BAB 33 - Shocking Night

1.2K 91 0
                                    

“HAI.”

Arya menoleh ke belakang apabila mendengar ada suara yang menyapanya.

“ Hai. ” dia mengukir senyuman kecil.

“ Err.. ehem.. I'm- ”

“ Ryan, I know. ” potong Arya sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

Ryan dengan cepat menyambut tangan Arya.

“ Um.. Err.. ” dan entah kenapa Ryan menjadi bisu.

Ryan cepat melepaskan tangannya apabila dia merasakan Arya menarik tangannya. Dia mengusap belakang tengkuk sambil berdeham.

“ Haus? Nak saya ambilkan air? ”

“ Yeah boleh juga. ” jawabnya dengan senyuman masih lekang di bibir.

Okay. ” dalam sekelip mata Ryan hilang dari pandangan.

Ryan segera pergi ke meja yang penuh dengan pelbagai hidangan makanan dan minuman. Usai mendapatkan segelas air jus untuk Arya, Ryan menarik nafas dalam sebelum dihembuskannya.

“ Okay okay Ryan. Kau boleh buat ni. Yes. ” gumamnya sendiri.

“ Fuhhh okay. Now. ” dia memalingkan badan secara mendadak sehinggakan tangannya yang memegang segelas air tadi terlanggar dada seorang gadis yang baru sahaja berdiri di sebelahnya.

“ Arghhh! ”

“ Oh shit. ” carutnya.

Air jus itu tumpah ke atas pakaian gadis tersebut. Dahlah tumpah kat dada. Kau rasa? Ryan segera meletakkan gelas tersebut di atas meja dan mengambil beberapa helai tisu.

I'm sorry. I'm sorry. Sini saya tolong lapkan. ”

“ Hah?! ”

Shit. Bukan bukan. Meh saya tukarkan baju. ”

What?! ”

“ No! Tak. Maksud saya- um- saya- ”

“ Hishh! ” gadis itu mendengus geram sebelum pergi dari situ.

I'm sorry. I'm sorry! ” ujar Ryan kesal sama ada perempuan tu dengar atau tak memandangkan bunyi muzik agak kuat dan perempuan tu pun sudah jauh pergi.

“ Haihh... ”

Ryan mengeluh sebelum dia mengambil semula air jus untuk Arya. Dia pergi semula ke tempat Arya berdiri tadi namun langkahnya terhenti. Dia melihat Arya sedang gembira menarik dengan seorang lelaki yang tidak dia kenali. Dia merenung wajah gembira gadis itu. Senyumannya lebar menghiasi wajah, matanya tampak bersinar memandang wajah lelaki itu. Lelaki itu merangkul pinggang Arya dan Arya merangkul leher lelaki itu.

“ Tak mungkin.. ”

Ryan cuba berfikiran positif. Lagipun memang ada banyak lelaki yang mengajak Arya menarik pada malam itu. Namun Ryan tak puas hati. Matanya lekat memerhatikan mereka berdua. Dan dia tahu jawapannya. Lelaki itu mula mendekatkan wajahnya dengan Arya. Sangat dekat. Sehinggalah hidung mereka bersentuhan, Ryan terus melarikan pandangan dan beredar dari situ. Tak sanggup nak menyeksa diri.

Ryan keluar dari dewan. Cuba untuk menenangkan dirinya. Dia menanggalkan bow tie di lehernya dan membuka dua butang baju. Rasa nak tercekik pakai semua tu.

“ Oi Ryan! ”

Ryan tak menoleh. Dia tahu suara siapa tu. Luke berdiri di depannya sambil tercungap-cungap.

“ Aku panggil dari tadi, kau buat pekak je kan. Kau pahal- ” dia memotong ayat sendiri apabila melihat riak wajah Ryan agak lain.

“ B-bro? Kenapa ni? ” dia menjarakkan diri dari Ryan sebagai langkah berjaga-jaga.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now