Where it starts

30 2 0
                                    

"Oi Aneem!"

Bahunya digoncang oleh rakan se-homeroom nya, Qisya. Aneem angkat muka, mukanya merah kerana terlalu lama diletakkan diatas beg sekolah untuk tidur.

"Kenapa? Dah sampai ke abang kakak ansara kau tu?"

Muka bosan ditunjukkan. Qisya mengurut bahu Thasneem. Dia ni pantang ada masa lenggang, mesti tidur. Omelnya dalam hati.

"Wei tu diorang dah sampai. Wei ramai sia handsome-handsome."

Thasneem bingkas angkat kepalanya lalu menoleh kearah laluan ditengah dewan itu. Para ansara mrsm-mrsm bitara memasuki dewan MRSM TGB itu. Mulutnya ternganga melihat para senior mereka yang bakal menjadi fasilitator mereka. Cantik dan kacak. Puberty hits.

"Kalau ye pun kagum, bagilah elok dulu tudung tu Aneem oi. Kata visual homeroom Ms Atisha."

Perli Khairina sambil ketawa. Thasneem antara yang tercantik dalam homeroom mereka, sebab tu dia dapat gelaran homeroom's visual. Tangannya turut membantu Thasneem memperelokkan sedikit tudungnya yang sedikit rosak kerana tidur.

Setelah semua senior mereka memasuki dewan utama, maka bermulalah program "Love, Ansara" yang berlangsung selama 5 hari 4 malam.

"Assalamualaikum dan selamat pagi. Nama akak Julia Alayna Mohd Khir. Boleh panggil Kak Ju. Akak merupakan pembantu pengerusi untuk program kali ni. Untuk makluman semua, untuk program ansara kali ni, setiap homeroom akan dijaga oleh sepasang facis. Tetapi memandangkan jumlah faci lelaki dan perempuan tak balance, akan ada satu homeroom yang special, homeroom tu akan dapat facis both lelaki."

Mendengarkan penjelasan Kak Ju itu, Airith selaku ketua homeroom Ms Atisha pusing ke belakang.

"Aku harap bukan homeroom kita."

Siot. Tergelak semua member homeroomnya. Sebenarnya mereka semua setuju.

"Homeroom kat situ nampak happy je."

Teguran faci yang digelar Abang Khair itu mematikan tawa gelak homeroom Ms Atisha.

Thasneem buat muka menyampah apabila mereka disuruh berdiri dan maju kehadapan. Mereka berbaris panjang secara melintang diatas pentas. Awal-awal dah kena.

"Homeroom korang nama apa?"

"Homeroom Ms Atisha."

Jawab Airith. Suaranya bergetar mungkin sama nervous.

"Korang semua baru masuk kan? Tapi suprisingly dah nampak mesra dengan each other. Tapi tak aci lah kalau antara korang je yang kenal. Kami pun nak kenal juga."

Usik salah seorang faci.

"Aku taknak kenal diorang pun"

Jawab Alia yang berada disebelah Thasneem perlahan tapi cukup membuatkan yang lain sedang berusaha menahan tawa dari meletus.

Bestlah homeroom ni, nampak friendly je semua. Duk senyum-senyum. Ni yang best ni. Okay, i want you all to introduce yourself. Each one of you. I wanna know your name, your ambition, and your position in homeroom."

The Fu**. Keluh Thasneem. Position apa. Setakat ni diorang just lantik president, vice president, treasurer, and secretary. Itu pun bukan semua mereka ada position. Semakin menghampiri turn-nya untuk memperkenalkan diri, semakin gementar Thasneem.

Dup dap dup dap.

"Hi, nama saya Hanis Emelza. Cita-cita saya nak jadi civil engineer. Saya merupakan vice secretary dalam homeroom."

Habis semua vice position diwujudkan oleh homeroom-mate Thasneem gara-gara nak selamatkan diri. Hanis pass kan mic kepada Thasneem. Thasneem dan Hanis berpandangan lama. Seakan berkongsi isyarat "matilah aku"

"Assalamualaikum, hi. Saya Nur Thasneem Hannani, people call me Aneem. My ambition is to be a doctor. I'm just an active member in my homeroom."

Position active member itu mengundang tawa seisi dewan. Betul apa dia cuma seorang ahli homeroom biasa. Mata Thasneem membesar apabila terdengar suara Ms Atisha. Ms jangan sebut Ms. Ms!!! Jeritnya dalam hati mengharapkan Ms Atisha tidak membocorkan position sebenarnya dalam homeroom.

"Thasneem! Apa ni menipu? She's not just only an active member, she's my homeroom's visual."

Thasneem terus tunduk. Ms Atishaaaaa!! Ikutkan hati nak saja dia menjerit. Malunya bukan kepalang.

Itulah padanya bila mendapat penasihat homeroom yang berjiwa remaja. Ms Atisha merupakan kpop stan, sebab tu dia tau visual semua tu. Airit pun dia gelar leader, and Khairina sebagai maknae.

Bergema jeritan wow pelajar lain mengusik Thasneem. Tapi tak dinafikan oleh mereka, Thasneem memang cantik. Setakat 2 bulan pertama di maktab ini pun dia telah berjaya mencuri beberapa keping hati pelajar lelaki.

Riuh rendah itu tidak dipedulikan oleh seseorang. Matanya masih terfokus kepada si visual homeroom Ms Atisha itu. Cantik. Bisik hatinya.

"Thasneem memang cantik tapi as a mom, I won't allow anyone to dekat dengan anak-anak saya. Anak-anak Mummy faham tak tu? Jangan sampai Mummy bertukar menjadi Lee Soo Man eh?!"

Gurauan berbaur amaran itu sekali lagi mengundang gelak tawa peserta-peserta dan para fasilitator yang berada disitu. Hampir semua dah faham sifat Ms Atisha yang bersahaja itu.

After years, Hello!Where stories live. Discover now