bab 28

1.9K 165 13
                                    

Kring, kring, kring

       Leona terjaga dari lenanya. Siapa pulak yang call pukul tiga pagi ni? Leona mencapai telefon bimbitnya dan Lewis menghubunginya.

       "Ah apa Lewis? Pukul tiga pagi call ni."

       "Bagi telefon ni kat Diana." Leona mencebik dan terus berdiri. Kan bagus kalau terus menghubungi Diana. Kenapa la kena menghubungi dia. Leona mengeluh. Leona menolak bahu Diana sedikit untuk mengejutnya.

       "What?"

       "Lewis call." Diana duduk dan mengambil telefon itu dari tangan Leona. 

       "Helo, Lewis. Kau dah tangkap ke?"

       "Belum." Diana mengeluh. Pastu kenapa menghubungi Diana?

       "Pastu, kau nak apa?"

       "Kau ingat lagi tak aku pernah cakap yang aku dah tahu muka dia macam mana dan aku hanya tinggal nak tangkap je?"

       "Unfortunutely, yes. Why?"

       "Wajah tu bukan wajah betul dia." Diana mengerut kening. Dah tu wajah siapa?

       "Dah tu? Wajah siapa?"

       "Aku rasa kau kenal siapa punya wajah tu. William Baron. Kau kenalkan siapa?"

       "Gila kau tak kenal." William Baron, seseorang jutawan dan seseorang tiada hati perut. Ramai pekerjanya dibunuhnya kalau tidak cekap. 2 tahun yang lalu, tragedi berlaku kepada Baron Family. Semua ahli keluarga Baron mati dibunuh kecuali anak bongsu mereka.

       Pada mulanya, mereka semua hilang tapi yang peliknya ramai tidak tahu adakah mereka diculik atau melarikan diri. Kerana rakaman cctv menunjukkan mereka lari keluar dari rumah mereka menggunakan kereta mereka.

       Tetapi anak bongsu mereka cakap 'Sebelum mereka melarikan diri, mereka tidak menjadi diri mereka. Mereka macam dikawal.' Pihak polis yang menyiasat kes ni jadi keliru. Kalau mereka diculik, pihak polis perlu meneruskan kes itu tetapi rakaman cctv menunjukkan mereka melarikan. Tapi anak bongsu mereka cakap lain pula.

       Akhirnya, kes ditutup dengan alasan melarikan diri bukan diculik. 3 hari kemudian, selepas kes ditutup polis menjumpai lima mayat tanpa kepala di dalam hutan. Dan yang paling mengejutkan lima mayat itu ialah Baron Family.

       Kes dibuka kembali. Pihak polis cuba mencari manusia yang menghubungi polis dan memberitau ada lima mayat di dalam hutan tetapi tidak jumpa. Persoalannya, adakah manusia yang menghubungi itu sudah mati ataupun dia lah pembunuhnya?

       Hampir 7 bulan menyiasat dan tiada langsung bukti. Akhirnya, kes tutup kembali.

       "Aku rasa orang yang ambil gambar kau dan Aaron tu kan ialah orang yang sama membunuh Baron Family."

        "Okay, aku faham apa yang kau cuba sampaikan tapi... bukti?"

       "Okay, Baron family mati tanpa kepala, betul?"

       "Yes."

       "Orang tu dia pakai kulit muka William Baron. Maksudnya, dia ambil wajah Baron family dan dia gunakan wajah tu untuk penyamaran." Psycho. Perkataan itu keluar dari kepala Diana.

       "Takkan la kau tak perasan awal-awal Lewis? Kau kata kau dah tahu muka dia macam mana." Tiba-tiba hati Diana menjadi was-was.

       "Mula-mula, bila aku tengok rakaman cctv tu memang aku dah tahu muka dia macam mana tapi aku rasakan yang muka dia tu pelik. Sebab berkedut sangat tapi tangan dia tak. Sebab tu jugak la aku tak perasan yang tu wajah William Baron. So aku pergi makmal muka dan scan wajah lelaki tu. Dan ternyata wajah tu di awetkan menjadi tua. Lebih terkejutnya, wajah palsu itu ialah Wiliam Baron sendiri."

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now