Jars of love notes

12 0 0
                                    

Thasneem terjaga dari tidurnya, dia melihat jam tangan ditangannya. Pukul 3 pagi. Suasana malam yang sangat nyaman.

"Dah alang-alang bangun ni, better aku buat tahajjud."

Setelah menunaikan solat-solat malam, Thasneem berteleku disejadah. Fikirannya tiba-tiba dihuni ingatannya akan Naufal. Kata-kata yang Naufal berikan kepadanya pada malam semalam kedengaran jelas ditelinganya. Tipulah kalau sedikit pun dia tak bahagia apabila Naufal memberi perhatian kepadanya. Tapi mengenangkan sesuatu, Thasneem jadi punah harapan. Naufal dan dirinya berbeza bagai langit dan bumi.

"Hari ini hari terakhir program Love, Ansara. Mungkin last day juga untuk aku dengan dia. Ya Allah, andai ada tertulisnya takdir untuk kami pertemukanlah kami semula nanti."

Luahnya kepada Tuhan. Satu butir airmata menitis dari tubir mata Thasneem. Sebelum dia teresak-esak menangis.

Naufal memusingkan kepalanya kebelakang, kearah tempat solat wanita. Penghadang tolak yang tak tertutup rapat membolehkan dia melihat seseorang. Thasneem. Thasneem yang sedang kusyuk membaca Al-Quran tidak menyedari dirinya sedang diperhatikan. Lagi setengah jam untuk waktu subuh.

Naufal senyum melihat Thasneem. Dia benar-benar sukakan Thasneem. Haikal cakap tak pelik pun memandangkan beza umur mereka hanya 3 tahun. Hari ini tentunya suasana akan sangat berbeza. Perasaan sedih akan menjadi tema hari ini.

Thasneem mengangkat wajahnya setelah lama menunduk membaca Al-Quran. Dia terpandang Naufal melalui celah penghadang tolak itu. Dia dan Naufal berpandangan tetapi masing-masing tidak melarikan pandangan. Sayu. Perasaan sedih menghantui Thasneem, Naufal pula dicengkam rasa sebak. Naufal senyum, dia pun sama. Tiada bicara cuma mata yang bertatapan.

"Neem"

Kejut seseorang sambil bahunya ditepuk. Thasneem menoleh ke si empunya suara. Ayra. Ayra duduk disebelah Thasneem. Dia perasan kesedihan dimata Thasneem. Ayra seakan faham kenapa. Kepala Thasneem ditariknya dan diletakkan dibahunya. Thasneem, seorang wanita yang sangat lemah lembut, menjadikannya favorite kawan Ayra.


"Hi semua. Hari ini hari hari terakhir untuk program Ansara. So untuk hari terakhir ini, task kita akan senang je tapi precious. Facis korang akan beri korang dua jars kosong, dan setiap seorang akan dapat a book of notes, korang kena tulis apa-apa yang korang nak tulis untuk facis korang, dan masukkan notes dalam jars. Maksudnya setiap seorang faci akan dapat sebalang love notes."

Arahan diberikan. Task itu memberi kesedihan kepada para pelajar tingkatan 4 batch Emerald.

"Bencilah sedih-sedih macam ni"

Ulas Adha. Yang lain turut bersetuju. Haikal dan Naufal pun tiba sambil membawa 15 books of notes, and 2 balang kosong. Naufal menghulurkan bahan-bahan itu kepada Airith, lalu diagihkan kepada yang lain. Naufal mengambil tempat di hadapan Thasneem, seperti selalu. Aktiviti terakhir itu dimulakan apabila lagu You're the reason mula dipasangkan, dan task itu akan mengambil masa selama 3 jam.

Haikal mengajak Naufal untuk ke vending machine untuk membeli air mineral.

"Sedih je kau harini"

"Kau pun sama."

Balas Naufal. Haikal tergelak. Itulah hakikatnya. Penat memang penat, tetapi berbaloi untuk kenangan-kenangan menjadi facilitator.

Naufal berdiri di belakang Thasneem untuk memantau Homeroom Ms Atisha itu. Dia ternampak note Thasneem untuknya.

"Semoga abang jadi doktor yang berjaya dunia dan akhirat. Thank you for everything you have done for us, especially me. Thank you for helping me out. Thank you for being a facilitator that one could hope for."

"Balik India nanti, jaga diri. Jangan lupa makan. Please take care of yourself. Takkanlah doktor sakit kan? Habistu siapa nak jaga patient? XD."

"Thousand kilometers is nothing to the hearts who attached to each other. -TS Thasneem."

Naufal terharu membaca notes Thasneem yang berwarna pink itu. Setiap seorang ahli homeroom akan dapat buku note yang berlainan warna.

Setelah masa yang diberikan itu tamat, maka berlangsunglah upacara penutupan program itu. Majlis penutupan dilancarkan menjadi majlis rasmi, pentadbiran turut meraikan majlis penutupan itu, yang kemudian diakhiri dengan sesi fotografi.

Setelah majlis penutupan itu berakhir maka berakhirlah program ansara itu. Para fasilitator mula bergerak meninggalkan MRSM Tgb.

"Bye semua. Abang Haikal dan Abang Naufal balik dulu. Insha Allah, ada jodoh kita jumpa lagi."

Kata-kata terakhir itu diucapkan oleh Haikal. Mereka sempat bergambar bersama-sama untuk menjadi footage akan kenangan mereka bersama. Dan paling tak sangka, antara semua, Naufal ajak Thasneem bergambar bersama.

Lebih 10 gambar mereka berdua diambil oleh Haikal menggunakan telefon Naufal. Thasneem dan rakan-rakannya meminta gambar-gambar mereka dengan menggunakan airdrop ke ipad masing-masing.

"Thasneem."

Panggil Naufal menghentikan homeroom Ms Atisha itu dari melangkah meninggalkan lot parking dimana kereta Naufal berada.

"Let's meet again in the future."

Kata Naufal sebelum dia menaiki keretanya. Thasneem terpaku. Airmata yang bergenang dimatanya cuba ditahan dari mengalir. Pandangan 15 mata ahli homeroom Ms Atisha itu mengiringi pemergian facis mereka.

Iqah memeluk bahu Thasneem. Kini dia yakin dan percaya yang Naufal menyimpan perasaan kepada Thasneem, dan bukan hanya teori bodohnya.


"If Abang Naufal jumpa Thasneem nanti in the future, please take care of her for me. She's a best friend of mine. -Qisya"

Nota kecil Qisya itu dibaca Naufal sambil tersenyum.  Mengenangkan kisah dia dan Thasneem yang baru sahaja berakhir tadi membuatkannya diburu perasaan sedih lagi. Nota Qisya itu dimasukkan semula kedalam balang jernih itu. Balang kaca jernih itu direnung oleh Naufal dengan perasaan berkecamuk.

Nota-nota berwarna pink itu dikiranya. Thasneem, sebaris nama yang sedang menghuni hatinya. Janjinya akan menyimpan nota-nota itu selamanya seperti kenangan mereka bersama.

"Saya dah mula rindukan awak Thasneem."

Luahnya berbisik.

After years, Hello!Where stories live. Discover now