;P
.
Setelah puas Datin Eliza 'membasuh' otak adiknya, dai keluar menuju ke bilik tidurnya. Datin Eliza tidak kekok dengan selok belok rumah agam kepunyaan Willma walaupun sudah hampir lima tahun tidak menjejakkan kaki di situ.
Dahulu Datin Eliza sering menginap di rumah Willma kerana Datin Eliza acap kali ke Jerman untuk menghadiri 'Fashion Show' di mana pertunjukkan tersebut memperagakan pelbagai baju keluaran butiknya.
Setelah masuk ke dalam bilik, Datin Eliza terus membersihkan diri. Selepas 20 minit membersihkan diri, Datin Eliza menghempaskan tubuh di atas katil. Ukiran yang ada di siling ditenung dengan renungan yang tajam bak bilah pedang. Termasuk kali ini, sudah lima kali dia mengubah posisinya di atas katil empuk. Berbaring salah, duduk pun salah. Apatah lagi menonggeng.
Malam itu terasa amat panjang bagi Datin Eliza. Dia membuka bagasi dan mencari sesuatu. Dicapainya sebuah bingkai gambar yang turut dibawanya ke Jerman. Itu adalah gambar keluarga kecilnya di tepi pantai.
Di tatap penuh kasih pada wajah suaminya. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir membanjiri pipi. Pada malam itu, Datin Eliza tidur bertemankan air mata.
¨Sayang oh sayang¨ suara lembut memanggil Datin Eliza. Datin Eliza yang terbaring di atas rumput langsung membuka matanya. Diperhatikan sekeliling mencari suara yang memanggilnya tadi. Suara itulah yang dirindui.
Dia pandang ke arah sebuah pokok yang besar, kelihatan ada sosok orang yang sedang bersandar sambil menyilangkan tangan. Dengan keadaan tergesap-gesa, Datin Eliza bangun dan terus berlari secepat mungkin. Apabila sudah hampir lima langkah, dia terhenti.
¨Abang . . .¨ dengan deraian air mata, Datin Eliza terus memeluk tubuh yang ada dihadapannya tatkala itu. Dato' Seok Jeha membalas kembali pelukan sambil tersenyum. Dia datang untuk bertemu dengan isterinya buat kali terakhir.
¨Terima kasih sayang sebab sanggup terima segala kekurangan saya. Sanggup teman saya dari saya tiada apa-apa sehingga saya berjaya. Saya minta maaf sebab tak mampu jadi suami yang sempurna sempurna untuk awak. Saya gagal untuk pertahankan keluarga kita. Sebab saya, awak dan anak-anak terlibat sama¨ suara Dato' Seok Jeha sedikit bergetar menahan sesak di dada. Dato' Seok Jeha menahan air mata keluar daripada tempat persembunyian.
***
¨ARGHHHHHH¨
Jeritan nyaring Irina memecahkan kesunyian malam.
Terbuntang mata Datin Eliza mendengar jeritan itu. Dia langsung bergegas menuju ke bilik abak saudaranya.
Kelihatan di sana ada Alex Damain, Willma, Taeyong dan Yuta. Willma sedang memeluk Irina cuba untuk menenangkannya yang masih ketakutan. Alex Damain memeriksa kawasan sekitar bagi memastikan semuanya dalam keadaan selamat.
Taeyong dan Yuta berpandangan satu sama lain menunggu arahan.
¨Apa yang berlaku?¨ soal Datin Eliza.
¨Ri - Rina nampak ada orang kat bawah!¨ jari runcing Rina menunjuk ke arah jendela yang terbuka. Alex Damain terus melangkah ke arah balkoni bilik Irina dan cuba mencari sosok yang dimaksudkan oleh Irina. Namun, hanya kegelapan malam yang ada. Satu bayangan orang pun tidak dapat dijumpainya.
¨Errrkkk . . . Rina nampak hantu¨ kata Irina.
¨Hantu? Apa kata Rina cerita kat makcik apa yang berlaku sebenarnya. AMkcik nak tahu dari mula sampai akhir¨ pujuk Datin Eliza. Dia sudah rasa ada yang tak kena.
¨Tadi Irina baru nak lelapkan mata lepas siapkan kerja sekolah. Tiba-tiba tingkap tu terbuka sebab angin kuat. Jadi Rina nak tutuplah. Masa Rina nak tutup tu Rina ada nampak orang kat bawah. Rina pun keluarlah tengok siapa dan masa tu Rina terdengar bunyi dari atas bumbung. Bila Rina dongak ke atas . . . ada pontianak tengah terbang!¨ terluah juga apa yang terbuku di hati Irina yang menjadi punca dia menjerit tadi.
