51**

3.6K 20 2
                                    

Aleesya pov

Pagi itu aku cepat cepat pulang ke rumah aku bersama anak kembarku. Aku menaiki feri pertama untuk pulang. Aku tidak ingin anak kembarku terserempak dengan Adam. Cukuplah kejadian pertama hari itu.

---------------------------

Sedang aku menjahit baju yang ditempah oleh client, aku dapat panggilan dari ibu asuhan yang Alexa demam panas. Hari itu aku tutup kedai awal untuk membawa Alexa ke klinik.

Mujur tiada apa apa hanya demam sahaja. Alexandra seakan mengetahui abangnya tidak sihat jadi dia tidak clingy terhadapku. Susu pun diminum menggunakan botol. Aku menelefon ibu bapaku dan menceritkan apa yang berlaku di Pulau Tioman sehingga sekarang.

Kata ibuku mungkin Alexa demam rindu. Kata ibuku seakan benar kerana Alexa memang sukar untuk mendapat penyakit. Jarang sekali dia selesema atau batuk apatah lagi demam.

Sudah seminggu Alexa demam. Taoi demamnya secara turn on and off. Doktor juga mengesahkan tiada apa serius yang berlaku. Ibu mengajak aku pulang ke rumah beliau.

Setelah memikirkan masak masak, aku bersetuju untuk pulang ke rumah. Aku memaklumkan pekerja ku yang aku bakal cuti seminggu. Aku siapkan barangan anakku untuk dibawa pulang.

Alexandra berlari ke arah ibuku apabila sampai di rumah beliau. Kemain manja Alexandra dengan nenek dan atuknya. Demam Alexa mulai kebah tetapi perwatakan Alexa yang dahulu aktif kini sudah kurang.

Aku rindukan perwatakannya yang suka independent, malu dan segalanya lah. Aku membiarkan anak kembarku meluangkan masa dengan nenek dan atuknya. Aku berehat di dalam bilik kerana penat memandu jauh kereta.

Aku terjaga pada petangnya. Terdengar suara lelaki di hadapan. Siapa yang datang ke rumah ni. Tetamu ibukah. Aku memakai tudung sarung memandangkan ada lelaki ajnabi di rumah ini. Keluar dari bilik, mata aku bertembung dengan gerangan tersebut.

"Kau buat apa disini" kataku marah. Tetapi aku cepat mengawal marah memandangkan anak aku berada di situ. "Melawat ibu dan ayah" katanya bersahaja. Ibu yang keluar membawa air terus menganggukkan kepala.

"Adam selalu datang melawat ibu. Lagi pun tidak salah kan Adam melawat anaknya" kata ibuku. Aku sedikit gugup. Aku melihat Alexa yang mendengar kata ibu. Dia seakan msngetahui perkara sebenar yang aku cuba rahsiakan.

Terus dia berlari ke arah Adam dan memeluknya. Aku melihat Adam seakan menangis. Tetapi dia cuba menutupnya dengan senyuman. Aku berlari ke dapur untuk tenangkan diri.

Aku susah payah menyembunyikan perkara ini mengapa senang senang ibu memberitahunya. Aku menangis di dapur. Terasa sentuhan di bahuku. "Lambat laun anak kembar kamu bakal tahu siapa ayahnya" kata ayahku. Ya betul tapi aku masih belum bersedia.

Aku yang menjaga mereka dari kecil sampai sekarang. Dan sesenang itu Adam datang dan bemesra dengan anakku. "Cantikkan dapur. Adam yang selalu melawat membelikan barangan dapur yang baharu" kata ayahku lembut. Ayah memandang sekeliling dan banyak perubahan yang aku lihat.

"Adam masih sayangkan Aleesya. Fikir masa depan Alexa dan Alexandra. Takkan kamu nak biar mereka hidup tanpa kasih sayang seorang bapa" nasihat ayahku. Aku lantas memeluk ayahku. Ayahku menenangkan aku dengan gosok dibelakang ku.

--------------------

Aku cuba tidak mengendahkan Adam yang kini bermain dengan Alexa. Alexandra sedikit teragak untuk mendekati Adam. Jadi dia hanya menempel di sisi aku tetapi matanya masih lagi memandang Adam.

Aku masuk ke dalam bilik untuk menyusukan Alexandra selepas makan malam. Alexandra memang jenis tidur awal. Jadi sebelum tidur, aku akan menyusukan dia sekejap. Aku memanggil Alexa yang tidak berhenti henti bermain dengan Adam. Aku menyuruhnya untuk tidur.

Tetapi, dia masih mahu bermain dengan Adam. Aku membiarkan memandangkan Adam akan pulang sebentar nanti.

