"AKU pertahankan kau dari keluarga aku, aku percayakan kau setengah mati... Tapi ini yang kau balas, Fairuz?" Dahlia cuba mengatur kembali nafasnya yang tidak teratur itu. Suaminya yang sedang menunduk ke lantai dan langsung tidak bersuara itu membuatkan amarahnya menjadi semakin membuak-buak.
"Kenapa kau diam? Masih terkejut macam mana aku boleh tahu rahsia terbesar yang kau cuba sembunyikan daripada aku selama lima tahun kita berkahwin? Hmm?"
Senyap. Masih tiada balasan dari si suami.
"Aku benci penipu. Aku benci kau, Fairuz!" Dahlia menyeka kasar air mata yang mula mengalir di pipinya. Ah, kadang-kadang dia jadi menyampah dengan diri sendiri. Cengeng. Senang sangat keluar air mata.
"Saya minta maaf, sayang. Sumpah saya tak ada niat. Benda ni jadi tiba-tiba je. Nak tak nak saya kena jugak teruskan."
"Ah, pergi matilah dengan 'sayang' kau tu. Aku dah muak tahu tak? Kau ingat aku nak percaya lagi ke dengan semua kata-kata manis kau tu? Jangan haraplah." sinis sekali Dahlia berkata. Beg tangan miliknya yang terletak elok di atas meja diambil dengan kasar. Baru beberapa langkah, Dahlia berhenti. Dia menyambung kata-katanya tanpa memandang ke arah Fairuz.
"Mulai hari ni, kau jangan cari aku lagi. Anggap saja Dahlia Sophia yang kau kenal selama ni dah mati."
"BAIK awak fikir masak-masak. Saya tak mahu awak menyesal di kemudian hari pula." Dahlia merenung anak mata lelaki yang sedang duduk berhadapan dengannya dalam-dalam. Wajah lelaki itu kelihatan sangat tenang.
Senyuman di bibir merahnya semakin melebar setelah mendengar pertanyaan wanita itu. Sesudah menyisip sedikit Kopi Susu yang dipesannya sebentar tadi, dia menyandarkan tubuh di kerusi.
"Saya terima awak seadanya. Saya tak pernah kisah dengan status awak. Pernah berkahwin atau tidak, itu tidak menjadi masalah pada saya. Saya cintakan awak kerana awak adalah awak. Saya yakin, awaklah jodoh saya yang telahpun tertulis." jeda. Zachary menarik nafas dalam sebelum dihembus semula. Riak wajahnya bertukar serius.
"I believe, Allah has destined us together. You're the only one for me, and I'm the only one for you. Nur Dahlia Sophia, sudikah awak menjadi bidadari syurga saya kelak? Saya betul-betul ikhlas nak menghalalkan awak."
TAKDIR ANTARA KITA
"Benar... Tuhan itu sebaik-baik perancang. Dia
tahu yang terbaik buat hambaNya."
All Right Reserved ®
LUNAMORE
(2024)
YOU ARE READING
Takdir Antara Kita
Romance"Mulai hari ni, kau jangan cari aku lagi. Anggap saja Dahlia Sophia yang kau kenal selama ni dah mati." Mahligai cinta yang disangka utuh tanpa sebarang masalah, rupanya ada rahsia terbesar yang diselindungkan. Si isteri setengah mati mempercayai da...