7 : first date

53 11 5
                                        

Puan Kang terus masuk ke dalam wad VIP itu dengan perasaan geram sekali. Memang betul- betul memalukan dirinya apabila tahu akan anaknya bergaduh dengan budak lain kerana lelaki.

Puan Kang terus menerjah masuk ke dalan bilik itu membuatkan jururawat di dalam bilik itu terkejut seketika.

“Eo ? Mommy buat apa dekat sini—”

“Kau memang dah tak ada kerja lain ke ? Kerja kau ni memang suka menyusahkan aku ke ?” , dahi Hyena ditunjal berkali-kali dengan kasar.

“Maaf , Mommy. Hyena tak tahu yang—”

“Tak tahu apa ?! Kau ni memang daripada kau mula bernafas dekat muka bumi ini kerja asyik menyusahkan memalukan aku je kan ?!”

Hyena menundukkan kepalanya. Dia ingat ibunya mahu bertanya khabar tentangnya. Tapi lain pula yang jadi.

“Suka lah kau memalukan aku kan ? Huh ? Anak jutawan tersohor di Seoul telah bergaduh dengan anak pereka fesyen dari Amerika Syarikat hah ?!”

“Eh baik kau mati saja. Kalau macam ini la perangai kau , sampai bila-bila pun aku benci kau sampai aku mampus pun aku tetap bencikan kau.” , sekali lagi kepalanya ditunjal oleh ibunya sendiri lalu keluar dari wadnya.

Benci betul ibunya terhadap dirinya sehingga mendoakan dirinya mati. Apa lagi yang mahu datang dekat dirinya ?

“Aku dah sampai...” , Wooyoung melihat Hyena sedang nangis di atas katil dan dia segera kearahnya.

“Kau kenapa ni ? Kenapa tiba-tiba nangis ?” , lain macam risaunya bang Wooyoung—

“Takde apalah...”, Hyena mengesat air matanya lalu menganggap tiada aoa yang berlaku.

Dalam keadaan dirinya yang hampir dibunuh pun ibunya sanggup mementingkan kerjaya lebih daripada anaknya sendiri.

“Jangan malu nak bercerita okay ? Kalau rasa nak cerita , ceritakan sahaja. Aku akan dengar semua cerita kau okay ?” , Hyena hanya senyum tipis kearah Wooyoung.

Entahlah , susah nak meramal Wooyoung ini. Nak katakan dia nakal memang iya, nakal sangat. Nak katakan dia ni romantik , tidaklah sangat.

Entahlah , buntu betul bila mahu menjelaskan.

Babygirl  Wooyoung jangan sedih-sedih. Aku ada belikan jjangmyeon dengan rabokki. Makan puas puas ya sayang.”

Perkataan sayang itu membuatkan aku rasa..

Seperti ada rama-rama berterbangan di ruang perutku..

Ah hanya perasaan kau sahaja.

Hyena segera menidakkan perasaan lalu mula menjamu selera dengan tenang sekali. Sekali sekala Wooyoung merenung kearah Hyena yang lagi asyik makan tanpa sedar akan dirinya.

Selesai sahaja dia makan, Wooyoung mengajaknya berjalan disekitar hospital. Apa benda lelaki ini ajak jalan-jalan dekat hospital ? Kalau dekat taman atau pusat beli-belah tidak apa lah juga. Pelik betullah.

“Hish kaki aku belum patah lagilah, bagilah aku jalan.”

Wooyoung hanya diam dan menolak kerusi roda itu sambil tersenyum.

“Kau ni memang kuat membebel eh ?”

“Yela kau tu ha , aku ni bukannya cacat boleg je berjalan huh !”

Sakit hati pula Hyena dekat Wooyoung ini, hanya tahu hendak menang sahaja.

“Alahai kau ni , aku taknak kau berjalan nanti penat. Kalau kau penat nanti siapa nak dukung ? Aku juga kena dukung kau.”

Ada-ada sahaja alasannya. Tampar nanti tahulah.

Setibanya di bangku yang berada di taman bunga hospital , Wooyoung duduk manakala Hyena berada disebelahnya.

“Aku nak jujur ni.”

Allahuakbar , seram sejuk Hyena dibuatnya. Apa lagi dia nak cakap ?

“Aik ? Jujur apa ?” , Hyena hanya buat persis orang lembab. Tapi Hyena ni memang lembab.

“Aku dah dengar apa Mommy kau cakap tadi. Mianhae...”

Hyena hanya terkedu. Ya Tuhan malunya !

“Sebab tu kau kata kau okay kan ? Sebab kau taknak bagitahu aku apa yang jadi kan ?”

Hyena hanya bermain dengan jarinya. Sekali sekala dia hanya senyum memandang Wooyoung.

“Minta maaf Hyena. Kerana aku , kau dan Yuna bergaduh teruk sebegini—”

“Eh aku okay lah.  Tak perlulah minta maaf. Aku tak marahkan kau. Yuna yang tiba-tiba serang aku...” , Hyena hanya senyum nipis lalu memandang kearah langit.

“Aku penatlah Wooyoung...” , tanpa dia sedar air matanya mula jatuh perlahan-lahan dari kelopak matanya.

Jujur dari hatinya , dia terlalu lelah untuk menghadapi semua ini. Dia cuma berdoa agar semuanya hilang dan selesai serta-merta.

Wooyoung lantas memeluk erat Hyena untuk menenangkan gadis itu. Dia tahu , Hyena memang memerlukan seseorang untuk dia tenangkan dirinya sementara waktu.

I'm always there for you if you need me..



TBC 🤗

kesian korang dapat author yang suka update 2 bulan sekali 😭

playboy most wanted • jwyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang