DAHLIA SOPHIA mengambil dua buah kotak susu kecil yang berisi susu pisang yang disusun cantik di dalam peti ais. Satu plastik jajan kegemarannya; Twisties juga diambil sebelum dibawa ke ruang tamu. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman saat retinanya menangkap susuk tubuh si suami yang sedang turun dari tingkat atas. Lelaki itu baru saja selesai membersihkan diri kerana baru pulang dari tempat kerja.
"Wanna watch a movie with me?" soal Dahlia. Dia menyengih sambil menepuk-nepuk permukaan sofa yang kosong di sebelahnya. Fairuz mengukirkan senyuman nipis sebelum mengangguk perlahan. Dahlia menghulurkan sekotak susu berperisa pisang yang diambilnya sebentar tadi kepada suaminya. Hulurannya disambut dengan mesra. Mata Dahlia masih tidak lekang pada wajah suaminya. Jujur dia katakan, dia memang sedang mabuk cinta. Mabuk cinta dengan suami sendiri, tak apakan? Hihi.
Wan Fairuz. Lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya sejak hampir enam tahun yang lalu. Mereka berkenalan di universiti pada semester kedua sebelum akhirnya bercinta. Namun, mereka berdua bercinta tidak terlalu lama, hanya dalam lebih kurang enam bulan sebelum akhirnya mereka memutuskan untuk membina mahligai cinta bersama. Dahlia telah dilamar oleh Fairuz di hadapan semua pelajar universiti sewaktu mereka sedang ingin ke kafeteria. Keadaan pada waktu itu memang riuh apabila Fairuz, si lelaki popular universiti, melakukan perkara tersebut. Sebenarnya, mereka berdua bercinta secara rahsia. Jadi, apabila lelaki itu tiba-tiba saja melamar Dahlia, terkejut beruklah semua pelajar universiti.
"Nak tengok filem apa ni? Horror or romance?" pertanyaan dari Fairuz menyentakkan Dahlia yang sedang mengelamun. Apabila otaknya selesai memproses setiap bait kata Fairuz sebentar tadi, Dahlia mendecit manja.
"Eiii.. janganlah tengok cerita hantu! Lia tak sukalah!" Dahlia memukul Fairuz dengan bantal kecil yang telah dipegangnya sejak tadi. Susu kotak pisang yang berada di atas meja dicapai sebelum diteguknya perlahan.
"Tahu. Saja nak mengusik awak." Fairuz ketawa sehingga menampakkan barisan giginya yang rapi. Dahlia menjeling suaminya di sebelah.
"So, awak nak tengok filem genre apa ni?" tanya Fairuz yang sedang membelek cakera padat yang elok tersusun dalam satu bekas.
"Hmm... saya nak tengok..." belum sempat Dahlia membalas pertanyaan si suami, telefon lelaki itu terlebih dahulu berbunyi nyaring dan membantutkan percakapannya.
Drttt.. Drttt..
Bunyi getaran telefon milik Fairuz membuatkan kata-kata Dahlia terhenti. Wanita itu memandang gerak-geri suaminya yang sedang melihat dada skrin telefonnya.
"Awak pilih jelah filem mana yang awak nak tengok. Sekejap lagi saya datang balik okey? Kawan pejabat telefon," beritahu Fairuz dengan senyuman manisnya. Dia mengusap rambut isterinya lembut sebelum menghilangkan diri ke tingkat atas.
"Jawab jelah dekat sini. Apa yang private sangat sampai kena jawab jauh-jauh?" bebel Dahlia sendirian. Dia meletakkan bantal kecil yang dipegangnya sedari tadi ke sebelah dengan perasaan geram. Dia mula membelek satu persatu CD yang tersusun rapi di dalam almari dengan mulutnya yang terkumat-kamit.
YOU ARE READING
Takdir Antara Kita
Romance"Mulai hari ni, kau jangan cari aku lagi. Anggap saja Dahlia Sophia yang kau kenal selama ni dah mati." Mahligai cinta yang disangka utuh tanpa sebarang masalah, rupanya ada rahsia terbesar yang diselindungkan. Si isteri setengah mati mempercayai da...