"Jangan cakap yang diorang pun.......... Perisik !" Batin Rine
"Wehh Una ! Rine ! Apahal mamat-mamat tu ada kat situ ?" Tanya Lya. Dia melihat semuanya melalui dron mini.
Haziq dan Hakim bergerak beberapa langkah ke depan.
"Hai Cik kak, nak pergi mana tu ?" Soal Hakim. Sudah tersedia gari ditangannya.
"Bos, kau pergi dulu biar aku dengan Erica yang halang diorang." Ujar Husna
"Jangan sampai kalah ! Aku pergi dulu."
"Jangan risau bos. Esok petang kami jumpa kau lagi." Ucap Rine kepada bos itu. Husna sempat memasukkan satu lagi alat pengesan ke dalam beg galas bos mereka.
"Hoi ! Nak cakap tu slow lah sikit. Tak takut kantoi ke." Jerit Haziq
Bos mereka dengan pantas berlari masuk ke dalam kereta. Haziq dan Hakim cuba menghalang bos itu dari membolos masuk ke dalam kereta, namun Husna dan Rine dengan pantas menghalang mereka berdua. Tanpa berlengah bos itu terus pandu kereta meninggalkan Rine dan Husna.
"Serah diri jelah... Aku malas nak berlawan dengan perempuan." Ujar Hakim.
"Kau ingat perempuan ni lemah ke ?" Ujar Rine. Mukanya hanya menahan amarah kerana dipandang rendah.
"Hmm, ye kut." Balas Hakim, tanpa rasa bersalah. Haziq hanya membiarkan sahabatnya itu, matanya setia melihat gerak geri Husna.
"Lemah ye ! Ambik ni !" Rine dengan pantas berlari kearah Hakim dan menendangnya perut Hakim. Hakim terpelanting ke belakang.
"Aduh, kuat jugak kau ni kan." Hakim memegang perutnya yang ditendang oleh Rine. Baru sikit tu, nasib baik tak tendang kuat lagi.
"Okey, korang nak lawan kan." Ujar Haziq. Dia berlari ke arah Rine baru sahaja ingin menumbuk Rine tangannya ditendang oleh Husna.
"Yo, kawan aku dah ada partner nak berlawan. Apa kata kau jadi lawan aku. Aku takde partner nak bertumbuk ni." Ujar Husna sambil menunjukkan penumbuknya.
"Fuhh, cool lah kawan-kawan aku ni. Go... Go... Go !" Lya bersorak di dalam kereta seorang diri setelah menyaksikan movie aksi tak berbayar yang dilakonkan oleh kawan-kawannya. Siaran langsung lagi, rugi kalau tak tengok.
"Tch... Serah diri jelah !" Ujar Haziq
"Ermm... Serah diri ehh ? Kalau enjoy dulu boleh tak ? Lama aku tak berlawan ni." Ujar Rine yang masih tidak puas berlawan. "Kau, cepat ahh... lembab ahh kau ni." Ujar Rine kepada Hakim.
Hakim yang berasa tercabar terus bersedia dalam posisi berlawan. "Kau mula dulu." Ujar Hakim.
"Betul ni ? Tak menyesal ?" Rine sengaja ingin membuat lelaki itu berasa tercabar. Siapa suruh buat dia marah kan. Padan muka, dah lah marah dia dekat mamat Hafiz tu pun tak habis lagi.
"Tch, jangan berlagak lah perempuan." Hakim maju ke hadapan. Begitu juga dengan Rine, dia juga bersedia menerima serangan daripada Hakim.
Hakim cuba untuk menendang pinggan Rine. Rine dengan pantas menepis kaki Hakim. Mereka berdua saling berlawan. Haziq dan Husna ? Takkan lah nak tengok je kan. Mereka berdua pun join Hakim dan Rine berlawan. Sehinggalah Rine dan Husna ditegur oleh Lya melalui earbuds.
"Wehh, serius ahh. Sampai bila korang nak bertumbuk ni ? Tuan Syarid dah tunggu ni." Ujar Lya.
"Alah, baru nak main lagi." Rine membuat muka cemberut apabila dia disuruh berhenti berlawan.
"Cukuplah Erica, nanti-nanti kita enjoy lagi ehh. Lily pun mesti nak join kan ?"
Hakim dan Haziq yang melihat Husna dan Rine leka bersembang melalui earbuds mengambil kesempatan untuk menggari mereka.
YOU ARE READING
The Secret Police Agent (Hiatus)
Mystery / ThrillerKisah satu kumpulan perisik muda yang perlu siasat tentang satu kes pembunuhan. Mereka semua terpaksa berkerja sama untuk menyelesaikan kes 'The Red Rose'. The Red Rose adalah nama yang diberikan untuk kes tersebut kerana setiap kali kes pembunuhan...