BAB 4

192 3 1
                                    

;P

Bukk...kepala Yuta di tepuk dengan kuat oleh Taeyong. Bunyinya cukup kuat sekali seperti bunyi batu yang di baling ke dinding.

"Aduhhh..." Yuta mengeran kesakitan.

"Kau tak payah buat lawak hambar kat sini!" Marah Taeyong geram dengan perangai Yuta.

"Rina tunjukkan makcik kat mana kamu nampak bayang orang tadi!" Ucap Datin Eliza tegas.

Irina bangun dari posisi duduknya menuju ke arah balkoni, semua orang turut mengikuti langkahnya sehingga ke luar.

"Di tepi air pancut tu makcik." Tunjuk Irina sambil jarinya mengarah ke tempat yang di maksudkan. Ke semua pasang mata turut memandang ke arah tempat yang di tunjukkan Irina.

"Kenapa kak?" Soal Willma pelik.

"Yuta pergi ke tempat yang Irina tunjuk." Arah Datin Eliza menyuruh Yuta turun ke bawah.
Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Mana mungkin hantu dari negara Asia boleh terlepas sehingga ke benua Eropah? Pasti ada sesuatu!

Seketika Yuta sudah berada di tempat yang di mana Irina melihat bayangan orang. Dia  mendongak memandang mummynya di balkoni bersama yang lain. Datin Eliza segera menghantar isyarat. Yuta yang melihat langsung saja faham dengan isyarat yang diberi.

Dia melihat ke atas bumbung untuk mencari klu dan kelibat hantu pontianak. Setelah beberapa ketika dia beralih pula pada air pancut yang berada di tengah laman. Dia mengeliling dan memeriksa dengan cukup teliti.

"Mummy!" Jerit Yuta memanggil Datin Eliza.

"Why baby?" Tanya Datin Eliza kembali.

"I found a small camera!" Kata Yuta mengangkat objek yang di temuinya di dalam air pancut.

"Bawa ia masuk ke dalam." Jerit Datin Eliza memberi arahan kepada Yuta sebelum menyambung percakapan dengan yang lain..."Malam ni Irina tidur dalam bilik makcik. Taeyong mommy nak kamu geledah bilik Irina ni. Faham?!"

Irina langsung masuk ke dalam bilik tidur Datin Eliza manakala Taeyong memulakan tugasannya menggeledah bilik tidur Irina. Willma meminta suaminya, Alex Damain untuk menemani Irina sehingga Irina tertidur.

"Yuta kamu tahu tugas kamu apa kan?" Ucap Datin Eliza tegas memandang Yuta yang berada di depan pintu bilik. Yuta hanya mengangguk lalu terus menapak ke arah bilik tidur yang di kongsi bersama abang kembarnya, Taeyong.

Willma mendekati kakak tersayang lalu bertanya. "Kak apa yang berlaku sebenarnya ni? Saya tak fahamlah." Willma bingung dengan apa yang baru sahaja berlaku pada keluarganya.

"Akak rasa ada orang yang tengah nak kenakan kita. Minggu lepas kau anak beranak ada tinggalkan rumah ni ke?" Soal Datin Eliza kembali. Di tatap penuh tajam adiknya sehingga membuatkan Willma tertelan air liur dan terketar kepala lutut. Walaupun di hadapan Willma itu adalah kakaknya sendiri tapi aura yang di keluarkan oleh Datin Eliza cukup membuatkan bulu roma meremang!

"Erkkk, ada tu memang ada tapi kami tak biarkan rumah ni kosong!"  Takut-takut Willma membalas pertanyaan Datin Eliza.

"Kau orang pergi ke mana? Masa tu siapa saja yang ada dalam rumah ni? Masa kau orang balik semula ada perasan benda pelik tak? Atau ada benda yang berlaku? " Bagaikan seorang anggota polis, Datin Eliza terus-memerus menyoal Willma.

