EMPAT ketua puak mafia dah berkumpul di dalam rumah agam milik adik-beradik La Fauci itu. Mereka berkumpul di sebuah bilik yang memang khas untuk perjumpaan. Angel dan Vincent melangkah ke dalam bilik itu lalu tersenyum melihat mereka yang sudah duduk di sofa. Angel mengambil tempat di sofa single manakala Vincent memilih untuk berdiri di belakang Angel.
" Fancy meeting you guys here. " Katanya sambil kaki disilangkan.
Matanya memandang keempat-empat ketua mafia di depannya. Dari kiri ialah Flind, Argon, Beuron dan Valentine. Kenapa Valentine? Sebab author dah tak ada idea nak bagi nama. Punyalah susah nak bagi nama mafia.
" Aku pasti korang dah dengar pasal ketua Brizton. He's no longer here with us. "
Mereka semua tidak menunjukkan reaksi. Lagipun mereka sudah dimaklumkan dengan berita itu.
" Maksudnya Brizton tak wujud lagi?" Tanya Flind. Lelaki berumur 36 tahun.
Angel tidak mengangguk atau pun menggeleng. Dia sendiri tak pasti kalau riwayat kumpulan Brizton itu sudah tamat.
" Apa yang pasti ketua dan hampir semua budak dia mati. Budak-budak dia bukan banyak pun. " Jelas Vincent mendatar.
Pintu besar itu dibuka dari luar. Muncul Eddy, ahli Luxion yang memegang seorang lelaki yang sudah lebam dan lemah akibat dibelasah.
" Great. Letak kat kerusi. " Arah Vincent.
Eddy menarik lelaki itu menuju ke kerusi yang berada di hujung bilik. Vincent melangkah ke arah lelaki itu dengan senyuman.
" Ni seorang lagi sial. " Dia memerhati lelaki yang sudah lembik itu.
" Tahan sikit ye. " Katanya sebelum dia mula menumbuk muka lelaki itu dengan kuat sehingga dia terjatuh.
Ditumbuknya lagi selepas lelaki itu duduk di kerusi semula. Lima orang ketua mafia menyambung semula perbincangan mereka tanpa hiraukan lelaki itu. Ada buat salahlah tu.
" Tapi... " Valentine bersuara.
" What about his son? " Katanya sambil memandang Angel.
Angel jelas kelihatan sedikit terkejut dengan soalan Valentine.
" Sorry? "
" Tak dengar ke soalan tadi? " Soal Valentine dingin.
" No, I'm just sorry. " Angel menjawab selamba lalu memandang Valentine atas bawah. Judging. Dahlah perempuan tu baru jadi ketua. Walaupun tak layak entah kenapa pangkat diturunkan kepadanya.
Dah tahu orang tanya balik tu maksudnya kurang jelaslah.
" Hayes. " Kali ni Argon pula bersuara.
Mereka semua memandang ke arah Argon termasuk Vincent. Angel memandang Argon di sebelah kirinya. Lelaki yang berusia 28 tahun di mana kumpulannya turut mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar.
" Hayes Blix. Anak kepada Hanson. Tu rumor je sebab tak pernah ada siapa pun yang nampak dia. " Katanya mendatar sambil menyisip wainnya.
" Jadi kau percayalah rumor tu? " Tanya Beuron. Lelaki berusia 52 tahun. Sepatutnya serahkan pangkat dia kepada anak dia. Dah tua dah pun.
" Rumor ke bukan kena sedia juga. Jangan leka. "
BUUKKK!!
Lelaki itu terjatuh semula ke lantai selepas ditumbuk oleh Vincent berkali. Lelaki itu didudukkan semula di kerusi. Kali ni Vincent memegang keras rambut lelaki itu lalu menumbuk dadanya berkali-kali. Selagi tak mati, selagi tulah dia tak berhenti.
YOU ARE READING
Kill Me, Love Me [OG]
Romance" I said marry me. " " Aku cakap tak nak, tak naklah! " " Marry me! " jerkah Hayes yang turut meninggikan suaranya. Dada Angel sudah turun naik dengan amarahnya. Dia merenung tajam Hayes di depannya. Hayes menundukkan wajahnya mendekati Angel samp...