"Syaza"
Thasneem berlari-lari anak mengejar Syaza. Syaza berhenti melangkah apabila terdengar namanya dipanggil oleh Thasneem.
"Kau pergi mana? Aku and Ayra lama tunggu kau tadi. Ayra dah balik bilik dah pun."
"Tadi after supper, homeroom aku jumpa kejap. Facis kami nak bagi chocolate bar. Sorry do."
Syaza membuat muka apabila Thasneem mula membuat muka simpati dengan mengelip-kelipkan matanya. Dua gadis itu berlalu ke bilik mereka bersama-sama.
Thasneem membuka tudungnya sambil diperhatikan oleh Syaza.
"Neem, Abang Naufal tu faci kau kan?"
Thasneem menoleh kearah Syaza. Dia mengangguk mengiyakan. Dia duduk dikatilnya berhadapan dengan Syaza.
"Abang Naufal tu ada girlfriend ke?"
"Hat tu aku tak tau. Kenapa kau tanya?"
"Dia pernah cerita tak tentang kawan dia nama Hannani?"
Thasneem mengerutkan keningnya, macam topik hangat je.
"Takde pula. Dia jarang bercakaplah dalam homeroom. Dia kan jenis yang cool-cool macam tu. Biasanya Abang Haikal je yang banyak benda nak cakap. Kenapa Syaza? Ish kau ni buat aku curious lah."
Syaza mengangguk sebelum mengeluarkan sesuatu dari totebag miliknya. Kapal terbang kertas berwarna biru.
"Cuba tengok ni. Dia ada tulis Hannani."
Kapal terbang kertas itu disambut oleh Thasneem lalu membeleknya. Dihujung sayap itu tertulis nama Hannani. Kenapa dia rasa tu namanya?
"Aku grab airplane tu sebab aku ingatkan kau punya. Kan nama kau Hannani juga. But I was wrong, it wasn't yours."
"Hannani ada berapa orang dalam batch kita ni?"
"So far I know, kau jelah Hannani. Entah-entah kan Neem memang kaulah. Lagipun time aku baca dreams yang last tu aku macam terfikir tu kau. Yela kau dengan dia kan selalu sama-sama, lagi2 kat DS, mesti duduk hadapan kau. Haritu pun dia minta Hamzar tukar tempat duduk sebab Hamzar duduk depan kau."
"Ish kau ni, manaadalah. Kawan perempuan dia kot nama Hannani juga."
Syaza yang terus fed up bila mendengarkan nafian Thasneem.
************************************************
"Thasneem, gerak sama-sama nanti."
Thasneem mengangguk lemah kerana mengantuk. Buku mini ulul albab ditutupnya. Kaki telekungnya dibuka dan disangkutkan ditangan, menanti Syaza dan Ayra untuk balik ke dorm bersama selepas solat subuh berjemaah disurau.
"Hi Neem, mengantuk nampak."
Tegur seseorang. Amir. Thasneem mengeluh. Amir ni kalau bijak sikit tak boleh ke. Punyalah ramai pelajar lelaki dan senior ansara lelaki dihadapan pintu keluar pelajar lelaki itu, sempat juga dia menegur Thasneem.
Thasneem tak membalas Amir, langkahnya dilajukan. Kedengaran beberapa pelajar perempuan tergelak mendengar usikan Amir.
"Oi Neem!"
Amir bodo. Makinya dalam hati. Terasa jauh betul perjalanan nak melintasi bahagian laluan keluar pelajar lelaki itu.
"Nur Thasneem Hannani"
Jerit seseorang, sedang menambah perisa membakar muka Thasneem. Ustaz Furqan. Thasneem berhenti melangkah. Syaza dan Ayra pun sama.
"Assalamualaikum Ustaz."
YOU ARE READING
After years, Hello!
RomanceAriff Naufal dan Thasneem Hannani bertemu semula selepas 10 tahun. Bermula sebagai facilitator dan mentee, kepada sama-sama facis kepada program alumni. Bagi Thasneem, hanya selepas 10 tahun baru dia akan menjejakkan kaki ke sekolah menengahnya itu...