Abang, I'm Sorry | Afxya

23 6 0
                                    

"Dik, nanti balik dengan abang." Seorang lelaki berpakaian kemeja biru itu berkata sambil mengusap kepala adik sendiri.

Name tag yang tertulis 'Fahrin Qayyum' itu tersepit elok di poket baju kemejanya.

"Ish! Muaklah dengar abang pesan setiap hari. Setiap hari kena balik dengan abang dah kenapa? Adik dah besar. Biarla nak balik dengan sesiapa pun," ujar adiknya pula.

Adiknya pula mengenakan seragam sekolah berwarna putih dan turut disepit name tag yang tertulis 'Farisha Qaisara'.

"Abang tak percaya yang adik akan terus balik lepas habis kelas. Paling kurang pun adik akan singgah rumah Ariana dulu," ujar Fahrin sedikit tegas.

Farisha berpusing. Matanya tajam melihat wajah abangnya.

"Abang dah kenapa? Suka hati adiklah nak pergi mana pun. Adik dah 14 tahun! Bukannya 4 tahun!" Farisha menjerit kuat. Langkahnya diatur menuju ke luar rumah. Kasut sekolah berwarna hitam disarung.

Bam!

Pintu rumah 2 tingkat itu dihempas kuat. Farisha mahu berjalan ke sekolah pada hari itu. Jarak ke sekolahnya juga tidak jauh. Hanya mengambil masa 5 minit sahaja dengan berjalan kaki.

"Hai Azran." Lembut Farisha menegur lelaki yang memakai baju kemeja berwarna putih yang ralit berbual dengan rakannya.

Azran berpaling melihat gadis di belakangnya. Automatik bibirnya mengukir senyuman manis.

"Hai sayang... I miss you a lot," ujar Azran. Sengaja badannya merapat dengan tubuh gadis itu.

Farisha tersenyum. Dia juga mula merapat dengan tubuh lelaki itu. Tidak di kisahkah mata-mata yang memerhati mereka berdua.

"I miss you too," ujar Farisha lembut.

Azran tersengih. Tangannya naik menyentuh tudung yang menutup rambut gadis dihadapannya itu.

"Tak panas ke? Buka jela tudung ni. Mesti awak cantik kalau tak pakai tudung," ujar Azran. Dia boleh bayangkan betapa cantiknya gadis di hadapannya ini jika tidak memakai tudung. Dengan kulit putih gadis itu, mesti dapat menarik minat lelaki yang memandangnya.

"Nanti abang marah. Penatlah dengar dia membebel," jawab Farisha.

Azran hanya memberi senyuman palsu. Ah dia mahu lihat gadis itu membuka tudung!

"Woi ingatlah kami sikit. Nak bermesra buat dalam bilik!" Seseorang menjerit kuat.

"Sejak bila Haikal dengan Aiman ada dekat sini?" Farisha bertanya pelik.

"Itulah kau. Sibuk sangat dengan pakwe kau. Kami perhati korang berdua dari tadi lagi," Aiman menjawab.

Farisha mengangguk kepalanya. Memang dia tidak nampak sesiapa melainkan Azran sahaja sebaik sahaja sampai di perkarangan sekolah itu.

"Awak masuk kelas dulu ye. Nanti kita rehat sama-sama. I love you," ujar Azran lalu mencium kepala Farisha yang berlapik tudung. Gaya mereka serupa pasangan yang sudah berkahwin sedangkan masing-masing baru berumur 14 dan 16 tahun.

Farisha mengangguk kepalanya akur dengan arahan Azran. Dia terus menjengket kakinya untuk membisik kepada Azran.

"I love you too. I love you so much," ujar Farisha lalu berlari ke kelasnya dengan senyuman.

"Farisha! Kau tahukan harini tugas kau kena sapu sampah. Dah kenapa kau tak buat? Kau lupa ka ada pelawat nak datang kelas kita harini!" jerit Irdyna. Selaku penolong ketua kelas, memang tugasnya untuk menegur rakan sekelasnya itu memandangkan ketua kelas tersangatlah malas.

Cerpen The AWhere stories live. Discover now