41

1.6K 12 0
                                    

Adam pov

Aku terjaga dalam keadaan pening. Kepala yang terasa berat aku cuba tahankan. Mata aku silau akibat cahaya matahari menyinar di dalam bilik. Kejap ni bukan bilik aku. Aku cuba proses apa yang terjadi tapi disebabkan kepala aku yang sangat pening aku tidak dapat nak mengingatinya.

Aku bangun perlahan lahan menuju ke bilik air. Mungkin air mampu membuatkan muka aku kembali segar. Mengapa aku bertelanjang ni. Mana pakaian aku. Sedang aku bising bising dengan apa yang terjadi, terasa pergerakan kecil disebelahku.

Aku memandang tapi disebabkan selimut menutup semuanya aku tidak tahu apa yang bergerak. Manusia kah, binatang kah. Perlahan aku menolak selimut tersebut. Aku terkejut tatkala melihat seorang perempuan sedang tidur. Badannya membelakangi aku. Jadi aku hanya dapat lihat belakang badannya yang terdedah tanpa bra.

Aku cuba amati adakah isteri aku Aleesya. Beberapa saat kemudian, wanita tersebut terjaga dan memusingkan badannya. Hampir sahaja aku melihat payudaranya terdedah. Aku cepat cepat memandang ke arah lain.

"Morning hubby" kata wanita tersebut. Aku terasa badanku dipeluk. Terasa kelembutan payudara menyentuh belakang badanku. Suara itu terasa familiar.

"What the hell is happening, Diana" marahku. Aku menolak badannya yang memeluk aku. Terus aku memandang dia. Lantak la aurat ke tidak. Perempuan macam ni bukannya tahu aurat tu semua. Melihat atas badannya yang terdedah sedikit pun tidak menaikkan nafsu aku.

"You lupa apa yang kita buat semalam? You ni, kesian kat I taw. I pula yang teringat saat romantis kita berdua" rengeknya. Dia meramas payudaranya untuk menarik perhatian aku. Tapi aku sedikit pun tidak terliur dengan perbuatannya.

"You jangan nak merapu, Diana. Tell me apa yang terjadi" marahku. Amarah ku sudah di tahap maxima. Kalau Diana masih berdalih, aku rasa aku boleh bunuh dia di saat ni.

"See love bite yang you bagi kat I. And tengok jugak badan you. I tanda untuk you ingat moments kita bermesra" katanya lagi. Jarinya menunjuk tanda di tengah antara dua bukit payudara.

Aku dapat lihat dengan jelas tanda disitu. Dan beberapa tanda di kawasan lain. Lantas aku menilik badanku. Ada tanda gigitan di dada dan perutku.

"No way. I takkan sentuh perempuan lain selain wife I. You menipu kan Diana." marahku. Fikiran aku terus flashback apa yang terjadi. Aku berjumpa dengan Diana di kafe. Selepas itu, aku terasa pening dan terus aku pengsan.

"You letak dadah kan dalam minuman I" marahku. Aku yang tidak lagi menahan amarah, terus aku mencekik leher Diana.

"You sendiri yang sentuh I. Lepaskan I, Adam" katanya perlahan. Wajahnya bertukar kebiruan akibat tidak cukup nafas. Aku yang tersedar terus melepaskan tangan. Aku mengucap panjang apa yang terjadi. Hampir sahaja aku hilang batasan.

"Whatever happen memang bukan I yang buat. I akan cari bukti, D" kataku. Aku memakai pakaian dan terus berlalu keluar.

Diana pov

Aku tergelak kecil apabila melihat muka marah Adam berlalu keluar. Video yang aku rakam aku hantar pada Aleesya. Tidak lupa jugak hantar pada Amir. Biar Amir tahu kawannya manusia jenis apa selama ini.

Cinta kau dan akuWhere stories live. Discover now