bab 44

1.7K 168 18
                                    

     Diana sudah sampai istana Alfa Kingdom dan dia bergegas keluar dari perut kereta. Berlari mencari Leona yang cakap mereka di bilik meeting. Diana tidak menghiraukan langsung dayang-dayang yang tunduk hormat kepadanya dia memilih untuk memikirkan hal besar itu dulu. pengawal yang menjaga pintu bilik meeting itu membuka pintu  bila dia nampak Diana kelam-kabut berlari ke arahnya.

    "What is going on?!" jerit Diana dari pintu bilik meeting itu lagi. Semua di dalam bilik itu agak terkejut bila di Diana sudah sampai ke istana. Di dalam bilik meeting itu terdapat lebih 200 kerusi jadi memang besar. Di situ la semua kerabat diraja akan berkumpul bersama dengan kerabat diraja atasan untuk memincangkan masalah yang terdapat di state masing-masing tapi Diana tidak pernah turut serta dalam perbincangan itu. Diana melihat King Dean, Queen Dona, Prince Damien, Prince Danish, Leo, Leona, Lewis, Aaron dan beberapa general yang mengetuai setiap jenis ketenteraan seperti askar udara, air dan banyak lagi.

    General itu semua terpaku dengan ketibaan Diana, mereka tidak pernah melihat wajah sebenar Diana sebelum tersebarnya wajah Diana di sosial media barulah mereka dapat melihat wajah jelita Diana.

    "Diana, dioarang memang nak perang!" jerit Leona. Diana yang sudah sampai di kerusi utama yang sepatutnya menempatkan King Dean tapi King Dean ingin Diana menduduki kerusi itu. Diana menghampiri Leona dan ambil surat yang berada di tangan Leona.  Diana membacanya. Surat untuk persetujuan kedua-dua belah pihak untuk berperang. Mereka menggunakan teknik paling jijik pernah Diana nampak selama ni. Dia beri Diana dua pilihan yang pertama terima sahaja peperangan ni dan kita akan berperang di tempat yang telah ditetapkan. Yang kedua mereka akan bom Alfa Kingdom bila-bila masa sahaja. 

    "Macam mana ni Diana, kau nak pilih yang mana satu?" Soal Leo. Apa sahaja keputusan Diana dia akan ikut. 

    "I don't know. Kalau kita pilih  nombor satu kita perlu plan yang rapi dan kita semua tahu Beta Kingdom tidak pernah ikut peraturan peperangan. Kalau kita pilih nombor dua, kita boleh berjaga-jaga tapi kita tak tahu bila mereka akan serang jadi susah kita nak bersedia untuk berlawan kembali." 

    "We need to think first. Fikir masak -masak kali ni." Ujar King Dean. Diana perasan ada satu telefon pintar di hadapan nya.

    "Ni telefon siapa ni?"

    "Telefon ni di hantar sekali dengan surat tu." Balas Leona. Diana tidak mengerti kenapa ada telefon pintar itu dihantar sekali mesti ada sebabnya. 

    "Diana." Lewis memanggilnya.

    "Apa?"

    "Aku dah tahu dah siapa yang tangkap gambar kau dengan Aaron dekat mall tu."

    "Siapa?" Diana memandang Lewis yang menelan air liurnya.

    "Cikgu Marcus." 

    "SHIT!!!!" Diana menjerit sambil membalik cawan kaca itu ke dinding. Semua terkejut dengan apa yang Diana baru sahaja lakukan. Lewis, Leo, Leona dan Aaron sudah tahu apa yang akan berlaku kalau Diana mengamuk.

    "Pastu Diana,.." Diana yang tadi mengamuk kini sudah kembali tenang. Dia duduk di kerusinya sambil menarik nafas sedalam dalamnya.

    "Apa lagi?"

    "Cikgu Rachel dengan anaknya bersubahat dengan cikgu Marcus. Cikgu Marcus la yang membunuh keluarga William Baron dan cikgu Rachel menuntut kembali semua harta William Baron. Mereka berdua berkongsi duit itu bersama anak cikgu Rachel sekali." 

    Diana sudah mengerut kepalanya yang sudah berdenyut-denyut. Sakit hati dan sakit kepala bercampur sekali membuatkan Diana sakit seluruh badan. Diana teringat Shakira Atilia yang sekarang sudah berada di penjara kerana mencederakan Diana. Diana lah yang menjatuhkan hukuman 3 tahun penjara terhadap Shakira Atilia. Padan la muka, nak bermain dengan dragon tapi hanya sekadar kucing. Sedih.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now