'Tok'
'Tok'
'Tok'"Masuk"
"Urm.. Ampun tuanku beribu ribu ampun, patik tahu tuanku sedang sibuk sekarang.. Tetapi patik risau akan keadaan tuanku yang tidak keluar dari ruangan ini buat sekian lamanya." kata seorang dato bendahara itu kepada putera kerajaannya. Putera itu mengurut hulu batang hidungnya sebelum matanya kecil memandang dato bendahara yang sedang memasang riak wajah risau dengan keadaan dirinya yang kurang sihat. Bibirnya yang pucat itu mengariskan senyuman nipis. Kemudian matanya kembali tertumpu pada penulisannya yang tidak menunjukkan sebarang kata - kata akhir yang membolehkan dia meletakkan pen buluhnya.
"Mana mungkin beta keluar daripada ruangan ini, sedangkan kerja beta masih belum selesai" kata putera itu lalu meneruskan pekerjaannya untuk menulis surat - surat untuk dihantarkan kepada kerajaan - kerajaan lain kelak.
"Tetapi-"
"Tidak mengapa Dato bendahara, beta baik - baik sahaja.. usahlah risau akan keadaan beta.. uhuk! uhuk!"
"Tuanku!!"
Teriak Dato Bendahara itu lantas mengusap belakang Putera rajanya. Belum sempat dia mahu menghabiskan kata - katanya, dadanya terus diserbu rasa renyam membuatkan dia batuk seperti hendak mengeluarkan peparunya. Dia menekup mulut menggunakan telapak tangannya. Tiba - tiba dia merasakan satu cairan hangat yang mengalir di tangannya. Dia mengintai cairan itu sekilas lantas menggenggamnya dengan pantas. Dia tidak mahu sekiranya Dato Bendahara itu perasan akan hal tersebut. Kalau tidak tentu dia akan dipaksa untuk berehat di dalam biliknya.
"Tuanku baik baik sahaja? Hamba boleh panggil kan tabib untuk merawat tuanku." Pelawa nya namun putera itu sama sekali menggeleng dan masih bersikeras menyatakan bahawa dia masih boleh meneruskan tugasannya itu.
"Sudah patik berpesan kepada tuanku untuk tidak memaksa diri"
Nasihat Dato Bendahara itu, Malangnya diabaikan. Dia menatap sayu memandang putera Raja itu. Dia tahu setiap pahit manis yang telah putera kerajaannya itu lalui dalam mengambil alih tugas ayahandanya sebagai Raja kerajaan yang termasyhur di abad itu.
mengenangkan kesihatan sang putera raja itu yang kebelakangan ini sering batuk dan tidak bermaya, lagi - lagi kerana upacara pelantikannya sebagai Raja Kerajaan Elemental bakal berlangsung tak lama lagi. Dia risau jika ada segelintir rakyat tidak puas dengan cadangan pelantikan raja yang sebegitu muda. Walaupun pada awalnya putera raja itu hampir dinaikkan pangkatnya pada umur 13 setelah kemangkatan ayahandanya Raja Amato. Namun kesemua rakyat tidak bersetuju kerana perkara itu tidak normal bagi sesebuah negara. Benarlah umur bukan penghalang, tetapi terlalu muda juga pasti menimbulkan masalah disebabkan ilmu dan pengalamannya masih tidak mencukupi bagi gelaran seorang Raja.
"Ouh ye, Dato Bendahara"
"Patik.. tuanku"
" ada tak, Dato Bendahara letak dalam upacara pelantikkan beta bersama upacara pelantikkan panglima dan laksamana baharu?"
"Ada Tuan ku.. patik sudah uruskan kesemuanya" Badannya di tundukkan sedikit tanda menghormati putera rajanya itu.
Putera raja itu tersenyum gembira sebelum dadanya berasa gatal dan perit buat sekian kalinya. Dia mengengam bajunya dengan kuat iaitu tepat dibahagian dadanya. Kini dia tidak dapat menyembunyikan lagi darah yang langsung keluar dari mulutnya. Darah itu telah meninggalkan noda pada kertas yang sedang ia kerjakan. Dia tersenyum singkat, dia tahu destinasinya di mana setelah itu.
"Tuanku! Patik sudah cakap pada tuanku untuk berehat.. Tapi tuanku degil tidak mendengarkan nasihat Patik, mari Patik bawa tuanku ke bilik. Nanti hamba mintakan dayang membawa air untuk Tuanku" Kata Dato Bendahara itu lalu memanggil beberapa pengawal untuk memimpin Putera itu ke biliknya. Putera itu akur, dia sama sekali tidak menolak. Dia malas untuk memanjangkan cerita dan membenar pengawal - pengawal nya memapah dia yang sudah tidak bermaya lagi.
YOU ARE READING
Our Prince Boboiboy
FanfictionPutera Boboiboy bin Amato dikenali sebagai Putera Kerajaan Elemental yang bakal menaiki takhta Ayahandanya Raja Amato yang telah mangkat bersama bonda tersayangnya pada hari lahirnya yang ke 13 tahun akibat penyerang luar memecah masuk ke istana mer...