Noted: Iqa akan edit semula bab ni nanti... Itupun kalau rajin UvU
"Ni... Nadz ke?" Soal Ellyna.
"Bingo! Congratulations my sister!" Ujar Nadz dengan nada gembira. Ingat jugak suara dia, terharu sekejap.
"Ha, telefon Kak Elly ni nak apa? Ambil daripada mana nombor akak ni? Setahu akak, tak pernah pulak akak bagi nombor akak dekat Nadz," Lyna berasa pelik. Macam mana boleh dapat nombor dia ni? Dia tak pernah bagitau sesiapa kecuali Tuan Syarid.
"Hahaha... Soalan apa tu Kak Elly? Siapa lagi kalau bukan Tuan Syarid. Nadz call ni sebab Tuan Syarid suruh kak Elly datang pejabat. Katanya ada benda penting nak bagitau."
"Hmm yelah, Kak Elly nak singgah kedai makan kejap lagi. Nak kirim apa-apa tak? Tanya Haiz sekali."
"Nasi goreng kampung 2. Kak Elly belanja... tata~" Nadz terus memutuskan talian.
Ellyna terus bergerak pergi ke kedai makan. Sebelum sampai ke kedai makan, dia tersesat pergi ke tempat lain. Sudah lama dia tidak tinggal di CyberTech. Jalan nak pergi kedai makan pun dah lupa. Terpaksalah dia menggunakan waze. Akhirnya dia selamat sampai ke kedai makan yang dituju.
🌺 🌺 🌺
Haziq, Hakim, Aiman, Husna, Rine dan Lya sudah berada di ibu pejabat. Mereka menunggu ketibaan satu lagi ahli kumpulan mereka yang diberitahu oleh Tuan Syarid. Masing-masing buat kerja sendiri sementara menunggu.
"Haiz, Haiz dah sediakan benda tu?" Tanya Tuan Syarid kepada Haiz. Haizu Aryn nama diberi.
"Sudah Tuan."
"Bagus, pergi pasang dekat pintu tu." Arah Tuan Syarid sambil menunjuk ke arah pintu pejabatnya. Haiz berjalan pergi ke luar pintu bilik pejabat Tuan Syarid.
Dia memasang sejenis alat di luar pintu bilik Tuan Syarid. Daripada rupa bentuk alat itu, terlihat seperti sebuah mangga kunci tetapi saiznya lebih kecil berbanding yang asli.
"Benda apa tu Tuan?" Soal Aiman
"Nanti kamu akan tahu," Tuan Syarid tersenyum. Tak sabar rasanya nak tengok reaksi Ellyna nanti.
🌺 🌺 🌺
Ellyna selamat sampai ke Ibu Pejabat. Dia meletakkan motorsikal miliknya di ruang parkir yang disediakan. Bungkusan makanan diambil. Dia mengorak langkah masuk ke dalam ibu pejabat. Ellyna tersenyum tatkala melihat wajah seorang perempuan yang amat dia kenali.
"Assalamualaikum, Kak Sarah" Sapa Ellyna.
"Eh Lyna. Bila Lyna balik sini?" Ujar seorang perempuan yang bernama Sarah.
"Baru je sampai kelmarin. Akak sihat?"
"Alhamdulillah sihat, Lyna datang sini mesti nak jumpa Tuan Syarid kan. Dia ada dalam bilik dia."
"Ok, Lyna pergi dulu ye kak. Nanti kita borak lagi."
Ellyna melangkah pergi meninggalkan tempat Sarah. Sempat dia menegur beberapa orang yang dia kenali.
"Tuan, Ellyna dah sampai." Ucap Sarah melalui earbuds.
"Baik, Kamu semua bersedia untuk berjumpa dengan ahli kumpulan baru."
Mereka semua menganggukkan kepala. Ellyna mengetuk pintu meminta kebenaran untuk masuk. Setelah diberi kebenaran, pintu dikuak daripada luar. Ellyna melangkah masuk ke dalam bilik.
YOU ARE READING
The Secret Police Agent (Hiatus)
Mystery / ThrillerKisah satu kumpulan perisik muda yang perlu siasat tentang satu kes pembunuhan. Mereka semua terpaksa berkerja sama untuk menyelesaikan kes 'The Red Rose'. The Red Rose adalah nama yang diberikan untuk kes tersebut kerana setiap kali kes pembunuhan...