;p
.
¨Maafkan abang kerana gagal melindungi keluarga kita. I love you sayang. Tolong jaga anak-anak kita dengan baik¨
Itulah yang diucapkan Dato' Seok Jeha walaupun isterinya tiada di depan mata namun dia tahu isterinya dapat mendengarkan apa yang diucapkan kerana dia memakai mikrofon yang bersambung dengan subang isterinya.
Wajah isteri dan anak-anaknya mula bermain di kotak fikiran. Mahu tidak mahu dia harus berkorban demi orang yang tercinta. Kini dihadapannya kelihatan beberapa orang lelaki lengkap bersenjata.
Di tangannya terdapat sebuah alat kawalan jauh. Sambil tersenyum Dato' Seok Jeha menekan punat yang ada lalu berlakulah satu letupan yang besar.
¨Abang . . .¨ Datin Eliza menangis teresak-esak sebaik sahaja letupan itu menyapa telinga. Lalu dia bergegas bangun menuju ke bilik yang menempatkan dua orang anak lelakinya di sebuah hostel.
¨Taeyong, Yuta, bangun nak. Kita kena gerak sekarang¨ Datin Eliza cuba mengejutkan anak-anak kesayangannya. Di gerakkan lagi dau tubuh yang sedang tertidur pulas di atas katil bersaiz king itu.
Meski sudah digerakkan tubuh berkali-kali masih sahaja dua anak lelakinya tidak mahu membuka mata. Datin Eliza menghela nafas dalam sebelum berkata ¨Kamu berdua tak nak bangun kan?, nampaknya mommy terpaksalah siram¨.
Kedua-dua anak remaja lelaki itu terus membutangkan mata dan berdiri dihadapan mommy mereka
¨Haa bangun pun. Ingat tadi nak kena tinggal. Dah cepat ambil beg kamu berdua, kita gerak sekarang!¨ Datin Eliza membuka mulut menyuruh mereka untuk segera bersiap. Dikerling jam di dinding untuk semua berjalan mengikut waktu yang ditetapkan. Mereka tidak boleh terlewat walau sesaat! Ini sahaja peluang yang mereka ada untuk menyelamatkan diri.
¨Semua sudah ada? pastikan tiada satu barang pun yang tertinggal, jika tiada mari kita bertolak¨ sempat memastikan tiada satu barang yang tertinggal, figura seorang ibu itu melangkah keluar dari bilik sewa sambil menyeret beg roda.
¨Where are we going? Why are we in a hurry?¨ Tanya Taeyong setelah kenderaan yang membawa mereka memecut laju membelah lebuhraya.
¨Betul tu mommy. Kenapa kita seolah-olah melarikan diri dari seseorang¨ Yuta juga menanya sambil memandang mommynya yang duduk disebelah kerusi pemandu.
¨ Tidak sayang. Daddy tempah tiket untuk kita tanpa beritahu mommy. Flight kita pukul 4 petang, cuba kamu lihat jam sekarang sudah pukul berapa? sepatutnya bila kita sampai di IIA (Incheon Iternational Airport) nanti baru kita beli tiket, tapi nak buat macam mana daddy dah beli¨ Datin Eliza menerangkan kepada anak-anaknya walaupun apa yang dikatakannya adalah satu pembohongan.
¨Ouh kalau dah begitu kami ikut sahaja¨ Taeyong menyambung memainkan game di telefon pintarnya.
¨Serius? Negera mana yang kita akan pergi?" Yuta membeliakkan mata mendengar apa yang dikatakan oleh mommynya sebentar tadi. Kali ini nada bertukar teruja pula. Ini kerana sudah lama mereka tidak pergi bercuti. Di dalam kepalanya cuba mengagak beberapa buah negara yang bakal dikunjungi. Dia terus memandang ke arah Datin Eliza meminta jawapan.
¨Kita bertiga akan pergi ke negara Jerman untuk melawat makcik Willma. Di sana nanti dia akan bawa kamu berdua pergi ke taman tema yang baharu saja dibuka!¨ Datin Eliza memberitahu dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan gambar taman tema sebagai bukti.
YOU ARE READING
Secret Life Of Mafia (Malay Version)
Mystery / ThrillerThe story is about the Mafia's Family. Enjoy raeders!!