bab 21

2.1K 178 1
                                    

      Diana berjalan keluar daripada kamarnya. Malam yang sangat indah dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa dapat menyegarkan Diana. Diana berjalan hingga ke rumah hijau. Tempat kegemaran dan tempat persembunyian Diana. Diana duduk di hadapan air terjun buatan. Terdapat kerusi dan meja bulat dihadapannya. Air terus dihidangkan selepas Diana duduk.

     "Terima kasih." Diana menghirup air kegemarannya iaitu teh strawberry. Banyak perkara yang Diana fikirkan sekarang ini. Dua sebab sebenar Diana pergi ke asrama of Alfa Kingdom tetapi lain pulak yang jadi. Kata nak membersihkan nama Blue State tetapi tak menjadi.

      Buat apa dia nak bersihkan lagi, rakyat dia pun dah tak kesah. Diana rasa sangat menyesal. Diana sangat benci bila seseorang pemerintah tidak mendengar suara rakyat tetapi Diana sendiri tidak mengenali rakyatnya. Alasan seterusnya ialah nak cari siapa yang curi duit asrama tetapi lain pulak yang jadi bila document penting hilang.

     Ada sebab Diana dan Leona pecah masuk bilik guru pada hari pertama dia di asrama itu. Alasannya tidak ada kena mengena dengan siapa yang cari duit asrama cuma King Dean pesan mungkin pencuri tu sebenarnya nak document penting itu. Diana perlu mencari document itu sebelum pencuri itu ambil dan bawak document itu ke istana.

     Next step sekarang ini hanyalah cuba rapatkan diri dengan cikgu Marcus. Harap-harap la kali ni cara ni berjaya. Jujur Diana pelik kenapa pengetua Harry tak cari langsung kat mana bilik bawah tanah ke dia pernah cari sebelum ni tapi tak jumpa.

     Diana mengurut kepalanya, banyak persoalan yang tiada jawapannya lagi. Takut pulak lepas ni kepalanya meletop. Habislah.

     "HOI!" Hampir tercabut jantung Diana dibuatnya. Aishh perempuan ni.

     "Boleh tak jangan buat aku terkejut?"

     "Kalau aku cakap excuse me pun kau terkejut jugak." Ada betulnya jugak kata-kata Leona ni.

     "Kau nak apa? Macam mana aku tau aku kat sini?"

     "Tak nak apa-apa. Kalau bukan dalam bilik or perpustakaan, kau kan selalu lepak kat sini. Macam la aku tak tau." Leona ingin menuang air teh strawberry dari teko ke cawannya tetapi sudah habis.

     "Kau minum ke bagi pokok pokok dalam rumah hijau ni minum. Habis semua." Diana pun tidak perasan air teh strawberrynya sudah habis. Mungkin dia sibuk berfikir sampai air yang dituangnya pun tidak perasan.

     "Kau fikir apa, Diana?" Leona tidak dapat menidakkan yang dia tahu apa yang Diana fikirkan tapi biarlah. Kadang-kadang kita perlu pura-pura bodoh untuk megembirakan orang.

     "Tak ada apa-apa. Esok kita gerak pergi makmal tu lepas kita berbincang dengan Lewis dan Aaron." Ujar Diana. Itu bukan soalan atau pernyataan, itu ialah arahan.

     "Baiklah, tetapi aku rasa lebih baik kalau Leo join kita berbincang esok. Itu pun kalau kau tak kesah la."

     "Okay, aku okay je." Diana menguap membuatkan dia ingin pulang ke bilik tidurnya.

     "Aku nak balik bilik tidur aku la. Kau pun tidur jugak." Diana berdiri dituruti dengan Leona.

      "Aku pun nak naik bilik la. Aku pun dah ngantuk ni."

      "Okay lah, good night."

      "Good night."

______________________________________

     Malam itu sangat gelap. Aku dimana ni? Kenapa aku kat sini? Aku berada di dalam hutan? Macam mana aku boleh dalam hutan pulak ni? Peningnya kepala aku ni. Aduh sakitnya. Someone please save me! Kenapa suara aku tak keluar?

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now