¨What are you say?!¨ Yuta terpinga-pinga mendengar nama hantu yang Irina sebut. Dicubanya menyebut tetapi agak susah sehingga terasa seperti lidahnya terbelit. Bukan hanya Yuta yang terpinga-pinga tapi semua orang dalam bilik itu juga turut mencuba menyebutnya.
¨Po - po apa?¨ berkerut kening Willma cuba mengingat kembali nama hantu yang disebut oleh Irina.
¨Pon - ti - nak! P - O - N - T - I - N - A - K !!¨ bersungguh-sungguh Irina menyebut nama hantu itu.
¨Hantu apa tu sayang?¨ Alex Damain mendadak bingung. Tidak pernah lagi dia mendenggar nama hantu sedemikian rupa. Adakah hantu luar negara? atau hantu zaman purba? Macam-macam andaian datang menerpa ke dalam fikirannya saat itu. Dia tahu hantu itu wujud tetapi sepanjang hidupnya, itulah pertama kali dia mendengar nama hantu yang cukup unik.
¨Alahh macam mana nak terangkan eh¨ terkulat-kulat Irina menggaru kepala yang tidak gatal. Dia tahu tentang hantu 'pontianak' itu kerana dahulu dia pernah tinggal di negara Malaysia tempat di mana hantu itu berada.
Irina terpaksa ke Malaysia kerana terpaksa menjalani hukuman sekatan ekonomi oleh ibu dan ayahnya kerana terlalu boros. Semasa di Malaysia, dia tinggal di rumah kawan ibunyadi negeri Terengganu. Anak kawan ibunya itu sememangnya minat dengan perkara mistik. Habis di beritahu segalanya tentang hantu yang ada di Malaysia dari zaman Tok Kadut! Itu puncanya Irina tahu menyebut nama 'pontianak'.
Sedaya upaya Irina memerah otak untuk mengingat kembali cerita tentang 'pontianak' yang pernah diceritakan oleh kawannya di Malaysia. Namun, hampa. tiada satu yang dia dapat ingat kembali kecuali nama 'pontianak'. Lama Irina berdiam diri membuatkan Yuta jadi excited untuk mengetahuinya.
Lalu, Yuta mengeluarkan telefon pintarnya dan segera melayari internet untuk melakukan kajian tentang hantu 'pontianak' tersebut. Selang beberapa minit,
¨Ohhhh ini ke pontianak tu?!¨
Kesemua pandang ke arah Yuta yang tiba-tiba bersuara.
¨Pontianak adalah sejenis hantu yang ada di Malaysia. Pontianak atau kuntilanak ialah sejenis makhlukghaib yang dipercayai pelh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati mengandungkan anaknya. Ada juga pendapat mengatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak menganggu manusia. Ejaan awalnya 'pontianak' sebelum ditukarkan kepada puntianak. Puntianak juga merupakan salah satu jenis hantu yang di senaraikan oleh Abdullah Kadir dalam bukunya, 'Hikayat Abdullah'. Puntianak meruoakan sejenis makhluk halus penghisap darah dalam bentuk wanita. Selalu di temui di atas pokok dan boleh terbang¨ panjang lebar Yuta menerangkan tentang pontianak mengikut apa yang dijumpainya di internet.
¨Tapi kenapa ada pontianak kat sini? kan pontianak tu hantu negara Malaysiadi benua Asia sana. Sini kan benua Eropah. Takkan lah dia terbang dari Malaysia ke Jerman. naik kapal terbang pun ambil masa dalam 12 - 13 jam¨ Taeyong musykil setelah mendengar apa yang diterangkan Yuta.
¨Kalau betul dia terbang dari Malaysia ke Jerman ni, dia tak penat ke? Kita ni duduk dalam kapal terbang pun dah kebas punggung! Agak-agak dia singgah tak dekat Korea atau Jepun?¨ Yuta mula menanyankan soalam merapu. Mungkin salah satu wayar di dalam otaknya sudah putus. Atau masih lagi dalam keadaan mamai?
.
.
.
TO BE CONTINUE
Find us in
ig; harahamni._
ig; aleeyantsha.__
THANK YOU
YOU ARE READING
Secret Life Of Mafia (Malay Version)
Mystery / ThrillerThe story is about the Mafia's Family. Enjoy raeders!!