"Kamu bermalam di sini Adam. Dah malam sangat ni" kata ibuku. Aduh ibu ni. Sengaja ke apa. "Takpe la ibu. Adam datang ni pun nak melawat. Tapi tak sangka dapat jumpa anak Adam sekali.

Sejak mengetahui status Adam, Alexa tidak behenti memanggil nama daddy. Sayang sangat la kat daddy dia tu. "Ishh isteri kamu dekat sini takkan kamu nak balik pula" kata ibu. Ibu memaksa Adam untuk bermalam di situ. Akhirnya, Adam terpaksa mengalah.

Jam menunjukkan pukul 10 malam, aku memberikan botol susu pada Alexa untuk tidur. "No..want mummy milk" kata Alexa. Aku faham maksudnya tapi sudah lama dia tidak menyusu di payudaraku. Mengapa tiba tiba je ni. Aku cuba memujuknya tapi dia tetap berdegil.

Lantas aku membawa dia masuk ke bilikku. "Daddy" panggil Alexa. "Minum susu dulu nanti baru pergi dekat daddy" pujukku. Dia sampai menangis nakkan Adam.

Adam pov

Tidak sangka niat aku hendak melawat ibu dan ayah mertuaku, terjumpa dengan anak kembarku. Alexa asyik berkepit denganku apabila megetahui aku ayahnya. Aku cuba memanggil Alexandra tetapi dia menempel di sisi Aleesya.

Aku perasan matanya memandang aku. Mungkin jealous melihat abangnya bermain denganku. Mungkin mengambil masa untuk dia selesa dengan kehadiran aku.

Ibu memaksa aku bermalam di sini. Terpaksa aku akur. Ayah memberikan pakaian baru untuk aku tukar. Aleesya memanggil Alexa untuk tidur memandangkan jam sudah lewat. Alexandra aku lihat sudah tidur di atas katil.

Aku curi dengar perbualan antara Aleesya dan Alexa. Aleesya membawa Alexa masuk ke biliknya. Tetapi aku dengar nama aku dipanggil. Aku sedilit teragak memandangkan Aleesya masih belum selesa dengan kehadiran aku.

"Alexa nak minum susu tapi dia nak awak ada dekat sini" kata Aleesya. Alhamdulillah tiada lagi panggilan aku kau darinya. "Bagi susu botol Alexa, saya dodoikan dekat luar" kataku. Tapi wajah Aleesya bertukar merah.

"Dia nak saya breastfeed" katanya perlahan. "Ohh" aku hanya membalas pendek. Takkan dia nak aku lihat dia menyusukan Alexa. Batang aku mulai memberi reaksi.

"Hmm awak duduk la dekat sini tapi jangan tengok saya menyusukan dia" kata Aleesya. Lantas aku duduk di birai katil dan memandang ke pintu bilik. Tidak sekalipun nampak Aleesya di pandangan aku.

Jari kelingking ku dipegang oleh Alexa. Terdengar bunyi mungkin Aleesya membuka baju untuk menyusukan Alexa. Muka aku mulai membahang. Fikiran aku mulai berfikir benda bukan bukan.

Terasa zakar aku sedikit keras. Aku membetulkan kedudukan dudukku kerana zakar aku terasa sempit di dalam seluar. Aku tidak mahu membetulkan menggunakan tangan,  takut Aleesya tidak selesa.

"Ouch, jangan gigit Alexa" kata Aleesya perlahan tapi cukup buat aku dengar. Dan aku terdengar bunyi hisapan. Zakar aku dah mulai berdenyut.

Sedang beberapa minit, Alexa sudah tidak mahu menyusu. Habis sahaja, aku meminta izin sebentar untuk mandi. Sempat aku mengusik Aleesya dengan berkata aku perlu mandi air sejuk.

Aleesya pov

Aku sedikit tidak selesa menyusukan Alexa memandangkan ada sekali lelaki di dalam bilik. Walaupun Adam masih lagi status suami aku tapi setelah sekian lama tidak ketemu, aku jadi awkward dengannya.

Aku cuba mengintai pandangan ke Adam takut dia cuba mengambil kesempatan melihat aku. Walaupun normal untuk melihat seorang isteri menyusukan anaknya, tapi kalau sudah lama tidak berhubungan intim bukankah benda kecil itu sekalipun buatkan orang merasa sedikit terangsang.

Setelah selesai menyusukan Alexa, Adam meminta izin untuk mandi. Aku yang faham mengapa dia perlu mandi air sejuk mulai muka berona merah. Sempat lagi dia mengusik aku.

Malamnya itu, Alexa mahu tidur bersama daddynya. Jadi aku membiarkan Alexa tidur di luar bersama Adam. Ibu menyuruh Adam tidur didalam bilik. Tapi melihat ketidakselesaan aku, Adam menawar diri untuk tidur di ruang tamu rumah.

Cinta kau dan akuWhere stories live. Discover now