Bab 2

67 1 0
                                    

"Kau nak pergi mana ni ?" Soal Amal agak dingin tanpa melihat kearah adiknya.

"Oh, nak jumpa kawan. Awat, kau nak order apa apa ke ?" Tiada jawapan yang diberi. Alia hairan. Tak pernah abangnya ambil tahu kemana dia nak pergi selama ni.

"Tengku Amal Asyfan, aku tanya ni kau ada nak order apa apa tak ?" Sedikit tinggi nada kali ini tetapi tetap tiada jawapan yang diberi. Hal ini membuatkan Alia bengang dan mengambil keputusan untuk terus keluar.

Walaupun mereka berdua adik beradik kandung, Tengku Amal Asyfan mempunyai sikap dan perangai yang agak berbeza dari adiknya, Tengku Alia Asyfan. Sikapnya yang ego, sombong serta dingin membuatkan ramai yang takut untuk bersuara dan ada juga yang tidak meminatinya. Berbeza dengan Alia, seorang gadis yang ramah dan tidak suka akan perbalahan serta mendengar suara setiap orang. Alia juga disukai oleh hampir kesemua pekerja di syarikat papanya. Malangnya, Alia tidak berminat untuk bekerja disitu dan mengambil keputusan untuk menjadi seorang doktor di sebuah hospital. Walaupun ditentang hebat pada mulanya, Alia tetap dengan pendirian yang dilakukan dan berusaha untuk meyakinkan keluarganya lebih lebih lagi papa. Berkat pujuk rayu dan usaha kuat Alia, Tengku Annuar mengizinkan.

                                                     ~~~~~~~~~~~

Perjalanan yang mengambil masa kira kira 30 minit dari rumah membuatkan Amal sedikit mendengus tatkala jalan yang perlu dilaluinya untuk sampai ke destinasi menghadapi kesesakan.

"Apahal time aku keluar semua nak keluar, keluarlah time lain. Aku tahula aku ramai peminat. Mama ni pun satu time ni lah nak donutla apa la buat sendiri bolehkan saja nak susahkan orang." Bebelan demi bebelan keluar dari mulut Amal. Bila difikirkan balik kenapalah dia bersetuju untuk membantu mamanya membeli donut. Nak menyesal dah tak boleh sendiri yang terima. Tiba tiba idea jahat muncul dari akal liciknya. Amal memusingkan stereng kereta dan menukar destinasi dari ke kedai donut pulang semula ke rumah.

                                                       ~~~~~~~~~~~

Ting ... ting ... ting

Alia memandang skrin telefonnya yang dari tadi tidak berhenti berbunyi.

Abang : Tadi kau tanya aku nak order apa kan?

Abang : Beli donut dekat kedai yang mama suka tu.

Abang : Kedai tu tutup pukul 1 kalau aku tahu kau tak sempat
                beli aku koyakkan buku kau.

Abang :

Abang : Aku tahu cukup semua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Abang : Aku tahu cukup semua.

Alia menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum menghembusnya keluar. Ikutkan hati mahu saja dia menjerit sekarang tapi bila difikirkan balik, dia perlu menjaga nama baiknya  sebagai doktor dan anak kepada Tengku Annuar. Mahu tercalar nama papanya nanti. Alia melihat jam di telefon sebelum membalas mesej abangnya.

You      : Mana sempat, kau hantar mesej dah pukul 12 lebih
               sekarang dah 12.50, kedai tutup pukul 1.

Abang : Kesah pulak aku.

Telefonnya ditutup sebelum dicampak ke dalam beg.

"YaAllah kau kuatkanlah iman ku yaAllah, kau berikanlah kesabaran setinggi gunung padaku yaAllah. Aku takut kalau aku terbunuh abang ku sendiri yaAllah."

Jujur disudut kecil hati Alia ada perasaan ingin membunuh abangnya namun apakan daya hanya kecil,  jika besar suduh lama dia bunuh Tengku Amal Asyfan hari ini juga.

Wardah Suraya [OG]Where stories live. Discover now