Bab 1

95 3 0
                                    

Pukulan ombak sayu sayu kedengaran di radang telinga. Cuaca mendung menghentikan niat pengunjung untuk bermandi manda di pantai yang indah ini, kecuali si dia yang tidak berganjak walaupun sedikit.

"Kenapa kau ambik dia sedangkan kau tahu hanya dia yang aku ada. Kenapa kau matikan dia sedangkan kau boleh matikan aku. Kenapa bukan aku kenapa tak gantikan dia dengan aku." Diam. Tiada jawapan untuk setiap pertanyaannya, hanya tangisan yang diselang bunyi ombak dapat didengari.

Kehilangan seorang insan yang digelar tunang bukanlah suatu perkara mudah yang mampu dihadap oleh seorang gadis yang lemah lembut dan baru mengenal erti cinta seperti Wardah. Apatah lagi kehilangan tunang di hari pernikahannya. Siapa sangka hari yang patut dilalui dengan gembira bertukar hiba apabila tunangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

                                                     ~~~~~~~~~~~

"Wardah, mari turun makan nak. Ummi dah masak ni." Tiada jawapan balas yang diberi sebaliknya hanya senyuman yang dapat diukirkan buat umminya.

"Terima kasih ummi. Wardah minta maaf sebab tak tolong ummi masak tadi, maafkan Wardah ye." Rasa bersalah memenuhi ruang dihati. Dek kerana terlalu mengikutkan emosi dia sanggup mengabaikan umminya dan membawa diri ke pantai. Walaupun emosinya masih lagi terganggu, dia sedar akan tanggungjawab yang perlu digalas sebagai seorang anak apatah lagi hanya dia sahaja anak tunggal yang dimiliki Siti Humaira.

"Wardah kena redha sayang, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sampai bila Wardah nak macam ni , menyoal tuhan tanpa henti. Mungkin dia bukan jodoh Wardah." Kata kata umminya membuatkan Wardah tersentak dan sedikit sebak.

"Tapi kenapa Wardah ummi, apa salah Wardah." Tangisan air mata mula mengalir di pipi tetapi pantas Wardah mengelap.

"Siapa kata ujian itu terjadi kerana kita salah, tuhan bagi kita ujian sebab dia sayang, dia rindu dengan kita. Kita terlalu mengejar cinta manusia sampai lupa cinta dia. Siapalah manusia jika dibandingkan dengan dia, tapi kenapa kita pilih manusia, sebab kita sendiri terlupa siapa dia yang sebenarnya." Wardah terdiam. Tidak berniat untuk membalas, sebaliknya ucapan itu diambil sebagai penyemangat untuk dia meneruskan hidup.

Wardah Suraya [OG]Where stories live. Discover now