6

3K 25 2
                                    

Aleesya pov

Hujung minggu sudah pun tiba. Aku berdebar menunggu wakil yang dihantar oleh Encik Adam. Tak lama selepas itu, terdengar orang memberi salam. Ibu dan ayah aku berada di hadapan melayan tetamu dan aku pula membuat air untuk tetamu. Ketika aku berada di dapur, aku curi curi dengar apa yang dikatakan oleh mereka semua. Disebabkan jarak dapur dan ruang tamu sedikit jauh menyukarkan aku untuk mendengar dengan jelas. Dengan rasa tidak sabar dan air telah pun siap, aku pun menghantar air ke ruang tamu.

"Cantik orangnya, patutlah Adam berkenan" usik seorang lelaki berumur. Aku kira ini mungkin pak cik yang menjaga Adam. "Jadi, Aleesya bersetuju ke nak jadi menantu pak cik?" tanya pak cik dengan nada tidak sabar. Aku sudah berfikir masak masak. Masa seminggu yang telah aku gunakan untuk berfikir. Dan keputusan aku muktamad. Aku menggangguk tanda setuju dengan pertanyaan pak cik itu. Dan kami semua berbincang tarikh yang sesuai untuk nikah. Ohh by the way, kami nikah terus ye disebabkan Adam tidak mahu majlis tunang diadakan.

Dan akhirnya, hari yang ditunggu tunggu telah pun tiba. Aku dan Adam sah menjadi suami isteri dengan sekali nafas. Ramai yang mengucapkan tahniah kepada kami. Majlis yang kami anjurkan hanya kecil kecilan. Mengajak sanak saudara yang terdekat sahaja. Adam terpaksa akur dengan kehendak bapaku yang ingin mengadakan kenduri kecil kecilan sahaja.

Selesai semua majlis, aku dan Adam bermalam di rumahku dan tidur di dalam bilik tidurku. Cadar perkahwinan masih lagi terpasang menyebabkan susana menjadi romantik. Aku rasa sedikit awkward memandangkan ada lelaki duduk sekali di dalam bilik. "Aleesya mandi la dulu. Abang nak duduk luar sembang dengan Amir kejap" kata Adam kepadaku. Wait.. Abang? Melihat muka aku yang sedikit terpinga menyebabkan dia tergelak kecil. "Aleesya dah sah jadi isteri abang. Tak salahkan kalau abang nak guna perkataan 'abang'. Lagipun saya kan lagi tua daripada Aleesya", usik Adam. Aku tersenyum malu. Jadi selepas ni, aku kena biasakan diri memanggil Adam dengan perkataan abang la. Aku mengambil baju untuk dipakai ke dalam bilik air. Aku belum bersedia lagi untuk mendedahkan tubuh aku kepada Adam walaupun dia layak untuk melihatnya.

"Adam, untuk first night kalau kau nak tahu apa apa tanya je aku" usik Amir. Aku yang kebetulan hendak ke dapur untuk mengambil air tertunduk malu diusik begitu. Sementara Adam pula memarahi usikan yang dikatakan oleh Amir. Hari sudah lewat malam, Adam menghantar Amir sampai ke keretanya. Amir tak dapat nak stay kat situ disebabkan tak sanggup nak tinggalkan isterinya seorang diri. Dah la isterinya tengah pregnant anak first. Disebabkan itu, Amir terpaksa pulang walaupun sudah lewat malam.

First night..Bersediakan aku? Perawan yang aku jaga selama ni khas untuk suamiku. Aku sedikit takut apabila mengenangkan apa kemungkinan yang terjadi. Aku dah Adam masuk ke dalam bilik untuk berehat. Haa sudah..Takkan la aku tidur sekatil dengan Adam. Aku belum bersedia lagi. Aku melihat Adam membuka bajunya. Aku menjadi takut. Adam terus memandang aku. Aku tidak tahu adakah itu pandangan yang ghairah atau apa. Adam mendekati aku dengan perlahan dan aku mengundur ke belakang. Satu langkah kehadapan diambil oleh Adam, satu langkah kebelakang diambil oleh aku. Sehinggalah aku terlanggar bucu katil dan aku terbaring di atas katil.

Adam masih lagi mendekatiku. Seinci sahaja wajahnya mahu mendekati wajahku menyebakan aku berkata perlahan. "Please, Aleesya belum bersedia". Adam tersenyum melihatku. Lalu dia berbisik di telingaku. "Takpe, take your time. Abang sanggup tunggu sampai Aleesya bersedia. Tapi kan kalau abang nak buat pun takkan la abang nak buat sekarang. Confirm ibu dengan ayah dengar Aleesya jerit nanti" usik Adam. Aku terus menutup mukaku yang malu. Perlahan lahan Adam menjauhi aku. Lalu dia mebentangkan toto di aats lantai. "Aleesya tidur la atas katil, abang tidur kat lantai". Adam pun terus berbaring di atas lantai yang berlapikkan toto. Aku sedikit lega.

Disebabkan Adam tidak memakai selimut, aku mengintai badannya yang mempunyai six pack. Walaupun six packnya tidak terlalu kelihatan, at least dia ada badan yang diidamkan oleh setiap wanita. Bukan wanita sahaja malahan lelaki pun mahu badan seperti itu. Nampaknya malam ini terpaksa la aku tidur dengan memakai sport bra. Selalunya kalau nak tidur, aku hanya memakai baju tidur atau singlet tanpa memakai sebarang baju dalam. Inilah saat kebebasan yang dirasakan oleh setiap wanita. Tapi malam ni dikecualikan disebabkan ada lelaki which is suami aku.

 Tapi malam ni dikecualikan disebabkan ada lelaki which is suami aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta kau dan akuWhere stories live. Discover now