Willma menggaru kepala yang tidak gatal. 'Aduh! Nak cakap macam mana ni? Kang tersilap kata kena marah lagi dengan kak Liza macam tadi dan mungkin kena lagi teruk!' Bisik hati Willma mempertimbangkan segala kata-kata yang bakal di ucap.

"Kau dengar tak apa yang akak cakap tadi? Ke dah pekak?" Lantang suara Datin Eliza membuatkan Willma mengurut dada kerana terkejut.

"Dengar kak saya dengar apa yang akak cakap tadi" kecut perut Willma apabila di sergah begitu.

"Dah tu kenapa diam ja? Ke kau ada sorok sesuatu dari akak?" Datin Eliza mengecilkan mata memandang Willma yang tunduk memandang lantai.

"Minggu lepas saya dan Alex pergi ke Dubai kerana ada urusan di sana. Irina pula bermalam di rumah kawannya kerana perlu menyiapkan kerja berkumpulan. Yang ada kat rumah masa tu hanya tiga orang bibik sahaja. Bibik Freya, bibik Hazel dan bibik Clara." Terang Willma walaupun hatinya masih lagi takut.

"Bibik ea? Hmmm" Datin Eliza terangguk-angguk seperti burung belatok. "Kamu pergilah tidur lagi pun dah lewat malam ni." Ucap Datin Eliza menyuruh Willma untuk masuk tidur kerana dia taknak Willma risau.

***

Sinar matahari memberikan kehangatan pada pagi itu di tambah dengan bunyi kicauan burung yang merdu. Suasana di rumah agam milik Willma terasa seram sejuk kerana penangan aura yang di keluarkan Datin Eliza. Tiga orang bibik hanya diam membisu dan tunduk memandang lantai. Mereka tidak berani menganggkat muka kerana takut bertentangan mata dengan Datin Eliza yang ketika itu bagaikan singa yang kelaparan mencari mangsa. Mereka ingat sebab kenapa mereka di panggil awal untuk kembali berkerja padahal masih lagi berbaki 3 hari cuti kerana mengira keluarga majikan mereka ada urusan di luar dan perlu _outstation_. Sudah menjadi kebiasaan jika Willma dan keluarganya ada urusan di luar dan perlu tinggalkan rumah pasti akan di suruh tiga orang bibik itu menjaga rumah kerana tidak mahu membiarkan rumah kosong tidak berpenghuni.

"Minggu lepas Willma sekeluarga ada urusan di luar dan ketika itu hanya kamu bertiga berada di rumah betul?" Datin Eliza mula bertanya dengan nada yang lembut namun terasa seram sehingga bulu roma tegak berdiri!

"Betul puan." Bibik Hazel menjawab bagi pihak bibik-bibik yang lain. Terketar-ketar suaranya ketika menjawab.

"Apa sahaja yang kamu bertiga buat?" Datin Eliza langsung menyoal lagi sebaik sahaja mendengar jawaban dari bibik Hazel.

Bagaikan larian baton kini giliran bibik Freya pula menjawab. "Kami hanya jalankan tugas kami seperti biasa. Clara menguruskan kebun, Hazel membersihkan bilik-bilik dan saya mengemas ruang yang lain." Jelas bibik Freya.

"Minggu lepas ada orang lain tak yang datang ke sini?" Gaya Datin Eliza menyoal sama seperti polis pencen.

"Kalau orang asing tiada pula. Tapi ketika itu hanya pakcik Paul saja yang datang bantu saya uruskan kebun. Dialah yang tanam semua bunga yang ada di sekeliling air pancut itu." Bibik Clara pula mengambil giliran menjawab.

"Antara kamu bertiga siapa yang tahu menggunakan teknologi ataupun telefon?" Tanya Datin Eliza.

Penasaran untuk bab selanjutnya??
Bantu vote⭐, like❤, and comment💬
Sampai jumpa di part selanjutnya.

TO BE COUNTINUE

Follow IG @harahamni._

Follow IG @andrssaa___

Follow IG @aleeyantsha._

THANK YOU

Secret Life Of Mafia (Malay Version)Where stories live. Discover now