BAB 2

239 3 0
                                    

;p

.

¨Kak Liza!¨ terdengar satu jeritan yang nyaring. Rupanya suara jeritan itu adalah milik ibu Irina, Willma, iaitu makcik Taeyong dan Yuta. Sebaik sahaja turun dari kereta, Datin Eliza melangkah laju lalu memeluk tubuh adik perempuannya yang sekian lama tidak bersua muka. Jika di kira, sudah lima tahun mereka tidak berjumpa secara bersemuka.

¨Eh, kenapa kau makin kurus ni Willma? Kau diet ke?¨

¨Haah kak, Willma diet sebab nak jaga badan¨

¨Hmmm lepasni adik montel akak dah takde. Yang ada adik kurus¨ Datin Eliza kini berpeluk tubuh dengan bibir terjuih.

Willma tergelak besar melihat gelagat kakak kesayangannya yang keanak-anakan itu.

¨Sudahlah tu kak. Tak payah buat muka camtu. Buruk !¨ Willma menutup mulut menahan tawa daripada meledak. Datin Eliza hanya tersengih seperti kerang busuk mendengar gurauan adiknya.

¨Kalau buruk , kenapa muka akak banyak terpampang di majalah?¨ tanya Datin ELiza mengangkat keningnya.

¨Bluwekkk! Nak muntah aku kak!¨ Willma menjelirkan lidah geli mendengar kenyataan sebegitu keluar dari mulut kakaknya.

Datin Eliza tertawa tanpa henti. ¨Itu hakikat yang kau tak boleh nak sangkal!¨.

Terdengar seseorang berdehem dari arah pintu utama iaitu Alex Damain, suami Willma.

¨Korang dah kenapa tiba-tiba berperangai macam budak-budak?¨ tegur Alex Damain setelah melihat isteri dan kakak iparnya yang tiba-tiba bergaduh manja di depan rumah. Elok tadi buat drama pukul 7 alih-alih bergaduh pula.

Taeyong, Yuta dan Irina hanya berdiam diri menjadi penonton setia drama Datin Eliza dan Willma.

Willma yang sedar dia tidak mengajak tetamunya masuk ke dalam rumah refleks menawarkannya.

¨Mari masuk. Makcik dah siapkan makanan kegemaran semua orang harini¨ pelawa Willma.

¨Wahhhh! Makanan kegemaran Rina pun adalah!¨ Irina teruja kerana ibunya memasak makanan kegemarannya. seingatnya, petang tadi dia menolong ibunya memask menu kegemaran Datin Eliza, Taeyong, Yuta dan ayahnya sahaja. Tidak sangka ibunya juga memasak makanan kegemarannya juga pada malam itu.

¨Mestilah! Takkan ibu tak masakkan untuk puteri kesayangan ibu pulak.¨ kata Willma.

¨Awww! Thank you ibu! I LOVE YOU SO MUCH!¨ Irina memeluk dan mencium pipi ibunya sebagai tanda berterima kasih. Semua mengambil lauk pauk dan meletakkan di pinggan masing-masing. Datin Eliza Taeyong dan Yuta bagai orang kelaparan di suakan makanan langsung menjamah makanan dengan lahap seperti orang kebuluran.

¨Suka tengok kak Liza, Taeyong dan Yuta berselera macam ni. Rasa berbaloi penat memasak dari petang tadi¨ Willma tersenyum lebar melihat menu makanan malam yang dihidang semuanya licin hingga bersinar pinggan. Beliau tidak hairan melihat suami dan anak sendiri menjamu selers kerana ia perkara biasa. Tetapi apabila memasak bagi orang lain walaupun ahli keluarga sendiri, bangga sangat rasanya!

¨Sedapnya masakan makcik Willma! Rasa macam tidak puas walaupun kenyang teramat!¨ Yuta masih lagi makan dengan penuh berselera. Sudah empat kali dia menambah nasi! Nampaknya aktiviti mengisi perut masih berlangsung dengan penuh khusyuk.

¨Apa nama masakannya ni makcik?¨ tangan Taeyong melaju mencapai salah satu pastry yang terhidang di atas meja. Antara lima pastry hanya satu sahaja yang dimakan Taeyong sedari tadi.

¨Ohhh! Nama makanan ini adalah tosai atau dikenali juga sebagai dosay, dose, dosai, dhosha, thosai atau chakuli. Sedap jika dimakan dengan sambal dari buah-buahan, acar India, kari ayam dan daging kambing sebab ia amat kaya dengan karbohidrat serta protien. Di dalam tosai, kena isikan juga dengan kentang dan bawang yang digoreng sehingga rangup kruk - kruk - kruk! Ia merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat India di Malaysia¨ jelas Willma panjang lebar.

Secret Life Of Mafia (Malay Version)Where stories live. Discover now