- Bab 3 -

87 34 66
                                    

________________________________

Kalau ada kesalahan ejaan bagitau  ye.

✨ Happy reading ✨
________________________________

KEESOKKAN HARINYA

Husna mengambil telefonnya yang diletakkan diatas katil. Dia mendail nombor seseorang.

Tut... tut... tut...

"Assalamualaikum Lya"

"Waalaikumussalam, kenapa call aku ni ? Baru je aku nak tidur balik" Balas Lya 

"Tidur apanya, dah pukul 12 tengahari dah ni. Aku nak jumpa kau." 

"Jumpa ? Nak buat  apa ? Bagitau kat dalam telefon dah la. Aku penat la... lagipun harini kan cuti sekolah. Bagi lah aku rehat kejap." Rungut Lya dalam telefon. 

"Kita ada misi, kejap lagi aku share location. Aku dengan Rine tunggu kau kat sana." Ujar Husna. Lya yang mendengar perkataan misi terus hilang mengatuknya.

"Misi ! Finally, dah lama aku nak misi ni. Kejap aku nak bersiap." Ujar Lya bersemangat. 

"Kau ni dengar je perkataan misi terus bersemangat kan. Ok lah, cepat siap. Assalamualaikum." Husna menggeleng kepala walaupun sahabatnya itu tidak boleh nampak.

"Waalaikumussalam." Lya menamatkan panggilan. Lya dengan pantasnya bersiap, shawl berwarna biru yang disangkut elok dalam almari terus diambil. Lya keluar dari biliknya setelah selesai bersiap. 

"Lya nak pergi mana cantik-cantik ni ?" Soal ibu Lya yang kebetulan lalu dihadapan bilik anak daranya.

"Ya Allah, ibu ni... terkejut Lya. Lya nak pergi jumpa kawan kejap dekat Cafe Pelangi tu, dalam pukul 6 petang macam tu Lya balik. Boleh tak ibu ? Lya nak pergi jumpa Rine dengan Una je."  Siapa yang dia nak jumpa ? Pukul berapa dia nak balik ? Ke mana dia nak pergi ? Semuanya telah dia beritahu. Kenal sangat dengan ibunya, mesti akan bertanya. 

"Hmm, ok. Tepat pukul 6 mesti dah balik kalau tidak siap. Ingat !" Ujar Mak cik Fia. 

"Baik bos." Balas Lya sambil tabik hormat kepada ibunya. Kunci motor diambil, tuas pintu dipulas. Lya melangkah pergi ke motornya. 

Selepas sampai ke Cafe Pelangi, Lya mencari-cari kelibat dua rakan baiknya. Rine yang ternampak  Lya tercangak di depan pintu masuk, melambai-lambai ke arah Lya. Lya yang melihat Rine melambai-lambai ke arahnya, tanpa berlengah terus bergerak ke meja itu. Kerusi yang berada berdekatannya ditarik, Lya melabuhkan punggungnya.

"Ok, Apa misi kita kali ni ?" Soal Lya. Air milo yang berada berdekatan dengannya terus disambar tanpa meminta izin kepada tuan air milo itu.

"Wehh... Lya kau nak minum air pergi orderlah... Main sambar je air orang." Rine mengambil semula air milonya.

"Alah, aku minum sikit je pun. Kedekutlah kau ni." 

"Dah tu, misi kita kali ni perlu siasat tentang penjualan dadah di sekolah berhadapan dengan sekolah kita tu. Tuan Syarid dah bagi arahan untuk mulakan operasi ni sekarang."

"Sekarang !" Jerit Lya dan Rine serentak.

"Shhh... Diamlah, malu orang tengok. Ye sekarang, jom ikut aku. Lya kau drive... nah pakai ni." Husna memberikan baju hoodie bewarna hitam, mask dan topi kepada Lya dan Rine. 

The Secret Police Agent (Hiatus)Where stories live. Discover now