah kiriku memandang aku menghulurkan tangan ke belah kanan.
Aku menarik tangan. Tidak jadi untuk bersalam. Akhirnya aku hanya mengambil tongkat di sebelahku lalu bergerak ke sekolah yang jauhnya hanyalah 5 minit dari rumahku.
Aku menarik nafas. Aku pasti aku sudah sampai di sekolah. Suara bisikan tentang aku mula kedengaran. Yang aku pasti ramai suara pelajar perempuan di sebelah ku. Kenapa pelajar perempuan yang berada dekat denganku? Adakah kerana rupaku? Ataupun mereka memandang rendah tentang kecacatanku?
"Syaqil!" Suara seorang lelaki kedengaran. Ini suara sahabatku. Satu-satunya manusia yang ingin berkawan denganku malah jejaka inilah yang mula menegurku sewaktu pertama kali aku menjejakkan kaki di sini.
Aku menoleh ke belakang. Aku pasti sahabatku berada di belakang. "Khai!" Aku menjerit nama sahabatku.
Selang beberapa minit, Khai masih belum sampai ke arahku. Sudah pasti dia terhimpit di sana. Khai merupakan ketua pengawas sekolah ini. Dia juga merupakan atlet dan pelajar harapan sekolah. Ramai orang membenci akan diriku yang rapat dengan lelaki hebat seperti Khai.
"Maaf Syaqil. Aku terpaksa guna jalan belakang. Ramai sangat geng minah gedik dekat dengan kau tadi" Syaqil mula mengambil beg aku.
Aku hanya mampu tertawa. Khai merupakan pelajar popular di sekolah ini. Pengikut di Instagramnya juga sudah capai sebanyak 100 ribu orang pengikut. Itulah yang diberitahu oleh Khai.
Selama 3 tahun aku berkawan dengan Khai, perasan cemburu itu tidak mampu aku hilangkan. Khai sangat sempurna. Tidak seperti aku, cacat. Aku hanya membebankan orang sekelilingku. Alangkah indahnya jika aku tidak dilahirkan di dunia ini!
"Jom aku bawak pergi kelas kau!" Khai memegang tanganku. Mesti semua orang ingat aku sekelas dengan Khai. Tetapi tidak, hanya disebabkan kelas kami bersebelahan membuatkan Khai boleh menolongku. Kekadang aku terpaksa meminta tolong Khai membawa aku ke tandas.
Kelas yang terletak di tingkat bawah sekali, aku tuju. Di sini semua murid keperluan khas belajar. Murid di sini kebanyakannya ada masalah pembelajaran, pekak dan bisu. Aku sahaja yang buta menyebabkan cikgu perlu lebih fokus kepadaku.
YOU ARE READING
Cerpen The A
Storie breviCover by : @KuSyifaa_ Koleksi cerpen rekaan by @Afxya- dan @-AiAra Satu Story Satu Bab ♡ Cerpen 1 : 2020 Mengisahkan tentang kisah perit Zara pada zaman wabak Covid-19. Cerpen 2 : SYAQIL Mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang buta. Cerpen 3...