"Mulai hari ni, kau jangan cari aku lagi. Anggap saja Dahlia Sophia yang kau kenal selama ni dah mati."
Mahligai cinta yang disangka utuh tanpa sebarang masalah, rupanya ada rahsia terbesar yang diselindungkan. Si isteri setengah mati mempercayai da...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SEPASANG suami isteri itu terlihat berjalan berpegangan tangan sambil ketawa mesra. Senyuman lebar menghiasi bibir masing-masing. Pandangan orang langsung tidak dihiraukan sama sekali. Biarlah apa kata orang.
"Oh? Ada ais krimlah, abang." Dahlia menghentikan langkahnya secara tiba-tiba selepas saja matanya tertancap pada motorsikal aiskrim yang sedang elok terparkir di seberang jalan.
"Sayang nak ais krim ke?" soal Fairuz dengan lembut. Laju saja Dahlia menganggukkan kepalanya. Fairuz mengusap kepala isterinya itu sambil ketawa geli hati.
"Alright, jom pergi beli." ajaknya. Gembira hati Dahlia selepas mendengar ajakan suaminya itu. Tanpa membuang masa, terus saja dia berlari anak ke arah motorsikal ais krim tadi. Fairuz tergelak lagi melihat karenah isterinya.
"Hati-hati, sayang! Haih, macam budak-budak betul." pesan Fairuz sebelum dia mengikuti langkah Dahlia yang sedang melintas jalan.
Pin! Pin!
"Dahlia, watch out!" Fairuz yang jauh beberapa meter sebentar tadi terus berlari laju ke arah Dahlia. Wanita itu rebah di atas jalan tar, tidak sedarkan diri akibat hentakan di kepalanya pada kereta.
"Someone please call the ambulance!" arah Fairuz dengan cemas. Berkali-kali dia cuba untuk menyedarkan si isteri yang masih terkulai lemah di dalam dakapannya namun tidak berjaya. Darah yang mengalir dari celahan rambut menambahkan lagi panik yang sedia ada. Pemilik kereta yang telah melanggar Dahlia tadi terus mendail talian kecemasan dengan tangan yang terketar-ketar.
Seketika kemudian, kedengaran bunyi siren ambulans tidak berapa jauh dari tempat kejadian. Tuhan sahaja yang tahu bahawa Fairuz tidak henti-henti berdoa agar tiada apa-apa yang serius berlaku kepada Dahlia.
Dahlia akhirnya diusung oleh pihak yang bertugas ke dalam ambulans diikuti oleh Fairuz. Kenderaan tersebut akhirnya bergerak pantas ke hospital yang berdekatan. Orang ramai yang berkerumun sebentar tadi mula beransur pergi.
Tiba sahaja di hospital, pihak hospital segera mengusung Dahlia untuk dibawa ke bilik kecemasan. Fairuz berlari anak untuk mengikuti Dahlia dari belakang.
"Maaf encik. Sila tunggu di luar, ya." tahan seorang jururawat sebaik sahaja mereka tiba di pintu masuk bilik kecemasan. Fairuz terpaksa akur walaupun hatinya meronta-ronta ingin masuk ke dalam.
Hampir 20 minit telahpun berlalu, akhirnya susuk tubuh seorang doktor keluar dari bilik kecemasan itu. Fairuz yang sedar akan kehadiran doktor itu terus berdiri untuk mendapatkan doktor tersebut.
"How's my wife, doctor?" soalnya, terburu-buru. Doktor yang bertag nama Qalisy itu menghadiahkan senyuman kepada Fairuz sebelum menepuk perlahan bahu lelaki itu.
"Don't worry. She's fine. Nothing serious. Nasib baiklah kepala dia terhentak sedikit saja. Cuma... mungkin dia akan rasa pening kepala for a few days disebabkan hentakan di kepala dia. Tangan dan kaki pesakit juga sedikit luka dan saya dah cuci semua luka tu. Nanti jangan lupa ambil ubat sapu dan ubat sakit kepala untuk pesakit, ya." balas Doktor Qalisy dengan ramah. Fairuz hembuskan nafas lega buat kesekian kalinya. Berkali-kali ucapan syukur diucap di dalam hati.