- AN -
Haiiii, semuaaaa. Saya tahu dah berbulan-bulan saya tak update. Tapi bersebab ye.
1. Dalam dua tiga bulan lepas, saya ada exam ulangan 1, ulangan 2 dan exam sem 3 stpm. Jadi masa tu memang saya belajar je kerja.
2. Akaun wattpad saya tiba2 hilang dari radar. Saya sedar benda ni bila saya nak update bab seterusnya pada bulan 2 hari tu. Tapi sebab akaun saya hilang, lepas tu saya lupa pula password dia 🙂🤛🏻
Jadi sebab benda ni, saya putuskan untuk publish bab seterusnya lepas saya habiskan pengajian stpm saya. Dan sekarang saya FREEEE. I'M A STPM SURVIVOR! Saya dah graduated pada 14 April yeayyyyy. Moga-moga saya dapat ambik degree.
Apa pun, itu bukan alasan untuk saya tak update, saya tau. Sorry sangat2. Kalau saya pun, saya akan marah kat author tu sebab berbulan tak update. No excuses.
Tapi I'm backkkkk. Janganlah marahh 🥰 Enjoyyyyyyyyyy.
(Bila dah baca bab ni baru boleh marah saya)
_____________________________________
VINCENT dengan segera cuba mengejar Angel yang sudah berada jauh darinya.
" Angel! " panggil Vincent.
Angel tidak mengendahkan panggilan Vincent namun langkahnya terhenti apabila dia mendengar satu suara yang bergema dari tingkat atas.
" Cepatlah " suara Camelia bergema di dalam bangunan itu.
" Kau cari Brodie. Sekarang. " arah Angel.
Vincent ingin membantah namun terbatal apabila mendapat renungan tajam daripada Angel. Angel dengan segera berlari menuju ke arah tangga yang berdekatan tidak mengendahkan api yang semakin merebak.
CAMELIA berlari di koridor dengan laju sambil diekori oleh budak-budaknya di belakang. Niatnya untuk bersembunyi di istana itu terbatal apabila api mula naik ke tingkat atas. Sejujurnya, dia tidak tahu pun api itu mampu merebak ke tempat lain dengan cepat. Dia tahu istana itu masih berdindingkan kayu tapi dia ingatkan yang api itu akan segera padam.
Sekarang, dengan dia sendiri yang terpaksa keluar dari situ. Mereka menuruni tangga dengan cepat namun tiba-tiba mereka mendengar bunyi tembakan dari arah belakang mereka. Salah seorang budak Camelia jatuh menggelongsori tangga dengan satu kesan tembakan di belakangnya.
" Buat apa lagi? Tengoklah! " jerkah Camelia.
Budak-budaknya naik anak tangga semula untuk membalas serangan. Camelia tanpa berlengah meneruskan langkahnya. Dia berlari dengan laju tanpa menghiraukan budak-budaknya yang ketinggalan. Saat dia berlari melimpasi satu bilik, badannya ditarik masuk ke dalam bilik tersebut. Badannya dihentak ke dinding selepas pintu bilik itu ditutup rapat.
Camelia melihat gerangan di hadapannya lalu serta-merta dia melihat sepucuk pistol dihalakan ke arahnya. Angel merenung Camelia tepat di matanya.
" Mana Brodie? " soal Angel.
" Kau cakap apa ni? "
" Mana dia? " soal Angel lagi.
" Aku tak tahulah! Mana laki aku?!" jerkah Camelia.
Mendengar ayat yang keluar dari mulut Camelia membuatkan Angel rasa hendak menembak sahaja kepala Camelia.
" kau memang tak sedar diri kan? Buatlah apa-apa pun, dia takkan jatuh melutut kat kau. Dia takkan cintakan kau. " kata Angel.
YOU ARE READING
Kill Me, Love Me [OG]
Romansa" I said marry me. " " Aku cakap tak nak, tak naklah! " " Marry me! " jerkah Hayes yang turut meninggikan suaranya. Dada Angel sudah turun naik dengan amarahnya. Dia merenung tajam Hayes di depannya. Hayes menundukkan wajahnya mendekati Angel samp...