11

3.9K 24 0
                                    

Adam pov

Aku terjaga dari tidur. Aku masih lagi memakai baju semalam. Selepas kejadian di dapur, aku terus tidur tanpa menukar pakaian. Bercakap tentang kejadian semalam, aku terus berrfikir bagaimana cara untuk meminta maaf padanya. Aku dah lama tidak tahu cara mahu memujuk wanita.

Mukanya yang marah masih lagi aku ingat. Aku yang terasa tidak selesa, terus sahaja membersihkan diri. 'Fikir nanti la waktu mandi' desis kata hatiku. Aku terus menanggalkan pakaian dan tanpa seurat benang aku terus mandi. Bagaimana cara nak minta maaf pada wanita? Bagi bunga, tapi aku tidak tahu favourite bunga dia. Chocolate, tapi aku tidak tahu sama ada dia minat chocolate atau tidak. Rupanya banyak lagi perkara yang aku tidak tahu pasal Aleesya.

Aku terus mengingati kejadian semalam. Mengingatinya membuatkan batang aku kini memberikan reaksi. Mungkin orang tidak tahu, tapi aku mengambil masa semalam untuk menurunkan batang aku yang mengeras. Dengan badannya yang sedikit naked itu, perbuatanku yang mencium bibir dan lehernya, takkan la batang aku duduk diam sahaja. Sudah tentu berasa teruja. Aku yang tidak mahu batangku kembali mengeras, cepat cepat mandi dan memakai pakaian.

Aku yang baru sahaja keluar dari bilik untuk mengisi perut aku yang kosong, melihat Aleesya menonton televisyen. Aleesya yang menyedari kehadiranku, cepat cepat menutup televisyen dan berlalu ke biliknya. Mungkin masih marah lagi terhadapku.

Aku yang tidak mahu membuang masa, aku terus keluar untuk mencari penyelesaian. Harap dapat menemui jawapan yang aku tunggu.

------------

"Kenapa nak jumpa aku ni? Mana Aleesya?" tanya Amir. Aku berjumpa dengan Amir kerana dia sahabat yang tahu luar dan dalam aku. "Saja, takkan tak boleh jumpa kawan baik sendiri kan" kata aku. Aku mengajak Amir keluar untuk melepak di kopitiam.

"Tak payah nak menipu la Adam. Aku kenal kau sangat. Muka macam ayam berak kapur di muka memang ada masalah. Haa bagitahu cepat apa masalah kau ni" kata Amir. Cehh memang kenal aku sangat dia ni. Macam tahu je aku ada masalah. Ehh kurang ajar sial cakap muka aku macam ayam berak kapur. Tapi takpe la, nak minta tolong punya pasal, aku biarkan saja ejekan dia.

"Urmm aku ada masalah sikit dengan Aleesya. Dia marah la dekat aku. Macam mana aku nak pujuk dia balik? "tanya aku. Aku tidak mahu menceritakan kejadian yang berlaku di dapur. Itu merupakan rahsia perkahwinan. Hanya aku dan Aleesya je yang tahu. "Ohh pasal wanita rupanya. Ni pakar hubungan suami isteri" katanya dengan bangga. Aku menumbuk perlahan bahu Amir. "Tak payah nak pakar sangat. Bagitahu je la cepat" kata aku sambil tergelak kecil. Lucu melihat aksi dia yang bangga itu.

"Perempuan ni bila tengah marah, kau bagi dia masa nak cooldown dulu. Bila dah cooldown baru kau pujuk dia. Kadang kala mereka nak masa bersendirian dulu. Baru mereka nak kita datang pujuk. So kau bagi dia masa dulu" kata Amir. Nampaknya aku kena bagi Aleesya tenang dulu la. "Apa yang kau buat sampai dia marah macam tu sekali?" tanya Amir. Aku dengan terkejut soalan Amir cuba mencari alasan. "Hurmm aku buat benda yang dia tak suka" kata aku dengan harapan dapat menjawab soalan Amir.

"Patut la pun. Nanti dia dah okey kau bagi la bunga ke chocolate ke, apa apa hadiah la kat dia" kata Amir lagi. "Aleesya suka bunga apa eh?" tanya aku. "Mana la aku nak tahu, bini kau. Tanya aku buat apa" jawab Amir. Aku hanya tersengih sumbing dengan kata Amir. Buat apa aku tanya Amir. Aku menghabiskan masa dengan Amir dengan bercakap soal kerja. Amir meminta diri selepas melihat langit yang sedikit gelap. 'Nampaknya hujan lebat harini' getus aku. Aku pun cepat cepat pulang ke rumah.

Aku melihat rumahku kosong tanpa penghuni. Mungkin Aleesya ada dalam bilik. Hujan sudah mulai turun dengan lebatnya. Nasib baik aku sempat sampai ke rumah. Aku terus ke bilik untuk berehat.

Aleesya pov

Aku cepat cepat masuk ke bilik apabila terdengar pintu bilik Adam. Aku tidak mahu bertembung muka dengannya selepas kejadian itu. Aku masih marah dengan perbuatan dia. Tidak lama selepas itu, aku mendengar deruan enjin kereta keluar dari rumah. 'Nampaknya Adam keluar' desis aku.

Bagus la dia keluar, takde la sesak sangat rasa kalau dia keluar. Aku menjadi kebosanan kerana tidak apa yang dapat aku lakukan. Assignment dah siap, nak kemas rumah nanti bertembung dengan Adam pula. Aku yang tidak tahu apa yang nak dibuat, menanggalkan pakaian. 'Pergi mandi la' getus aku. Bilik aku mempunyai tab mandi jadi banyak kali aku melayan perasaan dengan berendam di dalam tab mandi. Aku membeli shower bomb yang famous untuk kegunaan aku. Aku hanya mandi tanpa seurat benang.

Nak buat apa pakai baju. Tak feeling nak mandi nanti. Aku pun berendam di dalam tab mandi sambil melayan perasaan. Aku terdengar hujan mulai turun lebat. 'Tak balik lagi ke Adam ni. Hujan dah lebat ni' kata hati aku sedikit risau. Biar la kat dia, kenapa aku nak peduli pasal dia. Aku terus melupakan kerisauan aku itu. Sedang aku melayan perasaan di dalam tab mandi, tiba tiba keadaan sekelilingku menjadi gelap.

Mungkin bekalan eletrik terputus gara gara hujan yang lebat. Aku sedikit takut mengenangkan aku keseorangan di dalam rumah. Telefon aku tidak aku ingat di mana aku letak. Nak keluar dari tab mandi aku pula takut apabila mengingat kembali cerita seram yang aku pernah tonton dahulu. Nak buat macam mana ni. Aku sudah mula nangis kerana takut. Aku cuma memikirkan Adam sahaja dan berharap Adam cepat cepat mencari aku. "Abang!" jerit aku perlahan. Keadaan aku yang ketakutan membuatkan suara aku menjadi perlahan.

Cinta kau dan akuWhere stories live. Discover now