TDA : 38

846 60 25
                                    

Kelihatan kereta Mark yang sudah pulang. Mark masuk ke dalam Mansion itu.

Amira bangun lalu menyambut Mark, namun Mark hanya berjalan ke dapur tanpa menghiraukan Amira. Tubir mata yang sudah dipenuhi Air akhirnya pecah juga.

Ariq, Noah, Ian, Rian, Zura, rina dan Alina yang di ruang tamu itu diam sahaja.

"Kau pergi mana ?" tanya Ariq dingin.

"Keluar"

"Asal tak keluar terus je, tak payah balik dah, tunggu bini mati baru balik" kata Ariq.

"Tak yang kau nak marah marah ni asal, asal aku balik ada je benda tak kena !" bidas Mark.

"MEMANG PUN, KAU TAU KAN AMIRA TENGAH MENGANDUNG, AKU TAU KAU TENGAH STRESS TAPI JANGAN LAH SAMPAI KAU TENGKING DIA !" kata Ariq.

"Lepastu kau nak aku buat apa ?" tanya Mark.

"KAU SEBAGAI SUAMI SEPAPTUTNYA TAU TANGGUNGJAWAB KAU !" Ariq menunding jari ke arah Mark.

"KAU TAU TAK AKU SERABUT, LEPAS TU TIME TU JUGAK DIA NAK MAKAN MACAM MACAM, KAU ABANG DIA, KAU BELIKAN LAH SENDIRI !" Mark menepuk meja lalu dia berjalan keluar dari ruang dapur.

Amira yang baru masuk di dalam ruangan dapur dilanggar kuat oleh Mark. Hampir sahaja dia terjatuh namun sempat disambut oleh Ian dan Noah.

Ariq mengepal penumbuknya.

"Ikut abang" Ariq menarik Amira.

Amira hanya mengikut sahaja.

"Ada apa ni ?" tanya Amira.

"Kau nampak tak suami kau buat apa dekat kau, mana janji dia yang dulu ?" tanya Ariq.

"Abang tak apa Mira faham, Mark tengah stress biar lah dia tenang dulu" kata Amira.

"NAK TENANG APA ! DIA LANGGAR KAU TADI DIK, DAH NAK JATUH DAH, KALAU JATUH ANAK DALAM KANDUNGAN KAU NI GUGUR, AKU TAKKAN MAAFKAN MARK !" Marah Ariq.

"Dia tak sengaja lah tu" Amira cuba mempertahankan Mark.

Ariq ingin menampar Amira namun sempat dia menahan amarahnya.

Ariq Hanya mampu mengeluh sahaja lalu dia beredar dari pankin itu.

Air mata Amira jatuh lagi. Tidak tahan dia di perlakukan sebegini.

"Apa salah saya pada awak, kenapa buat saya macam ni ?" kata Amira.

Dia berjalan masuk lalu menuju ke bilik mereka. Amira menguak pintu bilik itu.

Terlihat Mark yang baru keluar dari bilik Air.

"Malam ni aku tidur bilik lain, kau duduk je sini" kata Mark.

"Awak s-saya salah apa, s-saya mintak maaf kalau ada s-susahkan awak" Amira memaut lengan Mark lalu mengelap air matanya yang jatuh bercucuran.

Mark melepaskan pautan

"Aku nak tidur" Mark berjalan keluar dari bilik itu.

Amira tersenyum kelat, dia berjalan kearah katil lalu dia membaringkan tubuhnya.

Sudah 4 hari kejadian itu terjadi, namun masing masing masih tidak bertegur sapa malab hubungan mereka makin dingin.

"Nah makan" kata Amira lalu dia keluar menuju ke ruang dapur.

Belum sempat dia keluar pantas tangannya di tahan oleh Mark.

"Duduk teman saya makan" kata Mark lembut.

Amira menepis.

"Dah biasakan makan sendiri" kata Amira.

Mark mengeluh.

THE DEVIL ANGEL ©Where stories live. Discover now