TDA : 23

963 72 83
                                    

"Awak balik lambat ke harini ?" tanya Amira yang sedang memakaikan tali leher Mark.

"Petang, kenapa ?" jawab Mark.

"Saya nak keluar boleh tak ?"

"Pergi mana ?" tanya Mark kembali.

"Jalan jalan dengan Alina saya bosan lah dekat rumah, dah lah awak tak bagi saya kerja" balas Amira.

"Nanti pergi dengan diorang sekali" kata Mark.

"Alah kenapa saya kene bawak Hans, Ian dengan Rian sekali, saya nak keluar dengan Alina je" Amira mencebik.

"Melawan lah cakap suami tak bau syurga nanti" kata Mark.

Amira mengeluh. Keluar dah kuasa veto dia tu.

"Iye lah" kata Amira.

"Aku pergi dulu" Mark menghulurkan tangannya lalu disambut oleh Amira, sempat dia mencium ubun ubun Amira.

"HANS, IAN, RIAN TEMAN SAYA KELUAR !" laung Amira dari atas.

"Ha ? Kenapa kitorang"

"Mark yang suruh" kata Amira.

"Ha ye lah ye lah"

Mereka mengambil Alina di rumah sewa Rina dan Zura.

"Asal kena bawak semua mamat ni, kata kau nak dating bedua dengan aku je" tanya Alina berbisik.

"Kau ingat aku nak sangat ke bawa dioraang ni, ni suami aku yang suruh" kata Amira berbisik juga.

Di dalam kereta masing masing hanya diam sahaja, hanya kedengaran bunyi radio sahaja.

Pavillion...

"Kita pergi ikea jom, aku nak cari barang rumah sikit" kata Amira. Rumah besar tapi tak ada hiasan ceh buruk jugak HAHAHAHAH.

"Jom"

Hans, Rian dan Ian hanya menggeleng sahaja. Apalah nasib kene teman bini member pergi shopping.

Sedang Alina dan Amira berjalan tiba tiba Alina terlanggar seseorang.

"Maaf saya tak sengaja" Alina memohon maaf kepada lelaki itu.

"Nad !"

"Farhan !"

"You buat apa dekat sini, bukan ke you dekat Dubai" kata Alina.

"I dah habis belajar, I balik lah" balas Farhan

"Oh hi Mira" sapa Farhan.

"Hi"

"You datang berdua je ke dengan Nad ?" tanya Farhan.

"Dia datang dengan kitorang" sapa Hans, In dan Rian yang tiba tiba muncul di belakang Amira.

Farhan berdecit.

"Oh tak apa lah, btw boleh tak I mintak nombor phone you ?" kata Farhan.

"Awak mintak Alina je lah, sebab phone saya suami saya yang pegang" tipu Amira.

'Buang tebiat ke mamat ni, dah tau aku isteri orang mintak nombor phone lagi' desis Amira dalam Hati.

"Tapi I nak number phone you" rengek Farhan.

THE DEVIL ANGEL ©Where stories live. Discover now