Kejadian semalam masih segar di ingatan Hyena. Dia bingung dengan dirinya dan perasaan yang dialami olehnya.
Adakah dia hanya bermain sahaja ? Macam mana kalau dia benar-benar maksudkannya ? Aish semuanya akan menyebabkan kepalanya serabut.
“Kau okay tak ni , Hyena ? Kau macam serabut je pagi ni.” , keadaan Hyena membuatkan Lysa risau dengan sahabatnya itu. Belum pernah dia melihat Hyena sebegitu rupa.
“Okay je , cuma aku takde mood harini. Dah nak datang bulan kut .” , Lysa hanya mengiyakan sahaja. Tidak mahu sahabatnya fikir bukan-bukan terhadapnya.
Suasana kelas yang sederhana tiba-tiba menjadi riuh-rendah.
“Kang Hyena , ttarawa !”
(ttarawa - follow me)
Apa lagi lelaki ini nak ha ? Aish serabutlah Hyena macam ni. Perlahan-lahan Hyena bangun dan mengikuti Wooyoung.
Mereka berjalan menuju ke bumbung bangunan sekolah.
“Apa lagi kau nak ni ? Aku banyak benda lah nak buat ugh.” , Hyena hanya menjeling kearah Wooyoung. Sakit betul hatinya melihat perangai Wooyoung.
“Aik ? Nak jumpa girlfriend pun tak boleh ke ?”
Wooyoung mengusik Hyena yang kian marah kepadanya. Baginya , apabila Hyena marah ia akan kelihatan comel sekali.
“Siapa kata aku nak jadi girlfriend kau ?”
“Cuba buka website sekolah.”
Okay.
"JUNG WOOYOUNG DAN KANG HYENA RASMI BERPASANG SEJAK WOOYOUNG MELUAHKAN ISI HATINYA MALAM TADI !!"
Kepala otak dia.
“So kita dah rasmi bercinta hehe.” , Wooyoung hanya tergelak kecil dihadapan Hyena. Bala apa pula yang dia dapat ni Ya Tuhan.
🖤
“Mind to explain ?”
Hyena bercerita dari mula sampai akhir. Lysa dan Keyla seakan tidak percaya terhadap apa yang telah jadi pada rakannya. Sudahlah rakannya ini tidak ada rasa minat mahu menjalinkan hubungan apatah lagi mahu bertegur sapa dengan lelaki.
“Kenapa kau tak tolak je ?”
“Masalahnya aku dah tolak , dia taknak. Nak juga aku jadi teman wanita dia. Apa yang istimewa dekat aku ni pun aku tak tahu.”
Sudahlah peperiksaan pertengahan tahun hampir tiba , muncul pula masalah begini. Sudah diumumkan kepada satu sekolah.
Mana dia nak letak air muka dia ni ? Habislah kalau ibunya tahu akan perkara ini..
“Takpe lah Hyena , nanti kita fikirkan cara nak selesaikan masalah kau ni. Sekarang ni jom kita ke kantin okay ?”
Mereka bertiga bersetuju lalu bergerak kearah kantin.
Yuna yang datang entah dari mana tiba-tiba sergah Hyena. Baju kolarnya ditarik dan ditolak dengan ganas.
“Aku ingatkan Wooyoung tu main-main. Rupanya betul-betul—”
Perut Hyena dipijak berkali-kali oleh Yuna. Lysa menahan Yuna daripada terus memukul kawannya itu.
“Eh perempuan kau kenapa haa ??”, Lysa menolak Yuna sehingga dia terjatuh. Dia menolong Hyena bangun setelah dipijak oleh Yuna.
ANDA SEDANG MEMBACA
playboy most wanted • jwy
Fiksi Penggemarplayboy digilai ramai orang , tetapi dia saja boleh menundukkan playboy liar ini .
