bab 48

1.6K 167 17
                                    

    "Kau biar betul, Leona? Kau prank aku ke sekarang ni?" Ujar Diana sambil keningnya diangkat. Gila, takkan la Aaron tu adik Leona. Tak masuk akal.

    "Aku sendiri dengar wey, Leo panggil ibu Aaron dengan panggilan ibu."

    "Sebab Leo panggil ibu Aaron, ibu kau dah fikir yang Aaron tu adik kau? You are so funny, Leona." Diana bangun dari duduknya, habis hilang moodnya untuk berkerja. Diana duduk di kerusinya dan berfikir sejenak. Leona dan Aaron kan sebaya macam mana pulak boleh jadi adik beradik. Tapi bila difikirkan balik Leona lahir bulan January manakala Aaron lahir December. Diana seperti tidak percaya dengan apa yang dia fikirkan tapi muka Leona dengan Aaron hampir sama lagi-lagi bibir dan bentuk muka. Mata Diana membulat.

    "Leona."

    "Apa?" Balas Leona marah.

    "Kau nak tahu tak perkara yang sebenarnya?" Leona menoleh memandang Diana, Leona mengangguk. "Jom, kita tanya Leo." Leona berdiri mengikut langkah Diana keluar dari bilik itu. Entah kenapa bagi Leona hari ini dia sikit-sikit terserempak dengan abangnya yang menipu dia tu siapa lagi kalau bukan Lewis. 

    "Leona, Diana." Sapa Lewis. Lewis memandang Leona yang berdiri belakang Diana. Leona ni kalau dah nangis kalah budak kecil kadang-kadang sampai menjerit. Bila dapat makanan baru nak diam kalau tak memekak je kerja. Pastu merajuk, sebab tu kalau Leona dah nangis tu bersedia lah dengan makanan yang banyak di sisi. 

    "Leona, Kau marah aku lagi ke? Jangan la marah aku. Abang minta maaf." Leona nak termuntah bila Lewis membahasakan dirinya abang. Memang la abang, dah abang dia. Leona tetap tidak mahu memandang wajah lewis, Lewis sudah memikirkan berapa ratus dia akan habiskan untuk memujuk Leona. Diana sudah tahu apa yang Lewis fikirkan.

    "Leona, kau nak apa? Lewis belanja." Diana cakapkan hal itu kepada Leona. Leona bermain-main dengan rambutnya sambil bibir bawahnya digigit. Lewis sudah tahu memang banyak la duit dia akan habiskan.

    "Aku nak baju baru, chocolate Godiva, ice cream, kasut dan jam tangan." Diana dan Lewis ternganga mendengarnya, ni merajuk atatu sebenarnya nak suruh abang dia belikan hadiah untuknya. Lewis sudah mengira di kepalanya berapa ratus dia akan keluar dari bank account miliknya.

    "Ye la, boleh boleh." 

    "Terima kasih, abang. Sayang abang." Leona memeluk Lewis kemudian mencium pipi abangnya. Leona akan membahasakan Lewis dan Leo, abang bila mereka belikan sesuatu kepada Leona. Lewis pun mencium dahi Leona. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka bertiga. Kadang-kadang mereka pun pelik kenapa orang luar akan pandang mereka pelik bila mereka cium sesama sendiri sedangkan mereka adik-beradik. 

    "Aku dekat sini memang dilahirkan untuk menjadi tiang sahaja." Diana melihat mereka bermesra-mesra dengan riak wajah yang menyampah. Lewis menarik tangan Diana ke dalam pelukan juga. Diana terkejut bila Lewis buat sebergitu. 

    "Aku pun nak kiss jugak macam Leona." Rugut Diana. Diana tiba-tiba inginkan kasih sayang abang juga. Prince Damien dan Prince Danish selalu mencium dahinya tapi sekarang mereka sangat sibuk nak jumpa sekali dalam sehari pun susah. Lewis senyum lalu mencium dahi Diana lama. Diana jarak bersikap manja. Diana bila sudah dilakukan bergitu dia eratkan lagi perlukan. Leona juga sama, family hug. Gitew.

    "Woi! Nak join jugak family hug!" Bila dengar je Leo menjerit kepada mereka, mereka terus leraikan perlukkan itu. Leo pandang pelik, nak manja-manja dengan diaorang juga. Leona memandang abangnya entah la kenapa dia rasa takut nak hadap realiti jadi dia pegang tangan Lewis. Lewis yang agak terkejut bila adiknya memegang tangannya mesti ada sesuatu yang Leo buat kepada Leona.

    "Leo, kitaorang nak cakap sikit dengan kau boleh?" Diana kembali dengan wajah serious nya. Leo mengangguk sahaja kerana dia dapat rasa aura marah tu melanda diri Diana. Mereka semua berjalan mengikuti Diana termasuklah Lewis. Lewis juga ingin tahu apa masalahnya. Mereka semua duduk di kerusi dan ditengah-tengahnya ada meja. 

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now