Setelah banyak rintangan yang perlu dilalui seperti kesesakan jalan raya, akhirnya dia tiba juga di destinasi yang ditunggu tunggu.
"Donut Khalsom"
Alia tersenyum dan bersyukur apabila melihat kedai tersebut masih lagi dibuka walaupun sudah lebih jam 1 petang.
"Selamat datang di Donut Khalsom. Cik nak order apa ?" Layanan mesra oleh pekerja di kedai donut itu adalah salah satu penyebab kedai ini menjadi pilihan para penggemar donut.
"Hi, saya nak order semua donut yang ada dalam gambar ni boleh ?" Senyuman manis dibalas pada pekerja tersebut sebelum menunjukkan gambar yang diberi oleh abangnya.
"Erm maaf cik, tapi semua donut yang topping coklat dah habis. Last donut topping coklat tadi cik Wardah yang duduk dekat hujung tu dah ambik, tapi topping yang lain dalam gambar ni ada." Senyuman Alia yang tadi sampai ke telinga berubah kelat mengenangkan nasib bukunya yang bakal dikoyak tak lama lagi.
"Cik, macam mana boleh ke ?" Pekerja tersebut risau apabila melihat reaksi Tengku Alia Asyfan yang berubah mendadak dan tidak memberikan respon.
" Eh sorry, proceed je lah." Alia kembali tersenyum apabila ditegur pekerja tersebut. Dia redha akan nasib yang menimpa bukunya nanti. Tanpa Tengku Alia Asyfan sedari, sepasang mata yang cantik memandangnya dengan senyuman yang manis sekali.
Alia memilih tempat duduk dek kerana donut yang dipesan mengambil masa 15 minit untuk siap. Memang tidaklah untuk perempuan yang malas seperti dia nak berdiri selama 15 minit semata mata nak tunggu donut, lambat lagi. Matanya yang tertumpu pada telefon dialihkan untuk melihat kawasan sekeliling. Konsep yang menarik serta kelihatan bersih mungkin menjadi faktor ketiga kedai ini berjaya selepas layanan baik dan rasanya yang sedap.
Secara tidak sengaja matanya terhenti pada sebuah sosok yang berjalan keluar dari kedai. "Cantik". Hanya satu kata yang dapat dikeluarkannya tatkala memandang gadis tersebut.
"Cik Alia". Pandangannya terhenti. Namanya dipanggil menandakan pesanannya telah siap.
"Berapa ringgit ye ?" Soal Alia kerana ini merupakan kali pertama dia membeli donut di kedai ini.
" Tak perlu bayar cik, tadi dah ada orang bayarkan. Dia ada bagi cik Alia donut topping coklat yang dia order sekali".
Alia tersenyum. Rezeki hari jumaat selamat duit aku."Boleh saya tahu siapa yang bayarkan, mana tahu jodoh". Menyempat pula Tengku Alia ni, kalau kantoi dekat abangnya mahu malu bertahun tahun.
"Alaaa cik Alia yang bayarkan tu perempuan, takde rezekila." Alia tersenyum, tak sangka akak kaunter ni layan. Selama ni dia je yang beria nak beramah mesra dengan orang, tapi tak dilayan.
"Alaa takpela, lain kali saya datang lagi . Mana tahu lelaki pula yang bayarkan. Terima kasih ye." Alia meminta diri untuk pulang. Walaupun dia tidak pasti siapa yang bayar, dia tetap bersyukur dan mendoakan agar si pembayar mendapat rezeki yang berlimpah. Aamiinn.
Wardah Suraya
YOU ARE READING
Wardah Suraya [OG]
RomanceStatus : On going❗ Mungkin dengan dia aku mampu untuk merasa bahagia. Mungkin dengan dia aku mampu untuk hilangkan segala derita. Mungkin dengan dia aku mampu untuk ceria. Mungkin dengan dia aku mampu untuk kembali bercahaya. Atau ia hanya sekadar m...