Lambat kau balik. Aku suruh beli donut je rasanya." Jelingan Tengku Amal membuatkan Alia ingin menjolok sahaja matanya sehingga keluar. "Woi, aku tanya ni asal lambat sangat balik." Tidak puas pula rasa hatinya apabila soalan yang ditanya tidak dijawab.
"Baik kau diam sebelum aku campak donut ni kat muka kau. Kau ingat dekat jarak hospital dengan kedai tu. Dahla tak bagi duit, takde terima kasih. Tahu merungut je. Kau ingat aku kuli kau ke apa. Aku kerja tahu tak bukan macam kau goyang kaki dekat rumah. Papa suruh masuk office taknak. Last last aku jugak yang kena jawab." Tanpa rasa bersalah Amal bangun dari duduknya dan terus masuk ke bilik. Malas nak dengar adiknya membebel.
Melihat abangnya pergi tanpa melakukan apa apa tindakan membuatkan Alia menjerit. Kalau boleh dijual abangnya ni dah lama dia jual dekat uncle Hap Seng depan rumah tu. Readers pun mesti ada yang berminatkan ?
~~~~~~~~~~~
Selepas selesai solat asar, Amal terus turun ke bawah untuk melihat apa yang dilakukan keluarganya. Matanya tertumpu pada donut diatas meja. Fuhh, nasib ada lagi kalau tak mahu menangis dibuatnya.
"Ha keluar pun, meh makan sini." Pelawa Tengku Maryam Amna. Kalau tak dipelawa memang idokla Amal tu nak makan. Kononnya, jatuh maruah kalau makan dulu tanpa diajak.
Amal menarik kerusi disebelah mamanya. Riak muka yang terkejut dapat dilihat pada wajahnya apabila dia selesai mengira bilangan donut di atas meja. "Macam mana boleh cukup." Bisik hati Amal.
Melihat reaksi abangnya yang terkejut itu membuatkan Alia tergelak. "Aku tahu kau mesti pelik an macam mana aku boleh beli cukup semua. Cakap jelah." Kening diangkat berkali kali. Tak lupa juga dengan muka kereknya.
Kata kata adiknya itu tidak dilayan, sebaliknya dia menikmati donut coklat yang ada didepan mata dengan lahap. Dalam hati rasa tidak puas tetap ada, tapi apalah sangat nak dibandingkan dengan donut coklat yang tercinta. Ceh, sebenarnya takut kena marah dengan mama.
"Haa mama, lupa pulak nak bagitahu. Tadi kan dekat kedai, ada orang belanja adik. Dia siap bagi donut yang dia order sekali. Tu yang banyak tu. Baik kan ma. Tapi dia perempuan, hm." Sedikit kecewa ya nada di hujung cerita. Tengku Maryam hanya mampu mengangguk dan tergelak saja melihat kerenah anaknya sorang ni. Suruh cari pakwe taknak, suruh kahwin taknak, tapi mulut tak habis habis cakap pasal kahwin.
"Takpayah nak puji lebih lebih. Entah entah perempuan tu saja nak gunakan kau. Tah ikhlas tah tidak. Perangai perempuan semua samalah, aku dah masak sangat." Matanya diputarkan menyampah terhadap pujian yang diberi adiknya. Walau sudah lama peristiwa gelap itu terjadi, dia tetap tidak dapat melupakan apa yang dilakukan bekas kekasihnya. Sampaikan perempuan lain turut kena tempias.
"Ehuk...ehuk. Sape yang mengata aku petang petang ni." Tersedak sedak nasi yang dimakan Wardah. Cepat cepat dia meminum air.
Tengku Amal Asyfan
YOU ARE READING
Wardah Suraya [OG]
RomanceStatus : On going❗ Mungkin dengan dia aku mampu untuk merasa bahagia. Mungkin dengan dia aku mampu untuk hilangkan segala derita. Mungkin dengan dia aku mampu untuk ceria. Mungkin dengan dia aku mampu untuk kembali bercahaya. Atau ia hanya sekadar m...