"apa?! eden serious la jangan memain" kata jimin, badannya sedikit berdiri selepas terkejut dengan berita yang disampaikan oleh eden. taehyung yang berada di sebelahnya turut sama mata membulat.
"nampak macam aku memain ke?" soal eden kembali. dia mengambil biskut dihadapannya dan dikunyah perlahan.
"tak la, kau la yang asyik macam tak nak je jumpa dengan namjoon hyung" kata taehyung pula. mendapat anggukan setuju dari jimin.
"kau sayang dia lagi ke?" soal jimin. kunyahan eden terhenti. dia sayangkan namjoon?
"kau mulut aku cabai baru tahu" ugut eden, terus jimin menaikan kedua belah tangannya ke atas tanda menyerah kalah.
"hyung? noona? kenapa? kenapa?"
ketiga-tiga mereka berpaling ke arah jungkook. bear berada elok di atas bahu milik jungkook. anak kecil itu tersenyum girang sambil menarik rambut milik jungkook.
"kau dah kenapa?" soal taehyung.
"aku dengar korang berdua jerit-jerit. mana lah aku tahu" kata jungkook. dia duduk di tepi eden.
"hi mama" kata bear. tangannya dilambaikan.
"hi baby" balas eden. kedua belah pipi bear dikucupnya.
"noona kau ni ha, dah terima si namjoon semula" kata jimin lancar. mata jungkook terus membulat. dia alihkan pandangannya pada eden. eden mengangkat keningnya.
"kau jangan nak melebih eh, aku bagi dia kelonggaran untuk bear itu je" balas eden, dia mengambil bear dari bahu jungkook.
"papa?" ujar bear, kepalanya dilentokkan ketepi seperti menyoal eden.
"iya , papa" balas eden, dia mencuit hidung kecil milik bear. meletus ketawa anak kecil itu.
tiga pasang anak mata terus memandang sama memandang. pelik akan perangai eden.
"mama!"eden tersenyum lebar melihat bear berlari ke arahnya. terus dia duduk mencangkuk untuk memeluk bear. pagi tadi bear meluangkan masanya bersama namjoon. mulanya eden ingin menolak. tetapi melihat namjoon bersungguh memujuknya dan cebikan dari muka bear dia tak mampu menolak.
"little bear, mama miss you so much" kucupan demi kucupan dihadiahkan pada wajah kecil anak itu. bear tertawa girang . geli agaknya. namjoon hanya melihat apa yang berlaku di hadapannya. di sudut hatinya mahu menjadi sebahagian dalam hidup mereka berdua dan dia yakin dia masih ada peluang.
"siapa kat depan tu namjoon?"
eden menaikkan keningnya. dia kenal akan suara itu. di dalam hatinya sudah dia carut berkali-kali ke arah namjoon.
YOU ARE READING
eden - pertama ;
Fanfiction"i will try my best eden for bear. ada satu perkara lagi. saya bukan sahaja mahukan bear dalam hidup saya. awak, eden i need you" jujur namjoon. dia melihat wajah eden. sungguh dia rindui wanita yang dia cintai. "perkara dah berlaku namjoon. lupakan...